Rakan-Rakan Followers

Saturday, January 30, 2010

3 Hot Tips Untuk Mahasiswa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat. Penulis sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.

Baiklah, pada email kali ini, penulis ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan tips-tips yang penting yang akan membuatkan anda berjaya sekiranya anda konsisten untuk mengamalkan tips-tips ini. Biasanya tips-tips ini penulis hanya bongkarkan sebagai mukadimah sebelum penulis memulakan sesuatu kelas. Untuk pengetahuan anda, penulis merupakan seorang guru tuisyen sepenuh masa di Pusat Tuisyen Tunas di Saujana Utama. Alhamdulillah, pengalaman yang dikutip selama mengajar di situ amat bermakna bagi penulis. Baiklah kita tinggalkan seketika berkaitan dengan tuisyen tersebut, penulis ingin mendedahkan rahsia yang nampak ringkas tetapi jika diamalkan insyaallah akan menghasilkan pulangan yang maksimum kepada diri kita sendiri. Tipsnya ialah:

a) Selalu Bertanya

Ketika penulis kecil 10 tahun dahulu, penulis selalu berasa segan untuk bertanyakan cikgu jika penulis tidak memahami sesuatu perkara. Penulis hanya memendamkan sahaja persoalan yang bermain di benak pemikiran penulis. Tetapi sejak penulis mengetahui betapa hebatnya kuasa bertanya, penulis cepat-cepat bertanya kepada sesiapa sahaja terutamanya guru dan rakan-rakan penulis agar penulis dapat memahami sesuatu perkara tersebut dengan lebih jelas dan terperinci. Sehingga sekarang pun, penulis masih mengamalkan tips ini walaupun kadang-kadang timbul juga perasaan malu untuk bertanya. Hal ini disebabkan jika penulis segan bertanya, penulis sendiri akan rugi. Penulis tidak mahu rugi lagi. Penulis mahu menjadi seorang yang untung dan beruntung. JJ J

b) Selalu Mengulangkaji Pelajaran

Aspek ini amatlah penting terutamanya kepada pelajar dan mahasiswa yang akan menghadapi peperiksaan. Pernahkan anda bertanyakan kepada diri anda, berapa jamkah anda memperuntukkan masa untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran? Sebenarnya ianya bergantung kepada seseorang individu tersebut . Hal ini disebabkan keupayaan untuk seseorang untuk memahami sesuatu perkara adalah berbeza-beza. Contohnya, jika si A hanya perlukan 10 minit sahaja untuk memahami sesuatu perkara, si B pula memerlukan masa selama 30 minit untuk memahami perkara yang sama. Melalui situasi ini kita dapat melihat pada akhirnya si A dan si B dapat memahami perkara yang sama walaupun masa yang diambil adalah berbeza-beza. Begitu juga halnya dengan pembelajaran. Jika anda merasakan anda memerlukan masa yang lebih lama untuk mengulangkaji, teruskanlah usaha anda tersebut. Yang penting anda konsisten untuk mengulangkaji sesuatu pelajaran tersebut.

c) Buat Peta Minda

Mengikut Kajian, jika anda membuat peta minda, anda akan lebih mudah untuk memahami sesuatu perkara. Bukan itu sahaja, pemahaman anda tersebut akan kekal berpanjangan jika dibandingkan dengan mereka yang membuat nota panjang tanpa sesuatu yang menarik. Jadi, nasihat saya teruskanlah membuat peta minda dengan awal dan janganlah meminjam nota dan fotostat nota tersebut daripada kawan anda. Gunakanlah kreativiti yang anda ada tersebut untuk memaksimumkan kefahaman anda.

Itu sahaja tips panas yang boleh saya kongsikan kepada anda. Andaikata tips tersebut tidak membantu anda, saya memohon kemaafan kerana tips ini saya dedahkan berdasarkan pengalaman saya sendiri. Betulkan saya jika saya salah ye. J

Salam Pembelajaran:

Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

Friday, January 29, 2010

Seminar/Kursus Yang Dihadiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat. Penulis sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.

Baiklah, pada entry kali ini, saya hanya ingin berkongsi dengan anda seminar, kursus dan kem yang pernah saya sertai sepanjang 2009 dan 2010 ini iaitu:

a) Seminar Percuma Irfan Khairi(IK)

b) Seminar Perniagaan Ebook

c) Seminar Tuisyen

d) Seminar Kenali Potensi Diri(SKPD)

e) Seminar Buat Duit Dengan Produk Fizikal

f) Kursus Pra Perkahwinan

g) Bengkel ICT

h) Kem Anjakan Paradigma(ANDIGMA)

Itu sahaja senarai seminar percuma dan berbayar yang telah saya sertai. Insyaallah untuk next post saya akan ceritakan pengalaman saya menyertai seminar-seminar ini. Harap pembaca blog sabar menanti.

Thursday, January 28, 2010

Kegunaaan Laptop dalam Perniagaan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat. Penulis sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.

Baiklah, sebelum ini saya ada berkongsi dengan anda berkaitan dengan kegunaan laptop dalam pembelajaran. Artikel sebelum ini saya lebih memfokuskan kepada mahasiswa seperti saya. Untuk artikel kali ini, saya ingin memfokuskan kegunaan laptop dalam perniagaan. Antaranya ialah:

Memudahkan membuat perancangan yang rapi dan berkesan

Sebelum perniagaan tersebut dijalankan, seseorang usahawan perlulah mempunyai perancangan yang rapi berkaitan dengan perniagaan yang ingin dijalankan. Sebagai contoh, jika anda mahu menjadi seorang internet marketer, anda perlu merancang model perniagaan apakah yang anda ingin tumpukan. Bukan itu sahaja, anda juga perlu mengetahui apakah teknik yang diperlukan untuk memastikan bahawa perniagaan anda tersebut mampu diterima masyarakat. Anda boleh menulis dan membuat perancangan dengan menggunakan laptop. Begitu juga dengan saya. Jika dahulu, saya hanya menulis di kertas, namun sejak laptop ada di sisi saya, saya lebih suka untuk menulis dan merancang di skrin laptop saya. Ianya lebih memudahkan kita J

Memudahkan untuk membuat simpankira@perakaunan

Ya, seseorang usahawan yang berpandangan jauh akan mewujudkan suatu system untuk merekodkan simpan kira dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan perakaunan. Sebagai contoh, urusniaga yang berlaku perlu direkodkan agar memudahkan seseorang usahawan tersebut untuk membuat simpan kira dan perakaunan. Namun, masih ramai lagi usahawan di luar sana yang tidak mengambil berat akan hal ini. Mereka hanya tahu berniaga tetapi tidak tahu untuk membuat simpan kira dan perakaunan.

Merekodkan laporan

Seseorang usahawan tersebut boleh menggunakan laptop tersebut untuk merekodkan perjalanan perniagaan mereka. Sebagai contoh, seseorang usahawan boleh merekod apa masalah yang dihadapi dan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat mengingatkan seseorang usahawan tersebut agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Bak kata George Santayana “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya semula”. Bersama-samalah kite renungi kata-kata ini

Itu sahaja yang saya mampu kongsikan kepada anda untuk entry kali ini. Mungkin anda juga mempunyai idea dan komen berkaitan dengan artikel saya ini? Jika ya, jangan segan silu untuk menghantar komen anda di ruangan komen yang disediakan di blog saya ini. J

Salam Perniagaan,

Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

Wednesday, January 27, 2010

Kegunaan Laptop Dalam Pembelajaran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat. Penulis sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.

Baiklah, penulis percaya sekarang ini sudah menjadi satu trend kepada mahasiswa/i di IPTA/IPTS untuk memiliki laptop. Jika dahulu handphone, kini laptop sudah menjadi perkara yang wajib bagi mahasiswa disebabkan beberapa kegunaanya dalam pembelajaran. Antaranya ialah:


Memudahkan untuk menyiapkan assignment

Penulis yakin dan percaya setiap individu yang bergelar mahasiswa/i tidak terlepas daripada menerima tugasan daripada pensyarah. Begitu juga dengan penulis. Saban minggu ada sahaja tugasan yang perlu disiapkan. Jika tidak disiapkan, markah akan dipotong kerana ianya termasuk dalam continuous assessment. Kehadiran laptop dalam kehidupan mahasiswa seperti penulis ini umpama membawa sinar bahagia kerana segala-galanya mudah untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Tahun ini merupakan pengalaman baru bagi penulis apabila penulis dikehendaki untuk menghantar tugasan dalam bentuk CD. Wah, teknologi semakin berkembang. Seronok sungguh jika kena pada caranya. J


Memudahkan Membaca Nota

Ya, kehadiran laptop juga memudahkan mahasiswa seperti penulis untuk mengulangkaji pelajaran. Penulis kini mempunyai hamper semua nota dalam versi soft copy. Contohnya, penulis mempunyai nota Management Information System(M.I.S) dan Critical Thinking dalam Power Point. Apabila penulis ingin mengulangkaji, mudah sahaja bagi penulis iaitu dengan cara membuka slide tersebut dan membacanya. Cara ini juga dapat membantu penulis untuk meningkatkan prestasi penulis dalam akademik. Penulis juga lebih memahami apa yang cuba disampaikan kerana notanya yang ringkas, berwarna dan cantik.


Memudahkan Membuat Persediaan Untuk Presentation

Pembentangan merupakan perkara biasa bagi penulis kerana ianya sudah menjadi satu budaya untuk mahasiswa/i di Universiti Malaya ini untuk membentangkan hasil kajian mereka. Sebagai contoh, tahun ini penulis dikehendaki untuk membentangkan case study berkaitan dengan Terrorist untuk subjek Management Information System(MIS), jadi penulis hanya mampu membuat persediaan 3jam sebelum presentation bermula. Mujurlah penulis ada laptop. Dengan bantuan laptop, penulis berjaya menyiapkan slide untuk penulis bentangkan. J

Setakat itu sahaja perkongsian penulis untuk kali ini. Insyaallah penulis akan kongsikan lagi dengan anda untuk tips-tips yang lain. Sehingga berjumpa lagi.

Salam Laptop:

Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

Tuesday, January 26, 2010

Tahun 2009 dan 2010, Tahun Seminar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat. Penulis sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.

Baiklah, pada post kali ini penulis ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan faedah menghadiri seminar. Faedahnya ialah:

Ilmu secara LIFE

Ya, inilah faktor yang penulis rasakan amat penting. Penulis merasakan untuk mendapatkan sesuatu ilmu tersebut, kita mestilah berguru. Walaupun guru tersebut sudah menghasilkan buku, tetapi ianya tidak sama dengan apa yang diterangkan oleh guru tersebut. Begitu juga dengan seminar, pasti individu yang mengendalikan seminar pernah menghasilkan buku mahupun ebuku, namun walaupun ilmu yang ingin disampaikan adalah berkaitan dengan bidang yang sama, namun penulis pasti ilmu tersebut akan meresap dengan lebih cepat jika anda pergi ke seminar. Penulis sendiri sudah merasainya ketika pergi ke beberapa seminar yang mampu mengubah hidup penulis daripada baik kepada yang lebih baik

Networking

Ya, melalui seminarlah penulis telah berjaya meluaskan jaringan rakan-rakan penulis. Sekarang ini penulis mempunyai ramai rakan yang mampu membantu penulis jika penulis menghadapi masalah untuk melakukan sesuatu perkara. Cara penulis adalah mudah, penulis akan berbual-bual dengan mereka dan memberikan kad bisnes penulis kepada orang yang baru penulis kenali. Penulis juga akan mewar-warkan bisnes apa yang penulis sedang lakukan. Dengan cara ini penulis mempromosikan perniagaan penulis kepada mereka yang menghadiri seminar tersebut. Mereka juga menghulurkan kad bisnes mereka kepada penulis, jadi hal ini secara tidak langsung mewujudkan situasi menang-menang kepada orang yang pergi ke seminar tersebut.

Kesimpulannya, penulis merasakan 2 faktor ini sudah mencukupi mengapa penulis ingin dan suka untuk pergi ke seminar. Insyaallah jika diizinkan tuhan, penulis akan berkongsi dengan anda semua beberapa seminar yang penulis sudah hadir sepanjang 2009 dan 2010 ini. Nantikan kemunculan entry penulis yang selanjutnya ya.

Salam Seminar:

Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

Monday, January 25, 2010

UM’s Next Tycoon(UNT)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Semoga berada dalam keadaan gembira sentiasa.

Baiklah, pada kali ini penulis ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan satu events iaitu UM’s Next Tycoon(UNT). Memandangkan penulis merupakan seorang mahasiswa Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya, penulis merasa terpanggil untuk membuat sedikit ulasan berkaitan dengan event ini.

Berikut merupakan maklumat yang penulis boleh kongsikan. Maklumat tersebut dalam bahasa inggeris. Jadi, marilah kita sama-sama melihatnya:

UNT is a entrepreneurship-based competition which is held by UM accounting club and UM Business Club.

What activities?
1. Entrepreneurship challenges for example consignment and product selling
2. advertisement presentation

Where?
Tropicana City Mall


When?
9/1/2010 ( Training and rules description)
27/2/2010 ( Event day)

What will u get?
1. great experience
2. learn about the entrepreneurship skills instead of merely having fun.
5. Profit $
4. Our reward:
1st prize: RM 5000
2nd prize: RM 3000
3rd prize: RM 2000

Who can join?
All UM students.

Itulah sahaja maklumat berkaitan dengan event ini. Penulis teringin juga untuk menyertai tetapi bukan sekarang kerana penulis terlalu sibuk untuk kembangkan perniagaan penulis. Mungkin suatu hari nanti penulis akan menyertai event ini. Doakan penulis ya.

Salam Perakaunan:

Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

Sunday, January 24, 2010

Teknik Mendapatkan Idea

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, apa khabar anda pada hari ini?

Semoga anda menjadi seorang manusia yang mempunyai idea yang luar biasa hebat.
Baiklah, entri pada kali ini penulis akan berkongsi dengan anda 3 teknik untuk mendapatkan idea. Penulis pasti anda pernah menghadapi suatu situasi di mana anda kekeringan idea untuk melakukan sesuatu perkara. Jika ada idea pun, idea tersebut tidak mampu dikembangkan. Inilah masalah yang pernah terjadi kepada kita. Tetapi anda semua tidak perlu khuatir kerana penulis akan membongkarkan 3 teknik yang sering digunakan oleh penulis untuk mendapatkan idea. Tekniknya ialah:

a) Membaca
Ya, jika anda rajin membaca. Anda akan mendapat pelbagai ilmu, pengetahuan dan informasi yang berguna. Hobi penulis juga membaca. Penulis suka membaca apa sahaja bahan bacaan sama ada bahan tersebut adalah fiksyen mahupun non fiksyen. Jika penulis melayari internet, penulis akan membaca email penulis terlebih dahulu. Penulis boleh katakan email penulis merupakan gerbang ilmu kerana penulis mendapat banyak sangat informasi yang berguna. Inilah untungnya menjadi subscriber yang setia. Bukan itu sahaja, penulis juga suka membaca ebook. Di dalam laptop penulis sahaja ada beratus-ratus ebook pelbagai niche. Jika hujung minggu, andai kata penulis free, penulis akan pergi ke kedai buku Popular, MPH dan Borders hanya semata-mata untuk membaca. Disitulah terdapatnya ribuan bahan bacaan yang menyebabkan kita pening untuk memilihnya. Pengajarannya, melalui pembacaan anda akan mendapat pelbagai idea untuk diadaptasikan dalam kehidupan anda.

b) Mendengar radio
Teknik ini merupakan teknik yang baru penulis aplikasikan untuk tahun ini. Maklumlah baru membeli radio. Kebiasaannya, penulis akan mendengar radio ketika dalam perjalanan ke kuliah dan ke kelas tuisyen. Pelbagai ragam dan celoteh dapat kita dengar daripada DJ-DJ radio. Walaupun biasanya kita hanya mendengar lagu, tetapi melalui lagu juga kita akan mendapat idea jika kita menghayati lirik-lirik lagunya. Sambil mencari idea, kita juga boleh menenangkan fikiran ketika memandu. Begitu juga ketika penulis di dalam kolej kediaman, penulis akan pastikan penulis membuka radio untuk mendapatkan berita, maklumat dan idea-idea terkini yang boleh penulis lakukan dalam kehidupan penulis. Pelbagai radio yang anda boleh dengar seperti Era FM, Sinar Fm, Hot Fm dan IKIM Fm. Selamat mendengar radio
Penulis ucapkan. TIdak percaya cubalah

c) Berjalan-jalan
Teknik ini agar pelik kerana anda hanya perlu berjalan-jalan. Begitulah yang penulis lakukan. Biasanya jika penulis berada di fakulti, penulis akan berjalan-jalan ke mana-mana sahaja sambil melihat board-board yang mempunyai informasi yang berguna. Bukan itu sahaja, penulis juga akan menyapa dan bertanya khabar kepada rakan-rakan yang ada di sekeliling penulis untuk bertanyakan khabar dan bersembang-sembang dengan mereka. Jika penulis berada di kolej kediaman pula, penulis akan pergi ke bilik rakan-rakan penulis untuk bersembang. Secara tidak langsung, idea akan datang kepada penulis.

Itulah sahaja 3 teknik yang penulis ingin kongsikan kepada anda semua. Penulis berharap agar perkongsian penulis ini akan memberi 1001 faedah kepada anda semua. Sekiranya teknik tersebut tidak berkesan, penulis meminta maaf kerana teknik-teknik ini hanya penulis yang gunakan. Mungkin lain orang lain caranya.

Salam Idea Daripada Penulis:
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

Tazkirah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Orang kata kita perlu beringat sesame kita. Ok lah pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan pesanan Nabi Muhammad kepada Saidina Ali. Jom kita renung-renungkan kisah di bawah:

Nabi pernah berpesan kepada Saidina Ali..

“Wahai Ali... ketika selesai Allah menjadikan syurga,
maka syurga lantas bertanya: Wahai Tuhan,untuk apakah engkau jadikan aku?

Jawab Allah: "Untuk orang yang murah hati dan berbakti...

Maka jawab syurga : "Ya, aku redha."

Dan kemudian berkatalah neraka: "Wahai Tuhan, untuk apakah pula Engkau jadikan aku?"

Jawab Allah: "Untuk orang yang kikir, kedekut dan sombong... "

Maka jawab neraka: "Ya, aku redha untuk keduanya".

Wahai Ali... Aku lihat tertulis atas pintu syurga:
"Engkau diharamkan terhadap orang yang kikir, orang yang menderhakakepada kedua ibubapanya dan orang yang mengadu dombakan orang".

Wahai Ali... Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati, maka nescaya Allah tuliskan baginya seribu kebajikan dan dihapuskan seribu kejahatan dan diangkat baginya seribu darjat.

Wahai Ali... Sesungguhnya, orang yang murah hati itu hampir kepada Allah hampir kepada rahmat-Nya, jauh daripada siksaan... dan adapun orang yang kikir (kedekut) itu jauh daripada Allah, jauh daripada rahmat-Nya dan hampir kepada siksaan-nya.

Wahai Ali... Takutlah kamu dengan doa orang yang murah hati, kerana sesungguhnya orang yang murah hati itu apabila terlanggar atau tersungkur, Allah akan memegang tangannya.”

Begitulah besarnya fadhilat orang yang bersedekah iaitu diangkatkan darjatnya, ditulis baginya seribu kebajikan dan doanya dimakbulkan.

Salam Renungan daripada saya:

Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

Friday, January 22, 2010

Facebook Oh Facebook..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Alhamdulillah, kita bertemu lagi di blog saya ini.

Memandangkan saya ini merupakan seorang yang sukakan facebook, jadi entry pada kali ini akan mengisahkan sebab-sebab saya memilih facebook. Boleh dikatakan, hati saya sudah terpikat pada facebook sejak kali pertama menemuinya. Sejak daripada itu, saya terus melamar facebook menjadi buah hati saya sehinggalah sekarang. Jika ada apa-apa maklumat saya akan postkan di status saya. Facebook jugalah yang membantu saya dan memotivasikan saya. Pengalaman bersama dengan facebook merupakan pengalaman yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, tidak dapat digambarkan dengan perasaan dan hanya saya dengan si facebook sahaja yang mengetahui apa yang berlaku. Baiklah, ini merupakan sebab saya memilih facebook sebagai teman hidup saya:

a) Dapat mencari kenalan lama dan baru.
Ya, faktor ini merupakan faktor utama saya. Sebelum ini saya mempunyai myspace dan friendster(makwe saya yang lama). Namun disebabkan jodoh tak ke mana, jadi saya putuskan hubungan saya dengan myspace dan friendster. Alhamdulillah, saya digantikan dengan pengganti yang cukup memahami saya iaitu facebook. Sehingga hari ini, kenalan saya sudah melebihi 1000 orang. Sangat menarik untuk dikongsikan kerana saya dapat menghubungkan balik silaturrahim antara saya dengan guru-guru saya, dengan sahabat handai saya yang dah bertahun tidak berjumpa serta dengan saudara mara yang lain. Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca blog saya yang menjadi sahabat saya di facebook. Nasib baik facebook tidak cemburu dengan persahabatan kita;-)

b) Dapat menimba ilmu dan pengalaman
Ilmu sangat penting kepada kita sebagai seorang manusia yang ingin berjaya. Tanpa ilmu, siapalah kita. Begitu juga dengan saya, sebagai seorang yang mementingkan pendidikan, saya merasakan facebook dapat membantu saya. Hal ini disebabkan pelbagai ilmu secara tidak formal dapat kita kutip. Tidak kiralah melalui wall orang lain mahupun note orang lain. Sangat seronok. Terus terang saya katakan saya banyak belajar melalui saudara Smartzul, seorang Internet Marketer yang disegani. Hal ini disebabkan ayat-ayat beliau yang cukup cantik serta mudah difahami. Sebagai seorang newbie, saya merasakan bahawa saudara Smartzul ini wajar dicontohi oleh generasi muda kerana ideanya yang bernas dan penulisannya yang cukup cantik dan memikat. Saranan saya untuk menjadi seorang yang berjaya, kita kenalah berkawan dengan orang yang berjaya.

c) Dapat informasi yang berguna
Ya, di facebook pelbagai lambakan informasi yang boleh kita lihat sama ada informasi itu baik mahupun buruh. Kaedah saya senang sahaja, saya akan add seramai mungkin friends yang mempunyai ciri-ciri orang yang berjaya dan add fan yang mampu memberikan saya informasi yang berguna. Sungguh seronok kerana maklumat hanya di hujung jari sahaja. Ada suatu hari itu, saya mendapat tahu kelas saya dibatalkan di facebook.Alangkah seronoknya saya mendapat tahu hanya melalui facebook. Bukan itu sahaja, saya juga memperoleh nota Management Information System yang sangat tinggi nilainya hanya melalui facebook. Wah, inilah untungnya ada seorang makwe yang bernama facebook.

Itu sahaja artikel yang berkaitan dengan facebook. Sebenarnya, jika sesuatu teknologi digunakan dengan betul, rasanya tidak ada masalah untuk kita mendapat faedahnya. Nasihat saya jangan menyalahgunakan teknologi kerana jika salah guna, anda kemungkinan akan dihukum penjara. FIkir dahulu sebelum bertindak dan jadilah seoarang yang beretika dan berentegriti tinggi.

Salam Facebook:
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

Thursday, January 21, 2010

Printer Baru, Bisnes Baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah, pada ruangan kali ini saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan gadget ataupun barangan terbaru yang menjadi aset saya iaitu Printer jenama HP. Pada minggu lepas, beberapa hari sebelum raya cina, saya dan seorang sahabat saya iaitu saudara Nabil Fikri telah pergi melencong ke Digital Mall, Seksyen 14, Petaling Jaya. Setelah dipromosi oleh romate saya, saya berpendapat adalah menjadi kemestian untuk saya mendapatkan printer disebabkan oleh beberapa sebab:

Sebab yang pertama:

Memudahkan saya untuk print, scan dan fotostat. Ya, ini merupakan sebab utama saya mengapa saya membeli printer ini. Walaupun harganya murah, namun kualitinya adalah sangat mengkagumkan. Bayangkan printer berjenama HP 3 in 1 lengkap dengan fungsi printer, scanner dan photostate anda beli dengan harga hanya RM155. Wah, sungguh hebat. Saya boleh katakana inilah perbelanjaan saya yang paling bijak untuk tahun 2010 ini. Syabas bashier, anda memang dilahirkan untuk menjadi seoarang yang hebat. Amin(doakanlah saya)J

Sebab yang kedua:

Untuk menjalankan bisnes printing, scanning dan fotostating(istilah baru). Memandangkan otak saya hanya asyik berfikir berkaitan dengan bisnes sejak kebelakangan ini, saya mendapati bahawa model perniagaan ini adalah yang sesuai untuk saya ceburi. Peristiwa ketika rakan-rakan aras meminta saya untuk menolong mereka print assignment mereka mengukuhkan lagi tanggapan saya terhadap perniagaan ini. Bukan sahaja duit yang saya akan peroleh, malahan pahala juga akan saya peroleh sekiranya niat saya itu adalah betul untuk membantu rakan-rakan di kolej kediaman.

Sebab yang ketiga:

Duit yang agak banyak. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membeli printer. Mengapa tidak? Saya merupakan mahasiswa Univeriti Malaya tajaan JPA. Jadi, biasiswa sebanyak RM5000++ perlu diuruskan dengan baik. Memandangkan saya hanya membeli barangan yang berfaedah sahaja, jadi saya merasakan printer merupakan produk yang terbaik untuk dibeliJ

Itu sahaja 3 sebab mengapa saya membeli printer. Moral of the story: Jika anda ingin membeli sesuatu perkara, tanyakan kepada anda sebab musabab mengapa anda perlukan barangan tersebut. Jika anda mempunyai sekurang-kurangnya 3 sebab yang kukuh, teruskan niat anda tersebut. Jika tidak, cari sebab sehingga cukup 3 atau batalkan niat anda tersebut kerana ianya boleh menjadi liability kepada anda.

Sekian daripada saya,

Usahawan Printing Sercive:

Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

5 Model Bisnes Ahmad Bashier

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada anda semua,

Alhamdulillah, pada entry kali ini saya kembali lagi dengan penuh semangat membara untuk berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan beberapa model perniagaan berasaskan produk mahupun servis yang telah saya jalankan sepanjang saya berada di Universiti Malaya.

Saudara/saudari sekalian,

Sebenarnya, pengalaman semasa di universiti merupakan satu pengalaman yang cukup indah bagi seseorang mahasiswa/i tersebut. Hal ini disebabkan pelbagai ilmu dan pengalaman boleh diperoleh di sini. Memandangkan saya merupakan seorang mahasiswa di Universiti Malaya, universiti yang sangat terkenal dengan kehebatan graduan-graduannya yang berjaya menjadi manusia yang berguna di pelbagai lapangan yang diceburi.

Baiklah, kita tinggalkan seketika berkaitan dengan hal-hal mahasiswa, saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan beberapa model perniagaan yang berjaya menghasilkan pulangan yang sungguh lumayan kepada saya. Ini merupakan pendedahan ekslusif saya kepada anda pembaca setia blog saya ini:

1) Perkhidmatan Cikgu Tuisyen

Alhamdulillah, saya boleh katakan ini merupakan sumber pendapatan saya yang utama pada masa ini. Saya dibayar RM35 untuk sejam mengajar subjek Prinsip Perakaunan dan RM30 sejam untuk subjek-subjek yang lain seperti Ekonomi Asas, Perdagangan dan Sejarah. Saya bermula dengan mengajar di pusat tuisyen di Pusat Tuisyen Tunas, Saujana Utama 3. Waktu yang diperuntukkan hanyalah 2 jam setengah selama tiga hari iaitu hari isnin, khamis dan jumaat. Alhamdulillah, setakat ini kerjaya saya ini tidak mengganggu tanggungjawab saya sebagai seorang mahasiswa. Saya juga sudah mendapat bayaran untuk gaji bulan februari tahun ini. Seronok apabila penat lelah kita terbayar juga akhirnya. Kini, saya tidak lagi segan silu untuk mewar-warkan diri saya sebagai seorang guru tuisyen kerana saya yakin kerjaya ini merupakan kerjaya yang sesuai dengan jiwa saya. Saya bersyukur kerana saya dilahirkan dalam suasana keluarga yang mementingkan pendidikan. Ayah saya merupakan pensyarah manakala ibu saya merupakan guru di sekolah menengah. Jadi, darah sebagai seorang pendidik mengalir dalam diri saya. Syukur3x… ;-)

2) Penjualan Buku-buku Terpakai

Idea untuk melakukan bisnes ini bermula setelah saya melihat buku-buku lama saya tidak digunakan lagi. Yelah, adik-adik saya sudah habis SPM. Saya pulak ketika dahulu aliran sains, adik saya aliran akaun. Jadi, saya mengambil langkah dengan menyusun semua buku-buku yang tidak diperlukan lagi. Saya hanya memfokuskan kepada subjek-subjek sains seperti Physics, Chemistry dan Biology. Stok saya ketika itu sangat banyak. Jadi, masalah utama saya ketika itu adalah untuk mencari pasaran(market). Fikir punya fikir,saya sampaikan masalah saya ini kepada umi tersayang dan kebetulan pula dia juga merupakan cikgu kelas untuk kelas sains. Jadi, bagai orang mengantuk disorongkan bantal, saya terus membuat list dan sedikit salesletter yang mampu mencairkan sesiapa yang membacanya. Ketika itu, sem 2 belum bermula lagi. Sebaik sahaja sem 2 bermula, saya berikan list tersebut kepada umi saya. Setelah 2 minggu tanpa berbuat apa-apa, saya diberitahu oleh umi bahawa buku-buku terpakai tersebut laris macam goreng pisang. Hasilnya, umi memberikan duit hasil bayaran anak-anak muridnya kepada saya sebanyak 3 angka. Wah, seronok bukan kepalang. Ini semua merupakan rezeki dan berkat bekerjasama dengan ahli keluarga yang bisnes mindedJ

3) Jual Pakaian Sukan

Bisnes ini sebenarnya dah lama pun saya buat. Sejak sem 1 ketika saya masuk UM. Walaupun jualannya agak perlahan pada awalnya, tetapi dengan sedikit trick ketika membuat promosi, akhirnya jualan pakaian sukan ini mampu memberikan sedikit keuntungan kepada saya. Seronok sungguh apabila mendapat keuntungan ini. Untuk pengetahuan anda semua, pakaian sukan yang saya jual adalah terdiri daripada baju, seluar panjang, dan seluar pendek berjenama Adidas dan Nike. Design bajunya cukup cantik dan mampu menawan sesiapa yang melihatnya. Komisyen yang saya dapat adalah RM5 hingga RM7. Bayangkan jika saya berjaya membuat jualannya sebanyak 15 jualan, komisyennya sudah cukup untuk menampung perbelanjaan untuk makanan saya selama seminggu. Selain itu, saya juga merupakan pembeli barangan adidas ini. Menariknya, saya membeli baju adidas ini hanya menggunakan duit daripada komisyen yang diperoleh…J

4) Bisnes Maggi dan Kopi Radix

Jualan bisnes ini sangat tinggi terutamanya maggi kerana permintaannya yang sangat tinggi. Seronok apabila pintu bilik kita diketuk beberapa kali kerana ada pelanggan yang ingin membeli maggi. Begitu juga dengan Radix tetapi jualan untuk radix sangat perlahan. Walaupun saya berjaya membuat jualan, namun margin keuntungannya tidak berapa banyak. Bisnes tersebut saya jalankan pada sem 1. Untuk sem 2 saya sedang membuat perancangan untuk penambahbaikkan. Mungkin saya akan masukkan lagi produk-produk yang lain yang mampu menghasilkan margin keuntungan yang tinggi. Sebenarnya, saya mempunyai impian untuk membuka kiosk ala-ala koperasi supaya mudah untuk rakan-rakan mahasiswa membeli makanan dan minuman daripada saya. Doakanlah agar bisnes ini berjalan dengan lancerJ

5) Servis Printing

Idea untuk membuat servis ini timbul apabila saya berjaya menyelesaikan masalah rakan aras saya untuk print assignment mereka. Walaupun bisnes ini merupakan bisnes yang baru bagi saya. Namun saya melihat bahawa bisnes ini mampu menjana keuntungan kepada saya. Insyaallah untuk sem 2 ini saya akan pastikan bisnes baru saya ini berjalan dengan lancar. Bukan sahaja keuntungan menjadi matlamat saya, tetapi tanggungjawab sebagai seorang islam itu yang membuatkan saya mahu meneruskan servis printing ini. Lagipun, market sudah sedia ada dan hanya tinggal saya sahaja untuk mengutip peluang tersebut. Bukan printing sahaja, malahan perkhidmatan scanner dan fotostat juga saya sediakan. :-)

Alhamdulillah, itulah 5 bisnes yang saya telah lakukan. Insyaallah saya akan meneruskan lagi perniagaan saya ini. Saya berharap agar anda semua dapat mendoakan kejayaan saya kerana saya yakin dan optimis, 5 model perniagaan saya ini akan berkembang dengan luar biasa selepas ini. Keyakinan saya ini berdasarkan kepercayaan bahawa saya sememangnya dilahirkan untuk berjaya dalam bisnes, berjaya dalam hidup dan berjaya dalam apa-apa cabang yang saya lakukan. Setakat ini saya hanya membuat bisnes saya secara offline, insyaallah sekarang ini saya sedang membuat perancangan untuk melibatkan diri saya secara serius dalam perniagaan online. Andainya dipanjangkan umur, anda akan meilhat saya berjaya dalam perniagaan online pula. Nantikan post saya yang seterusnya.

Salam Usahawan,

Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

Wednesday, January 20, 2010

Jom Drift

Tuesday, January 19, 2010

Cinta Itu Indah...

Sunday, January 17, 2010

Jom Berpidato....

Friday, January 15, 2010

Jom Release Tension...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Post pada kali ini adalah ingin mengajak anda semua untuk pergi ke tayangan teater. Apa-apa hal pun, tengok sahaja poster di atas, anda pasti terpegun;-)

Salam Teater,
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

Ayuh Mahasiswa!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Anda semua apa khabar? Pada ruangan kali ini, saya ingin mengajak anda untuk mengikuti program ini. Sangat baik untuk mahasiswa seperti kita ini. Ayuh mahasiswa, lakukanlah perubahan..
Sekian,
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

Sesi Motivasi..

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Hari ini, saya akan berkongsi sedikit motivasi untuk kita hayati bersama. Bak kata orang sharing is caring...

Saudara serta saudari sekalian, setiap orang inginkan kejayaan dan kekayaan dalam hidup. Tetapi sebenarnya ada 3 sebab atau 3 faktor yang menghalang kita untuk mencapai bebas kewangan.

Sebab Pertama: Tidak mengambil keputusan untuk bebas kewangan.

Ya betul...semua orang mengharapkan, malah mendoakan kejayaan dan kekayaan. Tetapi tidak mengambil keputusan yang jitu untuk mencapai kejayaan. Kita silap kerana tidak meletakkan keutamaan kejayaan dan kekayaan di dalam hidup. Jadi, mulai hari ini tetapkan keutamaan
kejayaan dan kekayaan dalam hidup.

Jika kita ingin menjadi doktor, kita akan belajar perubatan.
Jika kita ingin menjadi peguam, kita akan belajar undang-undang.
Jika kita ingin menjadi penyanyi, kita akan belajar muzik.
Jika kita ingin bebas kewangan, kita perlu belajar mengenai wang

Sebab Kedua: Menangguh-nangguhkan langkah sehingga menjadi terlalu lewat.

Ya..setiap penangguhan disertakan sekali dengan alasan.

Saya busy lah...
Saya tak ada masa lah...
Saya takde kemahiran lah...
Saya takde duit lah...
dan bermacam-macam lagi alasan. Bak kata Dr Fadhilah Kamsah, "Orang buat duit, kita buat alasan..." setiap alasan logik2 belaka..yer lah, nama pun alasan...

Setiap manusia biasanya tergerak untuk melakukan sesuatu termasuk mencari duit lebih apabila timbul masalah sahaja. Masa tengah senang, tak ada fikir pun...Buat tak endah, tak risau..buat rileks jer...Tak hiraukan apa-apa. Bila dah ada masalah, mulalah kelam kabut. Mulalah mencari penyelesaiannya. kadang2 keadaan dah terlalu lewat dan sukar melakukan perubahan.

Oleh itu, kita perlu bersedia lebih awal. Orang tua-tua kata, "sediakan payung sebelum hujan".

Sedarilah...memang terdapat hubungan antara wang dan masa. Jika anda bercita-cita untuk bebas kewangan, mulalah secepat mungkin.

Bayangkan anda inginkan kebebasan dengan menjana pendapatan RM20,000 sebulan pada 2 tahun lagi. Jika anda bermula sekarang, anda mempunyai masa selama 2 tahun untuk berusaha. TETAPI jika anda ingin bermula setahun kemudian, anda hanya ada masa 1 tahun sahaja untuk fight ! mampukah anda?

Jadi, mulakan awal..seawal mungkin. Bila lagi kalau bukan hari ini?

Sebab ketiga : Sikap takut pada kegagalan - anda akan gagal.

Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak meletakkan usaha yang lebih.

Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak memulakan perniagaan.
Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak memulakan usaha.
Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak MELAKUKAN LANGKAH PERTAMA !

Contohnya, saya bagi jelas sikit. Bila anda takut pada kegagalan, anda tidak akan berusaha dengan kuat. Mungkin anda akan cakap macam ni dalam hati,

" Alahh..tak perlu lah buat betul-betul...kalau tak menjadi pun takpe, takde la rugi dan terasa sangat. Kita buat sikit jer..so tak pressure sangat"

Anda silap kalau berfikir macam tu kerana, musuh utama kepada kejayaan adalah, takut kepada kegagalan. Saya ulangi sekali lagi, MUSUH UTAMA KEPADA KEJAYAAN ADALAH KERANA TAKUT PADA KEGAGALAN.

Sebenarnya, kegagalan mengajar kita cara untuk berjaya. Daripada hasil kajian mendapati, jutawan-jutawan dan orang-orang yang berjaya pada hari ini adalah 98% PERNAH GAGAL...

Mungkin pernah gagal dalam perniagaan...
Atau pernah mengalami hutang keliling pinggang...

Takut kepada kegagalan, menghalang kita mengambil langkah pertama !

Orang yang berjaya adalah, orang yang akan bangkit kembali daripada kegagalan dan terus berusaha dengan meletakkan matlamat dihadapan.

Apapun rintangan dan halangan, mereka bangkit lagi... demi matlamat yang harus di capai.


Itu sahaja motivasi kita pada hari ini.

Salam Motivasi daripada saya:
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

Thursday, January 14, 2010

Mahasiswa Panas!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Nampaknya gerakan mahasiswa semakin berani dan lantang untuk bersuara bagi menggembalikan hak mereka. Syabas diucapkan di atas semangat juang yang ditunjukkan. Terbaru, Gabungan Mahasiswa Tuntut Demokrasi Kampus Bersih dan Adil (GEMA) akan mengadakan satu rapat umum yang dinamakan "Rapat Umum Mahasiswa Negara" di Pejabat Kementerian Pengajian Tinggi. Untuk maklumat lanjut, sila klik poster di atas. Sangat menarik untuk menyertai..

Salam Mahasiswa,
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

Forum Mahasiswa


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Perhatian kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya, saya diberitakan bahawa pilihan raya kampus semakin hari semakin dekat. Jadi, sebelum anda mengundi pemimpin anda untuk menerajui Universiti Malaya ini, anda perlulah mengetahui beberapa perkara penting. Oleh itu, saya ingin menyeru kepada rakan-rakan agar dapat datang ke Forum Intelek ini untuk melihat sendiri gaya dan personaliti pemimpin pilihan anda secara langsung.

Sekian,
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi


Wednesday, January 13, 2010

Ilmu Kewangan Itu Penting

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga berada dalam keadaan sihat walafiat...

Saya berharap berada dalam keadaan yang sihat dan tenang. Masalah sikit sebanyak tu biasalah, yang penting bagaimana kita menanganinya. Berbalik kepada tajuk kita tentang bagaimana menilai keadaan kesihatan kewangan kita. Ada banyak indicator yang boleh dilihat untuk dijadikan tanda aras betapa sihatnya status kewangan kita. Yang penting anda buat.. anda buat.. anda dapat!

Beberapa indicator penting adalah;
-------------------------------------------------
1) Kadar wang masuk dan keluar.
-------------------------------------------------
Saya dah jelaskan seawal bab pertama dalam ebook yang anda telah download sebelum ini. Anda harus pastikan yang kadar wang masuk lebih dari wang keluar. Ianya boleh dilakukan dalam kadar sebulan atau setahun. Sebab itu ditekankan, anda perlu tahu ke mana wang anda sebenarnya 'ghaib'. Pastikan yang

[pendapatan] - [perbelanjaan] = positif @ negatif @ zero

Jika nilainya negatif, anda kena buat sesuatu, dan jika nilainya '0', anda hampir jatuh.. jadi buatlah sesuatu untuk menangani masalah ini.

----------------------------------------
2) Peratusan hutang anda.
----------------------------------------
Pengiraan peratusan nisbah hutang sangat mudah iaitu;

[jumlah hutang] / [jumlah pendapatan] * 100 = nisbah hutang

Contohnya jumlah pendapatan anda;
* Gaji suami isteri = RM5000
* Pendapatan Duit sewa rumah = RM300
Jumlah RM5300

Jumlah Hutang Anda;
* Ansuran rumah = RM1000
* Ansuran kereta = RM800
* Pinjaman peribadi = RM600
* Hutang PTPTN suami isteri = 500
Jumlah RM2900

Jadi nisbah hutang anda = RM2900/RM5000*100 = 58%
Maknanya anda membelanjakan 58% dari gaji anda untuk membayar hutang sahaja. Kalau boleh, untuk memastikan ianya sihat, pastikan ianya di bawah 50% dan tingkatkan pelaburan/simpanan. Peratusan ini amat penting untuk di 'monitor' selalu.

-----------------------------------------------------------
3 - Jumlah Rezab Gaji (Nisbah kemewahan)
-----------------------------------------------------------
Anda boleh buka semula eBook yang telah anda download tentang Rezab Gaji ini. Anda harus pastikan ianya mencukupi untuk anda berada dalam keadaan yang selesa jika berlaku apa-apa yang tidak diingini. Mungkin
dalam eBook tersebut saya nyatakan Rezab Gaji dalam keadaan yang ideal iaitu anda buat satu akaun yang tidak disentuh langsung. Tapi untuk tujuan memudahkan kita kira semua sekali simpanan anda untuk tentukan
nisbah kemewahan ini.

Contohnya;
Jumlah simpanan anda;
Tabung Haji = RM12000
ASB = 20000
Simpanan = 15000
Jumlah = RM47000

Perbelanjaan Bulanan anda;
Hutang (seperti yg kita kira diatas) = RM2900
Perbelanjaan Rumah = RM1800
Belanja sekolah anak = RM500
Jumlah = RM5200

Rezab Gaji anda = RM47000/RM5200 = 9

Maknanya rezab gaji anda adalah 9 bulan. Sekiranya anda dibuang kerja, anda masih boleh survive 9 bulan tanpa gaji dengan simpanan anda. Ianya sesuatu yang ideal, tetapi jika rezab gaji anda hanya 2 atau mungkin 1 atau mungkin tak sampai 1, bagaimana jika anda ditimpa musibah?

------------------------
4 - Nilai Aset
------------------------
Penilaian kesihatan kewangan anda juga boleh dinilai dengan nilaian aset anda yang terdiri dari 2 bahagian iaitu;

- Portfolio Income; hasil yang datang dari pelaburan anda berupa saham, unit amanah, simpanan tetap, bon dan lain-lain yang melibatkan pelaburan

- Passive Income; hasil yang datang melalui pendapatan dari hartanah atau 'real estate'. Jumlah sewaan dan peningkatan nilai 'appreciation' unit hartanah tersebut.

Jadi nilai sendiri tahap kesihatan kewangan anda denga 4 indicator
mudah ini. Pastikan semuanya berada dalam keadaan yang bagus;

1) Kadar wang masuk dan keluar = Positif
2) Peratusan Nisbah hutang = <50%
3) Rezab Gaji = melebihi 4 bulan
4) Nilai Aset = bertambah, dan jika belum ada, adakan plan untuk milikinya

Salam kesihatan kewangan,
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

Jom Ke Surau KKTAZ

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
semoga berada dalam keadaan yang diredhai Allah sentiasa..

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di blog ini. Post kali ini adalah ringkas sahaja iaitu penulis ingin mengajak semua sahabat handai sama ada di luar UM ataupun dalam UM untuk menghadiri kuliah tafaqquh fiddin, satu kuliah yang amat penting kepada kita semua. Menariknya, kuliah ini adalah percuma untuk semua walaupun pihak kami iaitu Jawatankuasa Balai Islam KKTAZ dikehendaki untuk membayar sedikit bayaran sebagai cederahari kepada penceramah yang datang. Oleh itu, saya sebagai Ketua Biro Informasi dan Maklumat Balai Islam KKTAZ ingin mengambil kesempatan ini untuk kita semua menghadiri kuliah ilmu ini. Insyallah kita akan menjadi seorang mahasiswa yang berguna di dunia serta di akhirat. Amin...

Salam Ukhuwah,
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi