Rakan-Rakan Followers

Tuesday, February 16, 2010

TIPS Tuisyen

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, baiklah pada post kali ini, penulis ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan satu email yang penulis terima daripada sifu penulis. Individu yang dimaksudkan ialah Master Yus, individu yang membuka minda penulis berkaitan dengan industri tuisyen ini. Penulis merasakan ianya adalah sesuai untuk dikongsikan kepada pembaca blog ini kerana ianya mungkin berguna kepada anda sekiranya anda berminat untuk menjadi seorang guru tuisyen. Jom kita renung-renungkan:


Salam kejayaan Bashier. Saya doakan Bashier berbahagia selalu.

Berikut bagaimana hendak menambat hati pelajar dan ibu bapa mereka.

a) Sediakan nota tambahan
Nota tambahan adalah satu inisiatif untuk Bashier menarik perhatian pelajar Bashier. Berikan mereka nota-nota yang Bashier ada dalam simpanan. Selain itu Bashier boleh gunakan konsep berkongsi nota dan bahan.

Contohnya Bashier ada seorang anak murid SPM di Subang Jaya. Dia sangat rajin mengemaskini nota yang diberikan oleh guru disekolah. Maka Bashier boleh berkongsi dan bertukar-tukar nota dengan anak murid SPM Bashier yang berada di tempat lain.

b) Ajak datang seminar luar
Salah satu pelaburan yang boleh Bashier lakukan adalah membawa anak murid Bashier ke seminar terbuka. Banyak seminar yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu mahupun pihak konsultan setiap kali cuti sekolah bermula.

Tugas Bashier, pilih satu seminar yang terbaik dan bawalah anak murid Bashier mengikutinya. Disamping mereka mendapat bekalan untuk peperiksaan mereka, Bashier juga pasti mendapat manfaat hasil pengajaran yang biasanya dikendalikan oleh guru-guru yang sangat berpengalaman. Jadi sebenarnya Bashier langsung tidak rugi dengan pelaburan tersebut.

c) Bawa bekas pelajar yang telah berjaya
Ya, jika Bashier telah lama berkecimpung dalam dunia tuisyen ini pastinya Bashier mempunyai koleksi pelajar-pelajar yang telah berjaya. Jadi gunakan mereka untuk kepentingan bersama. Bawa mereka ke tempat tuisyen Bashier. Pertemukan anak murid Bashier dengan bekas anak murid Bashier itu.

Tunjukkan bahawa suatu masa dahulu Bashier pernah lahirkan seorang pelajar yang berjaya dalam peperiksaannya. Ini pasti akan menyuntik semangat anak murid semasa Bashier. Pada masa yang sama mereka boleh berkongsi rahsia kejayaan mereka pada anak murid tuisyen Bashier.

d) Selalu berhubung dengan ‘parents’
Jangan ambil sikap untuk melindungi diri daripada ‘parents’. Selalulah berhubung dengan mereka. Kerana merekalah yang akan mempromosikan Bashier kepada kenalan mereka.

Jika tiba sesuatu perayaan atau sambutan, hantar sms kepada mereka. Ini sebagai tanda Bashier menghargai mereka yang telah menggunakan perkhidmatan tuisyen Bashier. Selain Bashier memberikan laporan prestasi melalui salinan kertas, Bashier juga boleh memberikan prestasi semasa pelajar Bashier melalui sms.

e) Jangan ambil kesempatan
Kadang-kadang perkara ini boleh berlaku jika Bashier tiada disiplin dalam kerjaya Bashier. Sebagai contoh, Bashier hanya mengajar dengan bersungguh jika anda diperhatikan oleh ‘parents’. Anggaplah seperti Bashier mengajar adik Bashier sendiri.

Ataupun si murid tersebut baru naik di darjah 5, Bashier tidak serius seperti mana Bashier mengajar murid di darjah 6. Semua ini tidak perlu berlaku. Bashier perlu komited, fokus dan faham matlamat Bashier sebagai guru tuisyen yang bertanggungjawab untuk memastikan anak murid Bashier berjaya dengan cemerlang.

Jumpa lagi ya Bashier. Terima kasih.

Ikhlas,

[Master Yus]
[016-3772901]
[www.seminartuisyen.com]
“100% seminar bagaimana menjana pendapatan dengan tuisyen yang pertama di Malaysia”

Inilah email yang saya maksudkan, saya berharap jika anda betul-betul mahu menjadi guru tuisyen seperti saya, anda perlu bertindak dengan segera.

Salam Tuisyen:
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi