Rakan-Rakan Followers

Tuesday, January 5, 2010

Motivasi Super!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Semoga berada dalam keadaan fantastik hendaknya…

Pada hari yang indah ini, saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan MOTIVASI. Sebelum itu, saya ingin bertanyakan kepada anda semua, adakah anda merasakan motivasi itu penting dalam diri anda? Jika anda mengatakan YA, tahniah saya ucapkan kepada anda. Jika anda mengatakan TIDAK, saya rasa anda perlu fikirkan kembali kata-kata anda itu.

Pada pandangan saya, motivasi amatlah penting dalam diri setiap makhluk yang ada di dunia ini. Sebagai contoh, kita memerlukan motivasi untuk bekerja, motivasi untuk belajar dan motivasi untuk melakukan apa sahaja di dunia ini selagi perbuatan itu tidak mendatangkan kemudaratan kepada kita. Berdasarkan pandangan saya, motivasi itu amat penting untuk mengembalikan tenaga kita dan keyakinan kita untuk melakukan sesuatu. Sesiapa yang mempunyai motivasi yang unggul dan hebat, saya percaya mereka akan menjadi seorang yang hebat suatu hari nanti. Lihat sahajalah tokoh-tokoh hebat seperti Tun Dr Mahathir, Dato’ Sri Anwar Ibrahim, Tan Sri Syed Mukhtar Albukhary, Dr Irfan Khairi serta ramai lagi orang yang hebat yang mempunyai motivasi yang sangat tinggi.

Oleh itu, saya berharap agar anda semua dapat memotivasikan diri anda. Saya percaya melalui motivasi kita mampu untuk mencapai apa yang kita idamkan selama ini. Insyaallah. Sekian tips 60 saat daripada saya..;-)

Salam Motivasi,
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi