Rakan-Rakan Followers

Thursday, January 7, 2010

Keusahawanan Kerjaya Pilihan!!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat ..

Pada hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan Keusahawanan. Perkataan Keusahawanan itu sendiri yang membuatkan saya terkenang imbauan ketika mempelajarinya ketika di Tingkatan 3 untuk sebjek Kemahiran Hidup PMR. Tahukah anda semua, jika anda bekerja , anda tidak mampu untuk menjadi jutawan?. Bayangkan anda bekerja siang malam anda dibayar gaji sebanyak itu sahaja setiap bulan. Kalau dalam permainan Cash Flow, anda hanya berpusing di dalam Rat Race anda sahaja. Anda seharusnya keluar daripada kepompong itu dan kejarlah impian anda dengan jayanya.

Apa bila disebut Keusahawanan, kita tidak dapat pisahkannya dengan perniagaan. Tahukan anda kebanyakan jutawan yang lahir adalah disebabkan oleh perniagaan mereka yang berkembang maju dari semasa ke semasa. Oleh itu, mereka akan mendapat pendapatan yang sangat lumayan sehingga membuatkan mereka senyum sampai ke telinga melihat duit mencurah-curah masuk ke dalam akaun bank nya. Cuba anda bayangkan, andalah yang akan jadi jutawan, apakah perasaan anda ketika mendapat income yang banyak? Sudah tentu anda akan gembira tidak terpalang..

Untuk tahun 2010 ini, saya menyarankan agar anda melakukan bisnes secara secara online. Banyak kelebihan yang anda dapat apabila melakukan bisnes ini. Antaranya ialah kos yang berpatutan dan risiko yang kurang. Jika anda mempunyai bisnes secara offline, anda boleh membawa perniagaan anda ke online. Ini akan menyebabkan jualan produk anda akan meningkat berganda-ganda.

Oops, 60 saat sudah berlalu. Jadi, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca blog saya. Lain kali datang lagi ya..

Salam usahawan daripada,
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi