Rakan-Rakan Followers

Friday, July 16, 2010

Sedikit Perkongsian Berkaitan Dengan PMKUM




Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah pada 7 hingga 9 Mei yang lepas, saya telah berkesempatan untuk mengikuti Kursus Induksi Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya(PMKUM).

Jadi, saya ingin berkongsi sedikit maklumat berkaitan dengan beberapa perkara. Antaranya ialah;

VISI PMKUM
Menjadi Persatuan Yang Berkepimpinan Dinamik Berteraskan Perpaduan Menuju Pengantarabangsaan

MISI PMKUM
1) Perpaduan: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan ahli
2) Kepimpinan: Melahirkan generasi yang berkepimpinan
3) Kebajikan: Bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli
4) Pendidikan: Memperkasakan keintelektualan dan keilmuan dalam kalangan mahasiswa
5) Pengantarabangsaan: Mewujudkan jalinan antarabangsa untuk pembangunan mahasiswa

TEMA PMKUM
Permuafakatan Pemangkin Perpaduan

TRADEMARK PMKUM
Cakno Belako Puok Kito



Inilah kalendar dan aktiviti yang telah, sedang dan akan kami anjurkan untuk sesi kali ini:


Alhamdulillah, itulah serba sedikit maklumat berkaitan dengan visi, misi, tema dan trademark PMKUM untuk sesi ini. Insyaallah segala visi dan misi di atas direalisasikan. Mohon doa daripada semua pihak agar mendoakan perjalanan PMKUM dan persatuan-persatuan lain di UM sepanjang sesi ini dan sesi yang akan datang.

Salam Sayang Daripada Saya:
Ahmad Bashier Bin Muhammad Afifi
Exco Ekonomi dan Keusahawanan PMKUM
013-5902236