Rakan-Rakan Followers

Wednesday, January 6, 2010

Kewangan, Ilmu Yang Wajib Dipelajari!!!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Semoga berada dalam keadaan kewangan yang mantap hendaknya…

Pada hari yang indah ini, saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan KEWANGAN, satu lagi topik kegemaran saya . Sebelum itu, saya ingin bertanyakan kepada anda semua, adakah anda merasakan ilmu pengurusan kewangan itu penting dalam diri anda? Jika anda mengatakan YA, tahniah saya ucapkan kepada anda. Dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar ini, dengan ketidaktentuan ekonomi, kadar pengangguran yang bertambah serta kadar inflasi yang semakin meningkat, kita seharusnya mengetahui peri pentingnya maklumat dan ilmu berkaitan dengan kewangan.

Saudara serta saudari sekalian,

Dalam usia yang muda ini, saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dapat mempelajari ilmu berkaitan dengan kewangan ini secara kasar melalui pembacaan serta pemerhatian saya. Saya juga tidak segan silu untuk bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan kewangan. Bagi saya, kewangan itu sendiri telah membuatkan pemikiran saya berubah daripada sempit kepada luas. Pada pandangan saya, ilmu pengurusan kewangan anda amatlah penting dalam diri setiap makhluk yang ada di dunia ini. Hal ini untuk mengelakkan anda daripada mengalami masalah hutang bertimbun serta kehabisan wang.

Sebagai contoh, kita memerlukan ilmu kewangan untuk melabur, menyimpan , berniaga serta mengawal kehidupan kita. Jika kita mempunyai ilmu berkaitan kewangan , saya yakin dan pasti duit anda akan bekerja keras untuk anda. Bukannya anda yang bekerja keras untuk anda. Post kali ini adalah lebih merupakan sesi ice breaking kepada kita semua untuk berkenalan dengan KEWANGAN. Oleh itu, saya berharap agar anda semua dapat input yang berguna untuk entry ini. Saya percaya melalui pengurusan yang betul, kita mampu untuk mencapai KEBEBASAN KEWANGAN. Insyaallah. Sekian tips 60 saat daripada saya.. Jumpa lagi di post seterusnya…..

Salam Kewangan Daripada Saya,
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi