Rakan-Rakan Followers

Saturday, December 25, 2010

3 Kelebihan Berblog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat selalu ya.

Baiklah, pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda 3 kelebihan berblog. Antaranya ialah:

a) Dapat mengasah bakat penulisan
Dengan berblogging, anda dapat mengasah bakat terpendam yang dimiliki oleh setiap manusia. Jika sebelum ini anda tidak pandai menulis, mungkin dengan berblogging anda dapat 'improve' serba sedikit gaya penulisan anda. Terpulang lah kepada anda sama ada hendak menggunakan ayat yang santai mahupun menggunakan ayat yang skema. Manalah tahu suatu hari nanti anda boleh terbitkan buku atau pun ebook pula. :-)

b) Dapat membina jaringan (Networking)
Melalui blogging, anda dapat meluaskan jaringan perhubungan anda dengan rakan-rakan blogger yang lain. Saya sendiri mempunyai beberapa komuniti blogger saya yang tersendiri sejak kebelakangan ini. Jadi, inilah peluang anda untuk berkenal-kenalan dengan mereka semua ini. Bak kata orang, berkawan biar seribu, berkawin biar satu. Hehehe :-)

c) Dapat membina kredibiliti
Sekiranya anda konsisten dalam berblogging, traffik ke blog anda semakin mencurah-curah dan ini akan menyebabkan pengunjung blog anda merasakan anda mempunyai keupayaan dan kepakaran tertentu untuk berkongsi sesuatu perkara dengan mereka. Katakanlah minat anda adalah dalam bidang fotografi, dengan memiliki blog yang bercerita pasal hobi anda iaitu fotografi, pengunjung akan mudah untuk melawat ke blog anda selalu dan mereka juga tanpa segan mungkin ingin menggunakan khidmat anda pula sebagai seorang photographer.

Jadi, inilah 3 kelebihan yang anda boleh miliki sekiranya anda serius untuk berblogging. Oh, sedar tidak sedar, dah setahun saya berblogging daripada bulan januari 2010 hinggalah bulan disember 2010. Semoga apa yang dikongsikan oleh saya di blog ini bermanfaat kepada anda semua. :-)

Sehingga berjumpa lagi,
Ahmad Bashier
Blogger Part Time