Rakan-Rakan Followers

Showing posts with label Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Kewangan. Show all posts

Tuesday, December 28, 2010

Kad kredit antara punca hutang besar

KUALA LUMPUR: Lebih 10 juta pengguna kad kredit di negara ini mempunyai jumlah tunggakan RM24.4 bilion tetapi hanya 30 peratus daripada mereka membayar balik baki penuh setiap bulan.

Statistik Bank Negara Malaysia (BNM) sehingga Mac 2009 itu juga menunjukkan pinjaman melalui kad kredit menguasai 6.1 peratus daripada jumlah pembiayaan institusi perbankan. Pengiraan secara statistik menunjukkan sekiranya seseorang itu berhutang RM1,000 melalui kad kredit dan cuma membuat bayaran minimum lima peratus setiap bulan, dia mengambil masa lima tahun lapan bulan untuk melangsaikan hutangnya termasuk kadar faedah.

Kajian juga menunjukkan pengguna kad kredit cenderung untuk berbelanja 17 peratus lebih daripada individu yang berurusan menggunakan wang tunai.

Faktor kadar faedah tinggi, kawalan kelulusan pengeluaran kad kredit terlalu longgar, sikap institusi kewangan yang lebih mengaut untung serta sikap pengguna tidak berhemah dikenal pasti punca kenapa ramai yang jatuh muflis kerana gagal membayar hutang kad kredit.

Walaupun jumlah muflis akibat gagal membayar hutang kad kredit hanya mencatatkan 4,417 kes dalam tempoh lima tahun hingga Mei lalu, situasi penggunaan serta pengeluaran kad yang dilihat tidak terkawal dianggap membimbangkan serta boleh memusnahkan masa depan generasi muda.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha’ani Abdullah, berkata keghairahan memiliki kad kredit itu terlalu kuat terutama kepada golongan muda yang baru terbabit dunia pekerjaan dan menjalani kehidupan sebenar.

Walaupun berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi, jumlah pengguna kad kredit yang diisytiharkan muflis mencatatkan penurunan tetapi masih pada kadar membimbangkan iaitu 1,346 kes pada 2005; 790 kes (2006); 797 kes pada 2007; 647 kes pada 2008; 570 kes 2009 dan 267 sehingga Mei 2010.

Sehubungan itu, FOMCA menyarankan bank dan institusi kewangan yang memberi pinjaman harus mengambil tindakan drastik menangani masalah ini dengan memikirkan kaedah penyelesaian terbaik, bukannya meletakkan nilai komersial dan keuntungan sebagai keutamaan mereka.

“Sebagai pengguna kita memang ada keinginan dan ramai yang memohon kad kredit tanpa memikirkan kemampuan membayar balik. Pihak bank perlu lebih peka dengan mengetatkan prosedur permohonan dan kelulusan supaya mereka yang layak saja diberikan kemudahan ini.

“Ada sesetengah bank meluluskan permohonan dengan mudah tanpa menyelidik status kewangan pemohon. Sepatutnya mereka pastikan dan kaji latar belakang serta kemampuan pemohon. Ada yang menawarkan pelbagai, seolah-olah berlumba mencari pelanggan kad kredit,” katanya.

Selain prosedur kelulusan longgar, FOMCA turut mendedahkan ada pengguna kad kredit sanggup berhutang kerana mahu hidup gaya mewah termasuk bertujuan semata-mata mahu menyertai kumpulan anak muda daripada golongan kaya.

Walaupun penggunaan kad kredit diperlukan dalam banyak urusan tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan kepada pihak bank untuk memerangkap pengguna dengan pelbagai syarat terselindung di sebalik syarat perjanjian yang ditandatangani pemegang kad kredit.

Sumber: Berita Minggu

Ulasan:

Orang ramai di Malaysia perlulah berhati-hati dengan penggunaan kad kredit ini. Sekiranya anda bijak dan berhemah dalam berbelanja, anda boleh memanipulasi kelebihan kad kredit ini. Namun, sekiranya pengurusan kewangan anda lemah, saya sarankan agar anda tidak menggunakan kad kredit ini lebih-lebih golongan muda. Saya sendiri akui golongan muda sangat mudah terpengaruh dengan gaya hidup mewah walhal mereka sebenarnya tidak mampu untuk hidup mewah. Cukuplah dengan mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Saya pasti sekiranya kita mampu mengawal nafsu berbelanja kita, masalah seperti muflis di usia muda tidak akan berlaku lagi. Semoga ulasan ini bermanfaat kepada kita semua.

Jumpa lagi di lain artikel :-)

Salam Kewangan,

Ahmad Bashier

Tuesday, October 5, 2010

Tips Berjimat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga kita semua berada dalam keadaan yang sihat selalu.

Baiklah, pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda sedikit tips untuk kita berjimat.

Antara perkara yang boleh kita lakukan adalah:

a) Kurangkan panggilan telefon.
Saya sarankan anda hadkan panggilan telefon kepada orang yang penting sahaja. Orang yang tidak penting anda hanya perlu gunakan mesej @ sms sahaja.

b) Bayar bill secara online
Saya sendiri membayar bil-bil saya menggunakan internet. Contohnya, bil broadband, sewa domain dan hosting serta bayaran bulanan untuk autoresponder. Ianya lebih memudahkan kita disamping menjimatkan masa, tenaga dan wang.

c) Jangan tengok wayang
Point ini sangat penting untuk didiskusikan. Bagi saya sendiri, saya kurang bersetuju sekiranya anda mengahabiskan masa lapang anda dengan menonton wayang di pawagam. Ada baiknya, anda menonton movie yang didownload terus ke dalam laptop anda.

Rasanya cukup 3 point yang saya ingin kongsikan kepada anda. Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk kita berjimat. Untuk permulaan, apa kata anda mulakan dengan 3 poin ini dahulu. Mungkin pada permulaan, anda hanya mampu berjimat sedikit tetapi lama-kelamaan saya pasti anda mampu untuk berjimat dengan lebih banyak pada masa akan datang.

Sehingga berjumpa lagi.

Selamat Berjimat,
Ahmad Bashier
www.ahmadbashier.com

Wednesday, August 18, 2010

Aktiviti Hari Ini



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga semua berada dalam keadaan sihat.

Saya cuma ingin berkongsi dengan anda, aktiviti saya pada hari ini iaitu aktiviti membayar bill:-)

Ok, jom kita lihat:

Aktiviti pertama: Selepas bersahur, saya membayar sewa rumah sebanyak RM140 seorang. (^_^)v

Aktiviti kedua: Membayar invoice di NetKL.com

Bukti:
Aktiviti ketiga: Membayar bil P1 Wimax.

Bukti:

Jadi, jom kita lihat wang keluar pada hari ini:

Sewa Rumah Bulanan: RM140
Sewa Hosting NetKL.Com: RM11.70
Broadband P1 Wimax: RM98

Jumlah: RM249.70

p/s: Inilah kehidupan mahasiwa yang bekerjaya. Harap-harap lepas ni semakin banyak duit masuk.
p/s/s: Rezeki di muka bumi Allah ini sangat banyak. Tinggal kita sahaja untuk berusaha mengambilnya.
p/s/s/s: Bersyukurlah dengan apa yang dimiliki. Urus kewangan dengan baik!!(^_^)v

Sekian,
Ahmad Bashier

Sunday, February 14, 2010

Menabung VS Melabur


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga berada dalam keadaan sihat walafiat.

Baiklah, post saya pada kali ini ialah saya akan bercerita mengenai simpanan atau lebih tepat lagi cara untuk menyimpan.

Saya pasti semenjak kita kecil lagi , kita telah diajar menyimpan di dalam tabung
sekiranya ada wang baki di tangan selepas pulang dari sekolah. Tahukah anda,cara ini adalah tidak tepat dan bakal mengundang sengsara kepada dirianda kelak?Ya! Benar! Jika anda mengamalkan berbelanja terlebih dahulu kemudian baru menyimpan, akaun simpanan anda pasti tidak akan bertambah sampai bila-bila. Bagaimana jika setiap bulan, anda langsung tidak mempunyai baki wang di tangan untuk disimpan?

Anda sendiri tahu jawapannya bukan..

Konsep menabung atau menyimpan ialah dengan menyimpan terlebih dahulu sebelum berbelanja. Cara ini lebih selamat dan akan memastikan anda berbelanja tidak lebih dari jumlah wang yang anda di tangan setelah di tolak wang yang telah disimpan. Berapa jumlah yang sepatutnya anda simpan? Sekurang-kurangnya ialah sebanyak 10% daripada jumlah pendapatan anda sebulan. 10% adalah nilai yang minimum. Jika anda mampu, anda boleh meningkatkan jumlah potongan untuk simpanan anda sebanyak mana yang anda mampu.

Lagi cepat anda menyimpan, lebih cepat anda menikmati keuntungan dan
mencapai kebebasan kewangan, lebih cepat anda menjadi JUTAWAN..

Setakat ini sahaja tips saya pada kali ini.Sehingga berjumpa lagi.

Salam Menabung:
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

Friday, February 12, 2010

Maklumat Pelaburan di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
semoga anda berada dalam keadaan sihat walafiat sentiasa.

Apa khabar saudara/i sekalian? Baiklah, entry pada kali ini ringkas sahaja iaitu ianya
berkaitan dengan jenis simpanan dan pelaburan di Malaysia.

Tahukah anda, ada berapa banyak jenis simpanan dan pelaburan
yang SAH di Malaysia? Cuba lihat di bawah :

1. Simpanan biasa : dividen 1% setahun
2. Simpanan tetap : dividen 2-3% setahun
3. Simpanan KWSP : dividen 4-5% setahun
4. Simpanan tabung haji : dividen 5-6% setahun
5. Simpanan ASB : dividen 8-9% setahun
6. Pelaburan unit amananah : dividen 10-20% setahun
7. Pelaburan emas : pulangan sehingga 30% setahun
8. Pelaburan saham : bergantung kepada prestasi syarikat.

Berdasarkan senarai di atas, yang manakah anda rasa lebih
berbaloi untuk anda?

Sebelum anda menjawap soalan tersebut, mari kita lihat fakta ini :

'Pihak bank menggunakan duit anda untuk dipinjamkan kepada
orang lain dengan kadar faedah 5-6% setahun (rate pinjaman peribadi).'

Jadi, adakah berbaloi pihak bank memberikan 1% sahaja dividen kepada anda
sedangkan pihak bank menggunakan duit anda untuk mendapatkan keuntungan.

Jadi, tepuk dada tanya selera anda. Melaburlah dengan cara yang HALAL dan Menguntungkan.

Sahabat Pelaburan Anda:
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

Monday, February 8, 2010

Formula 70/30

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan Formula 70/30. Formula
ini saya dapat melalui email yang dihantar oleh saudara Razif Yusof, seorang internet marketer
yang sangat hebat. Jom kita renungi perkongsian ini.

Apa dia Formula 70/30 Menjana Kekayaan?

Teknik ini membahagikan pendapatan anda kepada
2 bahagian:

70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Ini termasuk untuk bayaran rumah, kereta,makan dan shopping! Jika tidak cukup anda perlu mencari jalan untuk kurangkan perbelanjaan anda sehingga ianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda. Anda boleh melakukannya dengan penjimatan yang realistik.

Sebagai contoh jika gaji anda adalah RM2000 sebulan, anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM1400 (70%) sahaja pada bulan tersebut.

Baki 30% (atau RM600) akan kita gunakan untuk menjana kekayaan!

-10% pertama (RM200) anda gunakan untuk kebajikan, samada menolong orang tua, anak yatim, dan menderma ke masjid. Ingat, rezeki yang berkat akan membawa kebahagiaan dan digandakan!

-10% kedua (RM200) anda gunakan untuk bisnes. Tidak kira apa juga bisnes yang ingin anda ceburi, anda perlukan modal untuk permulaan. Contohnya: pergi kursus, beli buku, program dan sebagainya. Pelajari sesuatu yang baru, buka minda anda dan anda pasti menemui sesuatu yang menguntungkan.

-10% terakhir (RM200) anda SIMPAN untuk masa depan anda. Ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana ianya bakal meledakkan akaun bank anda dalam senyap.

Nota: Jika anda MENYIMPAN RM200 setiap bulan dengan
bonus 10% setahun, SIMPANAN anda bakal mencecah:

>> RM175,000 (selama 20 tahun)
>> RM525,000 (selama 30 tahun)
>> RM1.4Juta (selama 40 tahun)

Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika anda mahu menjana kekayaan dalam hidup. Tidak kira walau berapa pun gaji anda sebulan, anda mesti gunakan teknik diatas untuk masa depan anda.

Tetapi tidak semua orang akan ikut walau betapa hebat sekalipun formula ini. Dan sebab itulah tidak ramai yang jadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun dah pencen. Ini kerana mereka tiada lebihan wang untuk disimpan.Ini mungkin juga kerana mereka terlalu boros dan tidak pernah terfikir untuk berjimat demi masa depan.

Oleh itu, saya sarankan jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan, sila ikut Formula 70/30 mulai hari ini. Mulakan PENJIMATAN hari ini juga untuk mulakan SIMPANAN anda.

Salam Penjimatan:
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

Saturday, February 6, 2010

5 Sebab Kegagalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog yang budiman.

Baiklah, pada kali ini saya akan dedahkan 5 sebab mengapa ramai orang yang tidak akan menjadi kaya dan bagaimana anda tidak menjadi salah salah seorang daripada mereka.

Apabila anda tahu tentang rahsia ini dan buat apa yang mereka telah lakukan, anda akan menjadi seperti mereka. Sebaliknya, jika anda tidak faham dan buat apa yang mereka tidak lakukan, anda tidak akan kaya.

Konsepnya cukup mudah tapi itulah hakikatnya.

Selepas mengetahui 5 sebab ini, hidup anda pasti akan berubah. Berikut adalah 5 sebab mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka!

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi, pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan.Nampakkah anda masalahnya disini?Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda menjana wang, kejayaan dan gaya hidup yang anda mahukan.Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat ganjarannya. Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan. Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan melangkah ke arah kejayaan kepada semua pembaca blog saya:-)

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Tahukah anda Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti. Perbezaannya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yangmasukkan duit kepoket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda.

Aset : Wang masyuk
Liabiliti: Wang keluar

Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta benda adalah aset mereka.Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda keluarkan wang dari poket anda.
Mereka MAHUKAN wang daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang. Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah liabiliti = hutang! Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Salah seorang jutawan pernah memberi nasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya." Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk sejam bekerja dan sampai disitu sahaja.Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi anda lakukan.Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk anda menuju kekayaan.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya satu sistem yang buat duit secara automatik. Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait dengannya. Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit, tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi. Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa kekayaan diluar dugaan anda.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=
Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=

Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut daripada garisan permulaan dan
mengikut terus sehingga ke garisan penamat. Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya sekali. Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula, tetapi mesti tabah mengharungi semuanya. Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi punca kegagalan sesorang. Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus, mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan.Ianya cukup mudah... anda perlu membuat keputusan untuk mengikut perkara diatas dan lihat perubahan pada hidup anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan oranglain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu. Inilah masanya untuk anda membuat keputusan.Penganjarannya, anda perlu BERTINDAK untuk menyelesaikan masalah-masalah ini


Demi Kejayaan Anda,
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

Thursday, February 4, 2010

Kunci Duit ANDA!!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga berada dalam keadaan sihat walafiat.

Baiklah, entry kali ini saya ingin membicarakan berkaitan dengan soal kewangan.
Saya mahu anda semua kunci duit anda!!! Tentu pelik bunyinya bukan? Hehe;-)

Sekiranya anda ada 'kunci' yang bagus, keadaan kewangan anda pasti 'sihat'. 'Kunci' terbaik ialah Jangan Tambah Hutang! Langsaikan dulu hutang sekarang jika boleh dan jangan tambah hutang Bashier. Cukuplah dengan apa yang ada sekarang. Jangan mudah terpedaya dengan skim belian ansuran, kemudahan kad kredit dan sebagainya. Beli hanya yang perlu, tangguhkan atau batalkan pembelian yang bersifat 'kehendak' dan bukan 'keperluan'. Penulis berharap agar anda dapat mempraktikkan tips ini walaupun ianya nampak mudah namun susah untuk diaplikasikan kebanyakan daripada kita.

Formulanya ialah:
Jimat + Alternatif = Kunci duit

Berjimat adalah perkara senang tetapi diabaikan. Bukan bermakna anda mahupun saya kedekut, tetapi berhemah. Contohnya belian ubat gigi, cari semasa harga promosi seperti pembelian 2 percuma 1. Begitu juga dengan barangan lain, cuba cari alternatif yang lebih murah.
Contohnya anda boleh berjimat dalam pembelian Kasut Adidas dengan pembelian di rangkaian al-Ikhsan berbanding di butik Adidas sendiri. Jika saya, saya hanya mencari baju terbabit di Uptown mahupun Downtown yang berdekatan sahaja. Selain itu,anda juga boleh memilih alternatif jenama lain yang lebih murah. Jadi alternatif bukan sahaja aspek 'tempat pembelian' tapi juga 'fungsi/tujuan' dan 'banding harga'. Jika tujuan atau fungsinya sama, mengapa bayar lebih hanya kerana jenama? Ada sesetengah perkara 'jenama' penting, tapi banyak yang tak penting. Contohnya apa perlu jenama untuk pisau cukur, pen, wallet? Untuk fungsi yang biasa, anda boleh berjimat dengan mencari alternatif! Ingatalah wahai sahabatku, jangan pandang remeh tentang 2 perkara penting ini, kerana inilah antara rahsia bagaimana orang kaya kekal kaya! Lakukan sedikit 'survey' sebelum membeli kerana melalui survey tersebut anda mampu menjimatkan wang anda.


Salam Pengguna Bijak:
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

Wednesday, January 13, 2010

Ilmu Kewangan Itu Penting

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga berada dalam keadaan sihat walafiat...

Saya berharap berada dalam keadaan yang sihat dan tenang. Masalah sikit sebanyak tu biasalah, yang penting bagaimana kita menanganinya. Berbalik kepada tajuk kita tentang bagaimana menilai keadaan kesihatan kewangan kita. Ada banyak indicator yang boleh dilihat untuk dijadikan tanda aras betapa sihatnya status kewangan kita. Yang penting anda buat.. anda buat.. anda dapat!

Beberapa indicator penting adalah;
-------------------------------------------------
1) Kadar wang masuk dan keluar.
-------------------------------------------------
Saya dah jelaskan seawal bab pertama dalam ebook yang anda telah download sebelum ini. Anda harus pastikan yang kadar wang masuk lebih dari wang keluar. Ianya boleh dilakukan dalam kadar sebulan atau setahun. Sebab itu ditekankan, anda perlu tahu ke mana wang anda sebenarnya 'ghaib'. Pastikan yang

[pendapatan] - [perbelanjaan] = positif @ negatif @ zero

Jika nilainya negatif, anda kena buat sesuatu, dan jika nilainya '0', anda hampir jatuh.. jadi buatlah sesuatu untuk menangani masalah ini.

----------------------------------------
2) Peratusan hutang anda.
----------------------------------------
Pengiraan peratusan nisbah hutang sangat mudah iaitu;

[jumlah hutang] / [jumlah pendapatan] * 100 = nisbah hutang

Contohnya jumlah pendapatan anda;
* Gaji suami isteri = RM5000
* Pendapatan Duit sewa rumah = RM300
Jumlah RM5300

Jumlah Hutang Anda;
* Ansuran rumah = RM1000
* Ansuran kereta = RM800
* Pinjaman peribadi = RM600
* Hutang PTPTN suami isteri = 500
Jumlah RM2900

Jadi nisbah hutang anda = RM2900/RM5000*100 = 58%
Maknanya anda membelanjakan 58% dari gaji anda untuk membayar hutang sahaja. Kalau boleh, untuk memastikan ianya sihat, pastikan ianya di bawah 50% dan tingkatkan pelaburan/simpanan. Peratusan ini amat penting untuk di 'monitor' selalu.

-----------------------------------------------------------
3 - Jumlah Rezab Gaji (Nisbah kemewahan)
-----------------------------------------------------------
Anda boleh buka semula eBook yang telah anda download tentang Rezab Gaji ini. Anda harus pastikan ianya mencukupi untuk anda berada dalam keadaan yang selesa jika berlaku apa-apa yang tidak diingini. Mungkin
dalam eBook tersebut saya nyatakan Rezab Gaji dalam keadaan yang ideal iaitu anda buat satu akaun yang tidak disentuh langsung. Tapi untuk tujuan memudahkan kita kira semua sekali simpanan anda untuk tentukan
nisbah kemewahan ini.

Contohnya;
Jumlah simpanan anda;
Tabung Haji = RM12000
ASB = 20000
Simpanan = 15000
Jumlah = RM47000

Perbelanjaan Bulanan anda;
Hutang (seperti yg kita kira diatas) = RM2900
Perbelanjaan Rumah = RM1800
Belanja sekolah anak = RM500
Jumlah = RM5200

Rezab Gaji anda = RM47000/RM5200 = 9

Maknanya rezab gaji anda adalah 9 bulan. Sekiranya anda dibuang kerja, anda masih boleh survive 9 bulan tanpa gaji dengan simpanan anda. Ianya sesuatu yang ideal, tetapi jika rezab gaji anda hanya 2 atau mungkin 1 atau mungkin tak sampai 1, bagaimana jika anda ditimpa musibah?

------------------------
4 - Nilai Aset
------------------------
Penilaian kesihatan kewangan anda juga boleh dinilai dengan nilaian aset anda yang terdiri dari 2 bahagian iaitu;

- Portfolio Income; hasil yang datang dari pelaburan anda berupa saham, unit amanah, simpanan tetap, bon dan lain-lain yang melibatkan pelaburan

- Passive Income; hasil yang datang melalui pendapatan dari hartanah atau 'real estate'. Jumlah sewaan dan peningkatan nilai 'appreciation' unit hartanah tersebut.

Jadi nilai sendiri tahap kesihatan kewangan anda denga 4 indicator
mudah ini. Pastikan semuanya berada dalam keadaan yang bagus;

1) Kadar wang masuk dan keluar = Positif
2) Peratusan Nisbah hutang = <50%
3) Rezab Gaji = melebihi 4 bulan
4) Nilai Aset = bertambah, dan jika belum ada, adakan plan untuk milikinya

Salam kesihatan kewangan,
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

Wednesday, January 6, 2010

Kewangan, Ilmu Yang Wajib Dipelajari!!!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Semoga berada dalam keadaan kewangan yang mantap hendaknya…

Pada hari yang indah ini, saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan KEWANGAN, satu lagi topik kegemaran saya . Sebelum itu, saya ingin bertanyakan kepada anda semua, adakah anda merasakan ilmu pengurusan kewangan itu penting dalam diri anda? Jika anda mengatakan YA, tahniah saya ucapkan kepada anda. Dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar ini, dengan ketidaktentuan ekonomi, kadar pengangguran yang bertambah serta kadar inflasi yang semakin meningkat, kita seharusnya mengetahui peri pentingnya maklumat dan ilmu berkaitan dengan kewangan.

Saudara serta saudari sekalian,

Dalam usia yang muda ini, saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dapat mempelajari ilmu berkaitan dengan kewangan ini secara kasar melalui pembacaan serta pemerhatian saya. Saya juga tidak segan silu untuk bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan kewangan. Bagi saya, kewangan itu sendiri telah membuatkan pemikiran saya berubah daripada sempit kepada luas. Pada pandangan saya, ilmu pengurusan kewangan anda amatlah penting dalam diri setiap makhluk yang ada di dunia ini. Hal ini untuk mengelakkan anda daripada mengalami masalah hutang bertimbun serta kehabisan wang.

Sebagai contoh, kita memerlukan ilmu kewangan untuk melabur, menyimpan , berniaga serta mengawal kehidupan kita. Jika kita mempunyai ilmu berkaitan kewangan , saya yakin dan pasti duit anda akan bekerja keras untuk anda. Bukannya anda yang bekerja keras untuk anda. Post kali ini adalah lebih merupakan sesi ice breaking kepada kita semua untuk berkenalan dengan KEWANGAN. Oleh itu, saya berharap agar anda semua dapat input yang berguna untuk entry ini. Saya percaya melalui pengurusan yang betul, kita mampu untuk mencapai KEBEBASAN KEWANGAN. Insyaallah. Sekian tips 60 saat daripada saya.. Jumpa lagi di post seterusnya…..

Salam Kewangan Daripada Saya,
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi