Rakan-Rakan Followers

Wednesday, January 13, 2010

Ilmu Kewangan Itu Penting

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga berada dalam keadaan sihat walafiat...

Saya berharap berada dalam keadaan yang sihat dan tenang. Masalah sikit sebanyak tu biasalah, yang penting bagaimana kita menanganinya. Berbalik kepada tajuk kita tentang bagaimana menilai keadaan kesihatan kewangan kita. Ada banyak indicator yang boleh dilihat untuk dijadikan tanda aras betapa sihatnya status kewangan kita. Yang penting anda buat.. anda buat.. anda dapat!

Beberapa indicator penting adalah;
-------------------------------------------------
1) Kadar wang masuk dan keluar.
-------------------------------------------------
Saya dah jelaskan seawal bab pertama dalam ebook yang anda telah download sebelum ini. Anda harus pastikan yang kadar wang masuk lebih dari wang keluar. Ianya boleh dilakukan dalam kadar sebulan atau setahun. Sebab itu ditekankan, anda perlu tahu ke mana wang anda sebenarnya 'ghaib'. Pastikan yang

[pendapatan] - [perbelanjaan] = positif @ negatif @ zero

Jika nilainya negatif, anda kena buat sesuatu, dan jika nilainya '0', anda hampir jatuh.. jadi buatlah sesuatu untuk menangani masalah ini.

----------------------------------------
2) Peratusan hutang anda.
----------------------------------------
Pengiraan peratusan nisbah hutang sangat mudah iaitu;

[jumlah hutang] / [jumlah pendapatan] * 100 = nisbah hutang

Contohnya jumlah pendapatan anda;
* Gaji suami isteri = RM5000
* Pendapatan Duit sewa rumah = RM300
Jumlah RM5300

Jumlah Hutang Anda;
* Ansuran rumah = RM1000
* Ansuran kereta = RM800
* Pinjaman peribadi = RM600
* Hutang PTPTN suami isteri = 500
Jumlah RM2900

Jadi nisbah hutang anda = RM2900/RM5000*100 = 58%
Maknanya anda membelanjakan 58% dari gaji anda untuk membayar hutang sahaja. Kalau boleh, untuk memastikan ianya sihat, pastikan ianya di bawah 50% dan tingkatkan pelaburan/simpanan. Peratusan ini amat penting untuk di 'monitor' selalu.

-----------------------------------------------------------
3 - Jumlah Rezab Gaji (Nisbah kemewahan)
-----------------------------------------------------------
Anda boleh buka semula eBook yang telah anda download tentang Rezab Gaji ini. Anda harus pastikan ianya mencukupi untuk anda berada dalam keadaan yang selesa jika berlaku apa-apa yang tidak diingini. Mungkin
dalam eBook tersebut saya nyatakan Rezab Gaji dalam keadaan yang ideal iaitu anda buat satu akaun yang tidak disentuh langsung. Tapi untuk tujuan memudahkan kita kira semua sekali simpanan anda untuk tentukan
nisbah kemewahan ini.

Contohnya;
Jumlah simpanan anda;
Tabung Haji = RM12000
ASB = 20000
Simpanan = 15000
Jumlah = RM47000

Perbelanjaan Bulanan anda;
Hutang (seperti yg kita kira diatas) = RM2900
Perbelanjaan Rumah = RM1800
Belanja sekolah anak = RM500
Jumlah = RM5200

Rezab Gaji anda = RM47000/RM5200 = 9

Maknanya rezab gaji anda adalah 9 bulan. Sekiranya anda dibuang kerja, anda masih boleh survive 9 bulan tanpa gaji dengan simpanan anda. Ianya sesuatu yang ideal, tetapi jika rezab gaji anda hanya 2 atau mungkin 1 atau mungkin tak sampai 1, bagaimana jika anda ditimpa musibah?

------------------------
4 - Nilai Aset
------------------------
Penilaian kesihatan kewangan anda juga boleh dinilai dengan nilaian aset anda yang terdiri dari 2 bahagian iaitu;

- Portfolio Income; hasil yang datang dari pelaburan anda berupa saham, unit amanah, simpanan tetap, bon dan lain-lain yang melibatkan pelaburan

- Passive Income; hasil yang datang melalui pendapatan dari hartanah atau 'real estate'. Jumlah sewaan dan peningkatan nilai 'appreciation' unit hartanah tersebut.

Jadi nilai sendiri tahap kesihatan kewangan anda denga 4 indicator
mudah ini. Pastikan semuanya berada dalam keadaan yang bagus;

1) Kadar wang masuk dan keluar = Positif
2) Peratusan Nisbah hutang = <50%
3) Rezab Gaji = melebihi 4 bulan
4) Nilai Aset = bertambah, dan jika belum ada, adakan plan untuk milikinya

Salam kesihatan kewangan,
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

Jom Ke Surau KKTAZ

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
semoga berada dalam keadaan yang diredhai Allah sentiasa..

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di blog ini. Post kali ini adalah ringkas sahaja iaitu penulis ingin mengajak semua sahabat handai sama ada di luar UM ataupun dalam UM untuk menghadiri kuliah tafaqquh fiddin, satu kuliah yang amat penting kepada kita semua. Menariknya, kuliah ini adalah percuma untuk semua walaupun pihak kami iaitu Jawatankuasa Balai Islam KKTAZ dikehendaki untuk membayar sedikit bayaran sebagai cederahari kepada penceramah yang datang. Oleh itu, saya sebagai Ketua Biro Informasi dan Maklumat Balai Islam KKTAZ ingin mengambil kesempatan ini untuk kita semua menghadiri kuliah ilmu ini. Insyallah kita akan menjadi seorang mahasiswa yang berguna di dunia serta di akhirat. Amin...

Salam Ukhuwah,
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi