Rakan-Rakan Followers

Friday, January 8, 2010

JOM SERTAI...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
Semoga berada dalam keadaan yang sihat selalu.
Alhamdulillah, bersyukur kita kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bertemu lagi di alam maya ini. Insyaallah, jika diizinkan Allah, kita akan bertemu lagi pada masa akan datang. Baiklah, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, entry pada kali ini adalah untuk menyeru kepada semua umat islam untuk sama-sama menyertai Forum Percuma yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(PMIUM). Saya amat menyarankan agar anda pergi ke forum ini kerana ianya membincangkan berkaitan dengan agama kita, aspek paling penting sekali dalam hidup kita. Jika anda ternampak iklan ini, saya harap agar anda boleh menyebarkannya kepada rakan-rakan dan saudara mara anda. Oklah, sampai di situ sahaja daripada saya.
Salam Mahasiswa Daripada Saya,
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi