Rakan-Rakan Followers

Sunday, January 24, 2010

Tazkirah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Orang kata kita perlu beringat sesame kita. Ok lah pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan pesanan Nabi Muhammad kepada Saidina Ali. Jom kita renung-renungkan kisah di bawah:

Nabi pernah berpesan kepada Saidina Ali..

“Wahai Ali... ketika selesai Allah menjadikan syurga,
maka syurga lantas bertanya: Wahai Tuhan,untuk apakah engkau jadikan aku?

Jawab Allah: "Untuk orang yang murah hati dan berbakti...

Maka jawab syurga : "Ya, aku redha."

Dan kemudian berkatalah neraka: "Wahai Tuhan, untuk apakah pula Engkau jadikan aku?"

Jawab Allah: "Untuk orang yang kikir, kedekut dan sombong... "

Maka jawab neraka: "Ya, aku redha untuk keduanya".

Wahai Ali... Aku lihat tertulis atas pintu syurga:
"Engkau diharamkan terhadap orang yang kikir, orang yang menderhakakepada kedua ibubapanya dan orang yang mengadu dombakan orang".

Wahai Ali... Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati, maka nescaya Allah tuliskan baginya seribu kebajikan dan dihapuskan seribu kejahatan dan diangkat baginya seribu darjat.

Wahai Ali... Sesungguhnya, orang yang murah hati itu hampir kepada Allah hampir kepada rahmat-Nya, jauh daripada siksaan... dan adapun orang yang kikir (kedekut) itu jauh daripada Allah, jauh daripada rahmat-Nya dan hampir kepada siksaan-nya.

Wahai Ali... Takutlah kamu dengan doa orang yang murah hati, kerana sesungguhnya orang yang murah hati itu apabila terlanggar atau tersungkur, Allah akan memegang tangannya.”

Begitulah besarnya fadhilat orang yang bersedekah iaitu diangkatkan darjatnya, ditulis baginya seribu kebajikan dan doanya dimakbulkan.

Salam Renungan daripada saya:

Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

No comments:

Post a Comment