Rakan-Rakan Followers

Sunday, January 10, 2010

JOM Belajar ICT...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Semoga anda berada dalam keadaan sihat walafiat..

Pada entry kali ini, saya ingin menjemput anda semua untuk menghadiri Bengkel ICT di Dewan Angsana, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Berikut merupakan maklumat yang saya peroleh dari blog Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya(PMKUM)


Sempena HALWA '10, PMKUM akan mengadakan 2 sesi bengkel ICT bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang cara-cara menjaga PC anda serta beberapa kemahiran seperti penggunaan Adobe Photoshop CS 3 serta Swish Max serta beberapa perkara asas lain yang amat bermanfaat. Maklumat mengenai bengkel yang akan diadakan adalah seperti berikut.

Bengkel ICT 1:
(16 Jan 10, 10pg-1pm, Bilik Seminar Teratai APM)

> Cara mengenalpasti/menghapuskan virus
> Cara virus menyerang & kesannya
> Tips penjagaan PC & cara pemilihan PC yang baik
> Cara format PC OS Win XP & 7 (E-book percuma untuk Win XP)
> Promosi servis laptop (RM0-25)
- Pemeriksaan laptop percuma
- Format,Clean virus, Optimize, Maintenance, Upgrade dan lain-lain

Bengkel ICT 2:
(17 Jan 10, 10pg-1pm, Bilik Seminar Teratai APM)

> Asas penggunaan Adobe Photoshop CS3
- Graphic Design (poster, baner, risalah dan lain-lain.
> Asas penggunaan Swish Max 2
- Video flash maker (slide intro, slide bacdrop dan lain-lain.

Hubungi /sms Amin ( 0136299033) untuk bengkel 1 dan Faris (0199024164) untuk bengkel 2 bagi tujuan pendaftaran. Yuran pendaftaran adalah RM5 sahaja untuk setiap bengkel. Terbuka kepada semua. Terhad kepada 30 orang sahaja.

Jom pakat join ramai-ramai..