Rakan-Rakan Followers

Tuesday, June 29, 2010

Maksimumkan Fungsi Search Google

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat selalu ya:-)

Baiklah, pada entry kali ini saya cuma ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan fungsi search di google. Saya pasti ramai orang sebenarnya tahu untuk menggunakan fungsi ini tetapi sebenarnya tidak ramai yang memaksimumkan fungsi ini.

Ada yang menggunakan hanya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Sepatutnya kita boleh gunakan fungsi search di google ini untuk mencari pelbagai maklumat dan informasi yang bersesuaian. Ianya penting lebih-lebih lagi kepada siswa dan siswi yang sedang bercuti sekarang ini (termasuklah penulis blog ini, HOHOHO)

Baiklah, anda boleh gunakan fungsi search ini untuk mencari apa-apa sahaja. Walaupun ramai dah tahu, jom saya tunjukkan beberapa yang langkah yang boleh anda lakukan:

1) Langkah 1: Taip www.google.com , maka akan terpampanglah laman ini:
2) Langkah2: Taip apa-apa yang dirasakan sesuai yang terlintas di fikiran anda. Contohnya: Kad Imbasan Bahasa Arab. Ianya bergantung kepada tujuan anda sebenarnya. Macam saya, saya taip keyword tersebut untuk melihat sejauh mana laman web kad imbasan bahasa arab saya ini mendapat tempat di hati Pak Cik Google. Dan seperti dijangka, hasilnya adalah seperti ini:


Bila dilihat kembali, wah, banyaknya saya punya website dalam page google ni. Hohoho:-) Senang lah nanti kalau pelanggan saya nak cari produk tersebut. Produk yang saya maksudkan adalah kad imbasan bahasa arab ya:-)

3) Langkah 3: Sekiranya anda tidak berpuas hati, anda boleh scroll lagi di bawah dan lihat lah apa-apa maklumat yang dirasakan sesuai. Dalam kes saya ini, apabila saya scroll di bawah, hasilnya adalah seperti ini:

Rupa-rupanya ada 2 lagi laman yang memaparkan berkaitan dengan produk kad imbasan bahasa arab saya itu. Wah, baru saya tahu. Jadi, kesimpulannya di sini, apabila pelanggan/prospek yang ingin mencari kad imbasan bahasa arab dan mereka menggunakan fungsi search Pak Cik Google ini, maka mereka akan mendapati ada beberapa laman yang memaparkan produk saya sahaja. Antaranya ialah:


Jadi, peluang saya untuk mendapatkan pelanggan melalui teknik ini adalah tinggi sebenarnya. Rasanya itu sahaja untuk kali ini. Insyaallah saya akan berkongsi lagi beberapa tips ringkas tetapi sebenarnya sangat berkesan untuk kita semua pada masa akan datang. Itu sahaja daripada saya. Jumpa lagi:-)

p/s: Terima kasih lah sebab sudi lawat blog saya ini. Lain kali datang lagi ya\(^_^)/

Sekian,
Ahmad Bashier

Monday, June 28, 2010

Jom Tambah Pendapatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga sihat selalu ya:-)

Baiklah, pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan bagaimana mahu menjadi agen affiliate untuk ebook saya dan ebook-ebook yang lain. Anda cuma perlu mengikut beberapa langkah di bawah:



Secara ringkasnya adalah seperti ini:
Ok, itu sahaja daripada saya. Harap anda faham ya:-)

Salam Perakaunan,
Ahmad Bashier
www.ahmadbashier.com

Ebook Panduan Perakaunan Dilancarkan!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda berada dalam keadaan yang sihat selalu:-)

Baiklah, entry pada kali ini ialah saya ingin berkongsi dengan anda satu produk digital saya telah pun dilancarkan pada minggu lepas. Bersyukur rasanya, terima kasih diucapkan kepada Publisher Online saya, budimu sungguh besar buat anak muda ini. Yosh:-)

Ok, berkaitan dengan ebook saya ini, ianya berkaitan dengan panduan asas perakaunan. Selali lagi saya ulang, ianya adalah Panduan ASAS Perakaunan. Harap anda semua tidak terkeliru ya. Antara isi kandungan yang terdapat dalam ebook ini adalah:

Bahagian 1: Pengenalan
Definisi Perakaunan
Fungsi Perakaunan
Ciri Maklumat Perakaunan
Pengguna Maklumat Perakaunan
Cabang-cabang perakaunan
Prinsip Perakaunan Diterima Umum(GAAP)

Bahagian 2: Asas Perakaunan
Pengelasan Perakaunan
Jenis-jenis akaun
Persamaan Akaun
Sistem Catatan Bergu

Bahagian 3: Kitaran Perakaunan
Pengenalan Kitaran Perakaunan
Dokumen Sumber
Jurnal
Buku Tunai
Lejar
Imbangan Duga
Penyata Kewangan
Kunci Kira-kira

Bahagian 4: Pelarasan
Pengenalan Pelarasan
Tujuan Pelarasan
Jenis-jenis Pelarasan
Perakaunan Untuk Aset Tetap & Susutnilai

Bahagian 5: Penutup

Ini merupakan isi kandungan untuk ebook utama saya ini iaitu Ebook Panduan Perakaunan. Tawaran terbaik daripada saya ialah sekiranya anda beli ebook tersebut, anda akan dapat bonus-bonus yang sangat lumayan iaitu:

a) Bonus 1: Ebook Panduan Buat Duit Dengan Perkaunan
b) Bonus 2: Ebook 5 Syarikat Utama Dan 5 Badan Perakaunan Di Malaysia
c) Bonus 3: Keahlian Eksklusif Ke Ruangan Komuniti Akaun
d) Bonus 4: Ebook Career Guide setebal 130 Muka Surat
e) Bonus 5: Ebook Basic Accounting (dalam Bahasa Inggeris)



5 Bonus ini anda akan mendapat percuma sekiranya anda membeli ebook Panduan Perakaunan yang berharga RM30 sahaja. Ianya sangat murah dan saya pasti ia akan membantu anda kelak. Insyaallah.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melihatnya di sini:


Rasanya setakat itu sahaja daripada saya, insyaallah ada masa saya akan kongsi bagaimana menjadi agen untuk ebook saya ini.

Jumpa lagi ya,
Ahmad Bashier

Pendaftaran Subjek Selesai~~~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat selalu ya.

Entry kali ini sangat ringkas sahaja iaitu berkaitan dengan subjek yang telah saya daftarkan. Anda boleh melihatnya di bawah ini:

Untuk pengetahuan anda, saya mengambil 19 jam kredit untuk sem depan dan kuliah pada sem depan adalah pada hari Selasa, Rabu dan Jumaat tidak termasuk kelas tutorial. Insyaallah sem hadapan akan menjadi pemangkin kepada kejayaan saya dalam akademik. Insyaallah. Rasanya itu sahaja untuk entry kali ini, insyaallah kalau diizinkan Allah, kita jumpa lagi:-)

Salam Sukses,
Ahmad Bashier
www.ahmadbashier.com

Friday, June 18, 2010

Percutian Yang Betul-Betul Menyeronokkan!!!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga anda semua berada dalam keadaan yang amat-amat sihat.

Kalau tak sihat, pergi lah makan ubat.
Kalau tak ada ubat, pergi lah jumpa doktor
Kalau tak ada doktor, pergi lah blog saya ini,
confirm boleh jadi sihat, gurau sahaja kawan. Hohoho..

Apa-apa pun, jagalah kesihatan tu,
Nanti kalau dah sihat, boleh berbakti kepada diri sendiri, keluarga, agama dan negara.

Ok, pada kali ini saya nak cerita best ni. Cerita berkaitan dengan sesuatu yang amat best. Insyaallah. Kalau orang lain cuti diorang hanya tidur, makan minum dan lepak-lepak tak tentu arah. Jumpa kawan-kawan tengok wayang, makan-makan, gosip sini sana. Hoho, tu lah remaja zaman sekarang kalau dah cuti sem. Saya dulu pun macam tu juga, tapi sekarang saya dah berubah.

Kenapa dah berubah? Umur saya kan dah semakin meningkat, jadi cara hidup pun kenalah meningkat juga. Budaya hedonisme dan materialistik perlulah dielakkan. Cuti ni banyak perkara baru yang saya pelajari, pelbagai ilmu yang saya tahu dan semestinya pelbagai ilmu yang saya tak tahu lagi. Banyak pengalaman baru juga yang saya dapat dan banyak pengalaman baru juga yang akan saya perolehi:-)

Baiklah, tentu anda tertanya-tanyakan, apa benda pengalaman baru dan ilmu baru tu? Penting sangat ke ilmu tu? Saya katakan ianya amat penting kerana melalui ilmu dan pengalaman tersebut ianya dapat membantu saya untuk tambahkan pendapatan saya.

Anda pernah dengar apa itu SOHO? Kalau tak pernah dengar mari saya kongsikan. Kalau dah pernah dengar, betulkan saya sekiranya saya tersilap informasi atau tersalah fakta. SOHO adalah singkatan kepada small office home office. Saya tak nak terang panjang-panjang, apa yang saya nak beritahu adalah SOHO boleh diaplikasikan oleh setiap rakyat Malaysia dan semestinya saya sebagai seorang mahasiswa.

Konsep SOHO ini sebenarnya masih baru dalam kalangan mahasiswa di IPTA. Mungkin juga dah ada mahasiswa dan mahasiswi yang lakukan secara senyap-senyap. Itu saya tak tahu. Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah saya kini bekerja sendiri di rumah. Oops, jangan lupa ya, tuisyen saya masih lakukan. Selain tuisyen, masa saya sekarang banyak dihabiskan dengan bisnes saya dari rumah. Tentu anda tertanya-tanya saya jual apa di rumah? Buka kedai ke? Oh tidak kawan, saya tidak mempunyai kedai tetapi saya mempunyai rumah. Hoho, lebih tepat lagi bekerja dari katil di rumah! Kan best bunyinya tu.

Ok, malas nak meleret-leret, apa yang saya buat ya? Ok, sebenarnya macam-macam yang saya buat, tetapi saya tak nak senaraikan semua. Anda nak tahu, anda cari sendiri. Apa yang saya nak kongsikan adalah saya jual barang fizikal melalui rumah!! Barang apakah itu wahai bashierrrunn? Barang terbabit adalah Kad Imbasan Bahasa Arab. Dahulu saya hanya menjualnya secara offline, kini dengan adanya kemudahan internet, segala-galanya mudah. Jual melalui internet lah kawan, tinggal di rumah setahun pun masih lagi dapat ongkos dong! Kan menarik bunyinya tu:-)

Hoho, tapi anda perlu serius lah, jangan main-main. Nak bina perniagaan sendiri bukan senang, tetapi ianya mudah sekiranya anda ada ILMU, KEMAHIRAN, MENTOR dan SISTEM. Itu yang penting. Saya sendiri pun sekarang ambil masa untuk bina betul-betul bisnes saya. Pada usia muda inilah peluang saya untuk belajar macam-macam. Baik, saya akan tunjukkan langkah- langkah yang saya lakukan untuk bina bisnes saya ini iaitu:

a) Anda perlu mempunyai produk atau servis untuk dijual. Dalam kes saya, saya pilih produk fizikal iaitu Kad Imbasan Bahasa Arab. Stok ini ada di rumah saya. Sangat banyak!!

b) Anda perlu mempunyai blog/website untuk produk anda terbabit. Dalam kes saya, saya mempunyai minisite yang sangat cantik iaitu http://kadimbasan.com/
Minisite inilah yang akan bantu anda dalam perniagaan nanti. Minisite ini akan jadi jurucakap kepada anda. Buat sekali je orang lain akan tengok banyak kali.



c) Anda perlu mempunyai teknik pemasaran yang ampuh. Ini penting. Dalam kes saya, saya gunakan teknik pemasaran blog dan teknik pemasaran facebook. Saya tak nak dedahkan rahsia ini lebih terperinci, anda nak tahu anda cari sendiri kat sini. Kalau saya rajin, saya akan dedahkan juga suatu hari nanti dengan lebih terperinci. Sabar ya:-)

d) Anda perlu mempunyai sistem anda yang tersendiri. Dalam bisnes saya ini, saya mempunyai sistem dan saya perlu ikut sistem yang saya jalankan. Antara sistem yang penting ialah cara pelanggan membayar kad imbasan tersebut sekiranya mereka berminat dan cara saya menghantar kad imbasan saya kepada pelanggan saya tersebut. Apa yang saya lakukan ialah saya buat satu page tempahan untuk diisi oleh pelanggan. Sekiranya mereka berminat, mereka perlu membayar harga kad imbasan tersebut kepada saya iaitu melalui bank transfer/bank in di akaun maybank dan akaun CIMB saya. Penghantaran produk kepada pelanggan pula melalui pos ekspress.

Ok, masa cuti ni lah saya ambil peluang untuk beli domain, hosting dan outsource designer saya untuk mendesignkan minisite yang sangat cantik ini. OOowh. untungnya kawan:-)

Ha, cukuplah 4 perkara yang saya sebutkan tersebut. Nanti nak kongsi banyak-banyak, risau pening kepala pula pengunjung blog saya nanti. Hehe:-)

Ok, kalau tak faham, boleh tanya direct pada saya. Kalau dah faham, praktikkanlah ya:-)
Hohoho:-)

Biarlah apa orang nak kata apabila anda ingin berbisnes. Yang penting anda tahu apa yang anda lakukan. Pedulikan kata-kata sinis daripada orang di sekeliling anda. Alang-alang berbisnes, biarlah dapat untung. Kalau rugi pun, anda masih lagi untung. Untung sebab anda dapat sesuatu daripada kerugian anda terbabit.

Rasanya itu sahaja daripada saya. Kalau nak lihat minisite terbaru saya, lihat di sini:

Salam Keusahawanan,
Ahmad Bashier