Rakan-Rakan Followers

Wednesday, October 6, 2010

Dua Model Perniagaan Untuk Siswa dan Siswi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat selalu.

Baiklah, pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda 2 jenis model perniagaan yang anda boleh lakukan di IPTA. Antaranya ialah:

a) Jual T-shirt
Saya pasti ada di antara kita yang pernah mendengar akan hal ini. Jadi, saya juga mempunyai pengalaman saya yang tersendiri ketika menjual tshirt pada sem lepas. Memang keuntungannya cukup lumayan jika kena caranya. Saya masih ingat ketika itu berpusu-pusu orang menempah tshirt daripada saya disebabkan designnya yang unik. Ini buktinya:


Tetapi sayangnya, jualan untuk tshirt ini sudah ditutup buat selamanya. Nantikan design baru daripada saya dalam masa terdekat ini.


b) Bisnes Printing
Saya juga pernah melakukan bisnes printing ini ketika di kolej kediaman. Walaupun saya hanya lakukan secara separuh masa namun ianya juga memberi pulangan yang cukup lumayan. Sekiranya anda berminat, anda boleh membeli printer dengan harga kurang daripada RM200, buat iklan dan nantikan kehadiran pelanggan anda ke tempat anda. Saya pasti ramai dalam kalangan mahasiswa/i di IPTA/IPTS yang perlukan perkhidmatan ini untuk print assignment mereka. Saya masih ingat lagi ketika di awal pengajian saya, saya membeli printer di digital mall. Balik sahaja dari tempat tersebut, terus saya lakukan iklan dan mendapat pelanggan pertama saya pada hari itu juga. :-)
Rasanya itu sahaja daripada saya, semoga perkongsian ini membuka mata anda berkaitan dengan peluang-peluang yang anda perlu rebut di IPTA/IPTS anda. Sebenarnya, sekaranglah masa anda untuk berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan di samping menumpukan pelajaran di dalam kelas. Cuba bayangkan, habis sahaja anda grad, anda akan mendapat kejayaan seperti ini:
a) Berjaya menamatkan pengajian dengan CGPA yang memberangsangkan iaitu sekurang-kurangnya 3.oo ke atas
b) Mempunyai sumber kewangan yang stabil
c) Mempunyai nilai tambah dalam diri anda seperti kemahiran berkomunikasi dengan baik, kemahiran melakukan pemasaran yang berkesan dan kemahiran menaplikasikan kemudahan teknologi maklumat dalam kehidupan seharian anda.
Tetapi ingatlah, perbetulkan niat kita. Sekiranya anda merasakan bahawa anda menceburi bidang perniagaan semata-mata anda inginkan wang atau mahu jadi kaya dengan pantas, anda akan memperoleh seperti apa yang anda inginkan. Sebaliknya, sekiranya anda perbetulkan niat anda melakukan bisnes ikhlas kerana Allah di samping mahu membantu ummah, insyaallah anda akan memperoleh keberkatan dan kejayaan yang luar biasa. Ingatlah, sesungguhnya janji Allah itu pasti.
Sehingga berjumpa lagi.
Salam Keusahawanan,
Ahmad Bashier
Exco Ekonomi dan Keusahawanan PMKUM