Rakan-Rakan Followers

Thursday, January 28, 2010

Kegunaaan Laptop dalam Perniagaan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat. Penulis sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.

Baiklah, sebelum ini saya ada berkongsi dengan anda berkaitan dengan kegunaan laptop dalam pembelajaran. Artikel sebelum ini saya lebih memfokuskan kepada mahasiswa seperti saya. Untuk artikel kali ini, saya ingin memfokuskan kegunaan laptop dalam perniagaan. Antaranya ialah:

Memudahkan membuat perancangan yang rapi dan berkesan

Sebelum perniagaan tersebut dijalankan, seseorang usahawan perlulah mempunyai perancangan yang rapi berkaitan dengan perniagaan yang ingin dijalankan. Sebagai contoh, jika anda mahu menjadi seorang internet marketer, anda perlu merancang model perniagaan apakah yang anda ingin tumpukan. Bukan itu sahaja, anda juga perlu mengetahui apakah teknik yang diperlukan untuk memastikan bahawa perniagaan anda tersebut mampu diterima masyarakat. Anda boleh menulis dan membuat perancangan dengan menggunakan laptop. Begitu juga dengan saya. Jika dahulu, saya hanya menulis di kertas, namun sejak laptop ada di sisi saya, saya lebih suka untuk menulis dan merancang di skrin laptop saya. Ianya lebih memudahkan kita J

Memudahkan untuk membuat simpankira@perakaunan

Ya, seseorang usahawan yang berpandangan jauh akan mewujudkan suatu system untuk merekodkan simpan kira dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan perakaunan. Sebagai contoh, urusniaga yang berlaku perlu direkodkan agar memudahkan seseorang usahawan tersebut untuk membuat simpan kira dan perakaunan. Namun, masih ramai lagi usahawan di luar sana yang tidak mengambil berat akan hal ini. Mereka hanya tahu berniaga tetapi tidak tahu untuk membuat simpan kira dan perakaunan.

Merekodkan laporan

Seseorang usahawan tersebut boleh menggunakan laptop tersebut untuk merekodkan perjalanan perniagaan mereka. Sebagai contoh, seseorang usahawan boleh merekod apa masalah yang dihadapi dan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat mengingatkan seseorang usahawan tersebut agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Bak kata George Santayana “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya semula”. Bersama-samalah kite renungi kata-kata ini

Itu sahaja yang saya mampu kongsikan kepada anda untuk entry kali ini. Mungkin anda juga mempunyai idea dan komen berkaitan dengan artikel saya ini? Jika ya, jangan segan silu untuk menghantar komen anda di ruangan komen yang disediakan di blog saya ini. J

Salam Perniagaan,

Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi