Rakan-Rakan Followers

Monday, May 17, 2010

Aktiviti Terkini Ahmad Bashier

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog. Semoga berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja ya. J

Baiklah, pada entry kali ini saya hanya ingin berkongsi dengan anda aktiviti saya ketika cuti ini. Untuk makluman anda, saya sekarang sedang bercuti selama 2 bulan setengah sebelum meneruskan kembali pengajian saya pertengahan bulan julai ini. Jadi apa yang berlaku pada saya dalam masa terdekat ini adalah:

Kursus Induksi Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya(PMKUM)

Alhamdulillah, pada 7 hingga 9 Mei yang lepas, saya diberi kesempatan dan ruang waktu untuk mengikuti satu kursus induksi anjuran PMKUM. Kursus ini merupakan kursus yang amat penting kepada kami semua kerana kursus ini akan menentukan visi, misi, objektif, strategi dan hala tuju PMKUM dalam memacu perjalanan ke peringkat yang lebih tinggi. Saya juga ditaklifkan sebagai Exco Ekonomi dan Keusahawanan dalam barisan kepimpinan PMKUM kali ini. Saya percaya dengan taklifan yang diberi ini mampu membawa PMKUM mencapai misi dan menghampiri visi yang dilaksanakan. Insyaallah, saya akan memberi komitmen yang sepenuhnya dalam apa sahaja program yang PMKUM laksanakan. “Cakno Belako Puok Kito” merupakan satu trademark yang mempunyai maksud yang mendalam dalam menyatupadukan semua anak-anak Kelantan di Universiti Malaya ini.

Berhiijrah ke Rumah Baru

Sebaik sahaja habis peperiksaan akhir,saya bergegas pulang ke rumah baru. Alhamdulillah, sekarang saya telah berpindah ke Sungai Buloh Country Resort(SBCR), Saujana Utama. Walaubagaimanapun, saya tetap akan pergi dan singgah ke rumah lama saya di Kota Damansara. Doakan supaya penghijrahan ini mampu membawa anjakan paradigma yang tinggi kepada saya dalam menggapai impian setinggi langit. Saya berasa seronok berada di tempat baru ini kerana ianya memberi peluang kepada saya melihat keagungan ilahi disamping dapat memenuhi hobi baru saya iaitu berenang, bersenam di gym dan menaiki kuda. Memang berbaloi-baloi berada di tempat baru ini.

Mengembangkan Perniagaan Ke Peringkat Yang Lebih Tinggi

Inilah target saya dalam cuti ini iaitu membina satu sistem perniagaan yang ampuh. Saya pasti dengan usia saya yang masih muda ( 20 tahun) , saya mampu mencapai apa yang saya idam-idamkan selama ini. Mungkin pada sesetengah orang ianya amat mustahil untuk dicapai tetapi tidak bagi insan yang bergelar Ahmad Bashier ini. Dengan ilmu, kepakaran, sistem dan mentor yang ada, saya pasti impian saya mahu menjadi seorang jutawan akan berjaya dalam masa 10 tahun ini. Untuk itu, sekarang ini saya sedang bertungkus lumus membangunkan beberapa laman web yang meliputi produk fizikal, produk digital dan servis saya sendiri. Apabila siapnya laman web ini, saya akan umumkan pada anda semua dan ianya mampu berfungsi sebagai kedai online yang beroperasi tanpa henti selama 24jam tujuh hari seminggu. Sekali lagi, saya berharap agar anda mendoakan kejayaan saya ini dan saya juga akan mendoakan kejayaan kalian semua.

Rasanya setakat itu sahaja celoteh saya, insyaallah saya akan berkongsi dengan anda perkembangan saya yang lain untuk post-post yang akan datang. Oops jangan lupa ya untuk selalu menziarahi blog ini J

Salam Kejayaan,

Ahmad Bashier

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru!!!

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

p/s: Ini merupakan lirik lagu hari guru. Lagu ini selalu dinyanyikan semasa sambutan hari guru.
p/s/s: Saya juga ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru di Malaysia.\(^_^)/

Salam Hari Guru
Ahmad Bashier,
Home Tutor
(Prinsip Perakaunan, Perdagangan dan Ekonomi)

Friday, May 14, 2010

Melangkau Sempadan Antarabangsa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, jom kita saksikan sesuatu yang menarik di blog ini:


p/s: terima kasih saya ucapkan. Mudah sahaja formula, TEKNIK yang BETUL akan menghasilkan TRAFIK yang tinggi dan berkualiti. Yosh!!

Tuesday, May 11, 2010

Perkongsian Artikel Motivasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan satu sikap yang penting iaitu OPPORTUNIS. Jom kita saksikan..
----------------------------------------------------------
Artikel Pilihan : Kita Harus Oportunis
----------------------------------------------------------
Di dalam perniagaan, kita tidak boleh selalu bersikap 'tunggu & lihat'...saya tak nafikan, kadang kala kita perlu bersikap sebegini terutamanya jika ia melibatkan sesuatu yang baru dan belum pasti.

Namun, sikap sebegini selalunya menyebabkan kita sering ketinggalan akan peluang - peluang yang baik. Ya, bukan mudah untuk mendapat peluang yang kedua kerana kita tak tahu bila ianya akan datang lagi atau kemungkinan besar kita terpaksa membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan lagi peluang tersebut.

Seperti perniagaan internet, ramai yang tahu bahawa ianya adalah model perniagaan yang menguntungkan tetapi tidak ramai yang menceburinya kerana mahu 'tunggu & lihat'.

Kita harus oportunis...oportunis maknanya bijak dan pantas merebut peluang dan melakukannya sebaik mungkin. Ianya mungkin melibatkan risiko, tetapi sebenarnya hanya 2 risiko sahaja yang terlibat:

1) Anda mungkin mengorbankan masa dan wang ringgit pada awalnya, tetapi usaha anda berbaloi apabila anda mengecapi kejayaan akhirnya kerana memanfaatkan peluang yang ada.

2) Anda langsung tak dapat apa - apa, dan kehidupan anda juga tiada perubahan kerana membiarkan peluang pergi begitu sahaja.

Anda boleh nilaikan sendiri, yang mana satu risiko yang anda ingin tanggung...kemudian, fikirkan samada anda ingin menjadi oportunis atau 'tunggu & lihat'...

Ini yang saya dapat simpulkan, jika anda mengamalkan sikap tunggu & lihat', anda akan mula memberi alasan kenapa tidak berjaya :

"ahh..takpelah, itu rezeki dia. Aku belum ada rezeki lagi"

"aku takde produk nak jual, apa boleh buat.."

"Diorang dilahirkan sebagai usahawan, memanglah berjaya.."

Lihat..alasan tersebut hanyalah untuk menyenangkan hati diri sendiri sahaja, tapi hakikatnya jauh di lubuk hati anda pasti mahu berjaya seperti yang lain juga kan? Jadi, jangan biarkan anda menyesal dan menyalahkan orang lain kerana tak mendesak anda untuk merebut peluang baik tersebut kerana ia adalah pilihan anda...

Oleh itu, jadilah seorang yang oportunis...mudah - mudahan, kejayaan di pihak anda.
------------------------------------------------------------
- Artikel tamat -
------------------------------------------------------------

p/s: Artikel ini ditulis oleh rakan IM saya iaitu saudara Julius Salok Kassy sebagai penulis asal melalui laman web www.produkplr.com/blog.

p/s/s: Renung-renungkanlah artikel di atas.

Salam Opportunis:
Ahmad Bashier

Wednesday, May 5, 2010

Facebook, LUBUK DUIT??

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat selalu

Bagaimana dengan akaun Facebook anda? Dalam entri ini saya akan mengajar 3 kaedah yang terbukti berkesan jika anda ingin membuat duit melalui Facebook.
Izinkan saya ingatkan anda bahawa hasil tidak akan diperoleh jika anda tidak melakukan sebarang tindakan. Oleh itu, pastikan anda terus bertindak selepas membaca email ini.


Jom saksikan 3 Kaedah yang ingin saya bongkarkan:

======================
Kaedah 1: Affiliate
======================

Sebagai agen affiliate, anda boleh mempromosikan pautan affiliate melalui akaun Facebook iaitu menggunakan fungsi "Wall-post". Namun begitu, disini saya kongsikan sedikit tips supaya anda dapat menghasilkan jualan dalam jangka masa singkat. Apa yang perlu anda lakukan ialah menyorokkan pautan affiliate dengan menggunakan laman web di bawah:

http://www.bit.ly

Selepas itu, lakukan sedikit deskripsi produk yang bakal anda jual bagi mewujudkan rasa ingin tahu pada rakan Facebook yang lain. Di akhir ayat, letakkan pautan bit.ly anda.

Mudah bukan? :-)

========================================
Kaedah 2: Penggunaan Fungsi Marketplace:
========================================

Berita baik untuk anda ialah Facebook menyediakan sebuah platform bagi menjual sebarang produk atau perkhidmatan yang dinamakan "Marketplace". Ia boleh digunakan bagi melakukan sebarang penjualan atau pembelian secara online. Apa yang perlu anda lakukan ialah meletakkan imej produk dan maklumat-maklumat yang berkaitan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari pautan
dibawah:

http://apps.facebook.com/marketplace/

===============================
Kaedah 3: Seminar atau Bengkel
===============================

Kaedah ini amat sesuai jika anda merupakan seorang penganjur seminar, bengkel atau sebarang program. Melalui fungsi 'Event' di dalam laman jaringan sosial Facebook, anda boleh mengintegrasikan program kendalian dengan lebih mudah. Fungsi ini juga dapat membantu anda bagi memantau bilangan peserta yang bakal hadir dan tidak berminat terhadap program yang anda kendalikan.

Pemasaran viral juga akan berlaku sebaik sahaja pengguna Facebook yang lain menekan butang "Attending" di mana aktiviti pengguna tersebut akan tertera di profil Facebok dan rakan-rakan yang lain boleh melihatnya.

==============
Kesimpulannya
==============

Laman jaringan sosial Facebook terbukti dapat memberikan kelebihan kepada anda menambah satu lagi saluran pemasaran melalui fungsi-fungsi yang ada. Saya harap isi kandungan email ini dapat membuka mata anda dalam mencari kaedah buat duit di Facebook. Anda boleh dapatkan Facebook Mania untuk mengorek lebih banyak rahsia bagi menjana pendapatan melalui Facebook.



Nak lihat penerangan lanjut berkaitan dengan rahsia facebook secara maksimum? Saya cadangkan produk yang berkualiti daripada rakan saya, klik sini...

Salam kejayaan,
Ahmad Bashier

p/s: seronok bila dapat tahu semua rahsia melalui facebook
ni. Klik sini: http://tinyurl.com/23j2lv2

Tuesday, May 4, 2010

Satu Teknik Facebook didedahkan!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua, semoga anda berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Pasti anda tertanya-tanya sama ada adakah pemasaran Facebook boleh dilakukan jika anda tiada modal?

Jawapan saya mudah sahaja...

Sudah tentu BOLEH!

Dalam entri ini, saya akan mengajar anda bagaimana untuk melakukan pemasaran tanpa menggunakan modal walaupun satu sen!! Ehem-ehem:-)

Dengan syarat... Ia memerlukan konsistensi!!

1, 2, 3...... Jeng Jeng Jeng..

Pemasaran yang saya maksudkan ini ialah menggunakan fungsi Facebook Notes!!.

========================================
Pemasaran Artikel Melalui Facebook Notes
========================================

Saya yakin anda pasti pernah mendengar teknik pemasaran ini. Namun apakah teknik rahsia yang dapat membantu anda melakukan pemasaran yang efektif?

Rahsianya ialah... "Membantu Rakan Anda Dalam Membuat Keputusan"

Sebagai contoh, saya menjual ebuku motivasi. Maka artikel yang bakal saya kongsikan pada Facebook Notes saya adalah seperti:

- 7 Teknik Meningkatkan Daya Motivasi Anda
- 3 Langkah Mudah Untuk Mencapai Kejayaan Dalam Hidup
- Bagaimana Membina Minda Jutawan

Berdasarkan kajian, penggunaan angka bagi tajuk artikel dapat menarik perhatian pembaca. Oleh itu, saya amat sarankan anda menggunakan angka bagi setiap tajuk artikel.

Di akhir artikel tersebut, Anda boleh letakkan laman web ebuku anda dan menulis ayat persuasif seperti:

"Mohon rujuk laman web ini bagi mengetahui maklumat lanjut"

Walaubagaimanapun, bagi menghasilkan keputusan yang memberangsangkan, Anda perlu lakukan pemasaran ini secara konsisten.

Jika Anda mahu mempelajari lebih banyak teknik pemasaran percuma melalui Facebook, saya ada kongsikan dalam Facebook Mania.
Anda boleh dapatkan Facebook Mania melalui pautan dibawah:


Salam Sukses Daripada Internet Marketer,
Ahmad Bashier

Monday, May 3, 2010

Selamat Datang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
entry pada hari pendek sahaja iaitu penulis ingin berkongsi dengan anda perkara yang membuatkan penulis teruja. Jom kita saksikan:




p/s: penulis membiarkan para pembaca blog sekalian memikirkan apa yang cuba penulis sampaikan di blog ini. Insyaallah lepas ni banyak lagi trik-trik yang penulis ingin kongsikan. Zass~~~:-)

Yang Benar:
Ahmad Bashier

Sunday, May 2, 2010

Ulang Tahun Yang Ke-20

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaaan sihat walafiat hendaknya.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi kerana diberi kesempatan untuk kita hidup lagi di muka bumi ini. Entry pada kali ini adalah ringkas sahaja iaitu penulis ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua rakan-rakan di facebook yang menitipkan ucapan selamat hari jadi kepada penulis dan mendoakan supaya penulis dimurahkan rezeki. Amiin:-)

Baiklah, tanpa membuang masa penulis ingin menyajikan kepada anda semua beberapa ucapan yang dihantar oleh rakan-rakan facebook kepada penulis. Jom kita saksikan:






Saturday, May 1, 2010

Teknik Mudah Facebook

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat.

Alhamdulillah, pada kali ini penulis ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan beberapa cara mudah yang anda boleh gunakan untuk tujuan penjenamaan diri anda di Facebook. Hal ini amat penting kerana selain daripada membina jaringan(networking), anda juga boleh meningkatkan kredibiliti anda itu sendiri. Untuk menjadi seorang Internet Marketer, anda perlu mempunyai akaun facebook anda sendiri. Sebelum itu, penulis ingin tekankan penulis bukanlah otai dalam perniagaan internet ini, penulis hanya seorang pendatang baru (newbie) sahaja. Walaubagaimanapun, rasanya tidak salah untuk penulis kongsikan sedikit pengetahuan yang penulis ada agar kita sama-sama mendapat manfaatnya. Baiklah, penulis hanya tekankan 3 sahaja tips mudah ini iaitu:

a) Gunakan Gambar Profile Yang Terbaik


Perkara ini penting kepada kita semua kerana pandangan pertama(first impression) pengguna facebook di internet ini diperoleh dengan melihat gambar yang diletakkan di profile kita. Penulis menyarankan anda agar meletakkan gambar anda yang terkini untuk memudahkan pengguna di internet tahu bahawa ini merupakan diri anda. Elakkan daripada meletakkan gambar objek seperti gambar kereta besar dan gambar duit. Hal ini penting untuk mengelakkan pengguna facebook melabelkan diri anda sebagai seorang spammer. Wahai sahabatku, bila sekali orang cop kita sebagai spammer, kredibiliti kita akan jatuh. Jadi, sekali lagi penulis ingin berpesan, letakkan gambar anda yang paling cantik di facebook.

b) Tulis Info Anda Dengan Betul dan Tepat

Di ruangan facebook juga terdapatnya satu ruangan yang menarik yang boleh anda tulis. Di ruangan inilah peluang anda untuk mendedahkan siapa diri anda sebenarnya. Sebagai contoh: "Saya sekarang merupakan seorang graduan Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya, sekarang saya bekerja dengan firma yang terbesar di dunia dan mahir dalam menguruskan perkara berkaitan dengan perakaunan dan audit". Itu merupakan contoh sahaja, bila orang lain membaca informasi berkaitan dengan diri anda, mereka akan tahu yang anda merupakan pakar dan mahir dalam selok belok yang berkaitan dengan perakauanan. Jadi, peluang untuk anda untuk mendapatkan pelanggan daripada facebook adalah tinggi. Yang penting jangan sesekali menipu. Dalam islam pun, menipu adalah berdosa taw:-)

c) Letakkan link website anda


Ya, ini juga cara untuk anda mendapatkan pelanggan daripada facebook dengan cepat. Letakkan link yang berkaitan dengan diri anda dan perniagaan anda. Sebagai contoh: letakkan link website anda seperti bashier05.blogspot.com untuk mereka tahu berkaitan dengan diri anda dengan lebih dekat. Selain itu, letakkan link produk anda seperti kadimbasan.blogspot.com supaya mereka tahu yang anda juga mempunyai produk untuk dijual. Berdasarkan pengalaman saya, saya meletakkan link-link yang berkaitan dengan website saya serta link affiliate saya. Ianya memang dapat membantu kita kalau betul caranya. Sekiranya anda tidak mempunyai link, saya cadangkan anda membuat blog anda secara percuma menggunakan blogger.com atau wordpress.com. Kemudian, letakkan link tersebut di profile facebook anda sebagai permulaan.

Itu sahaja teknik mudah yang dapat saya kongsikan kepada anda. Saya tahu ada yang akan mengatakan teknik ini mereka sudah tahu tetapi sejauh mana anda MAHU mempraktikkan apa yang telah saya kongsikan. Semoga perkongsian ini membawa seribu satu kebaikan kepada kita semua. Insyaallah~~

p/s: saya dan penulis adalah orang yang sama ya:-)

Salam Perniagaan Internet:
Ahmad Bashier