Rakan-Rakan Followers

Thursday, January 21, 2010

Printer Baru, Bisnes Baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah, pada ruangan kali ini saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan gadget ataupun barangan terbaru yang menjadi aset saya iaitu Printer jenama HP. Pada minggu lepas, beberapa hari sebelum raya cina, saya dan seorang sahabat saya iaitu saudara Nabil Fikri telah pergi melencong ke Digital Mall, Seksyen 14, Petaling Jaya. Setelah dipromosi oleh romate saya, saya berpendapat adalah menjadi kemestian untuk saya mendapatkan printer disebabkan oleh beberapa sebab:

Sebab yang pertama:

Memudahkan saya untuk print, scan dan fotostat. Ya, ini merupakan sebab utama saya mengapa saya membeli printer ini. Walaupun harganya murah, namun kualitinya adalah sangat mengkagumkan. Bayangkan printer berjenama HP 3 in 1 lengkap dengan fungsi printer, scanner dan photostate anda beli dengan harga hanya RM155. Wah, sungguh hebat. Saya boleh katakana inilah perbelanjaan saya yang paling bijak untuk tahun 2010 ini. Syabas bashier, anda memang dilahirkan untuk menjadi seoarang yang hebat. Amin(doakanlah saya)J

Sebab yang kedua:

Untuk menjalankan bisnes printing, scanning dan fotostating(istilah baru). Memandangkan otak saya hanya asyik berfikir berkaitan dengan bisnes sejak kebelakangan ini, saya mendapati bahawa model perniagaan ini adalah yang sesuai untuk saya ceburi. Peristiwa ketika rakan-rakan aras meminta saya untuk menolong mereka print assignment mereka mengukuhkan lagi tanggapan saya terhadap perniagaan ini. Bukan sahaja duit yang saya akan peroleh, malahan pahala juga akan saya peroleh sekiranya niat saya itu adalah betul untuk membantu rakan-rakan di kolej kediaman.

Sebab yang ketiga:

Duit yang agak banyak. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membeli printer. Mengapa tidak? Saya merupakan mahasiswa Univeriti Malaya tajaan JPA. Jadi, biasiswa sebanyak RM5000++ perlu diuruskan dengan baik. Memandangkan saya hanya membeli barangan yang berfaedah sahaja, jadi saya merasakan printer merupakan produk yang terbaik untuk dibeliJ

Itu sahaja 3 sebab mengapa saya membeli printer. Moral of the story: Jika anda ingin membeli sesuatu perkara, tanyakan kepada anda sebab musabab mengapa anda perlukan barangan tersebut. Jika anda mempunyai sekurang-kurangnya 3 sebab yang kukuh, teruskan niat anda tersebut. Jika tidak, cari sebab sehingga cukup 3 atau batalkan niat anda tersebut kerana ianya boleh menjadi liability kepada anda.

Sekian daripada saya,

Usahawan Printing Sercive:

Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

5 Model Bisnes Ahmad Bashier

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada anda semua,

Alhamdulillah, pada entry kali ini saya kembali lagi dengan penuh semangat membara untuk berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan beberapa model perniagaan berasaskan produk mahupun servis yang telah saya jalankan sepanjang saya berada di Universiti Malaya.

Saudara/saudari sekalian,

Sebenarnya, pengalaman semasa di universiti merupakan satu pengalaman yang cukup indah bagi seseorang mahasiswa/i tersebut. Hal ini disebabkan pelbagai ilmu dan pengalaman boleh diperoleh di sini. Memandangkan saya merupakan seorang mahasiswa di Universiti Malaya, universiti yang sangat terkenal dengan kehebatan graduan-graduannya yang berjaya menjadi manusia yang berguna di pelbagai lapangan yang diceburi.

Baiklah, kita tinggalkan seketika berkaitan dengan hal-hal mahasiswa, saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan beberapa model perniagaan yang berjaya menghasilkan pulangan yang sungguh lumayan kepada saya. Ini merupakan pendedahan ekslusif saya kepada anda pembaca setia blog saya ini:

1) Perkhidmatan Cikgu Tuisyen

Alhamdulillah, saya boleh katakan ini merupakan sumber pendapatan saya yang utama pada masa ini. Saya dibayar RM35 untuk sejam mengajar subjek Prinsip Perakaunan dan RM30 sejam untuk subjek-subjek yang lain seperti Ekonomi Asas, Perdagangan dan Sejarah. Saya bermula dengan mengajar di pusat tuisyen di Pusat Tuisyen Tunas, Saujana Utama 3. Waktu yang diperuntukkan hanyalah 2 jam setengah selama tiga hari iaitu hari isnin, khamis dan jumaat. Alhamdulillah, setakat ini kerjaya saya ini tidak mengganggu tanggungjawab saya sebagai seorang mahasiswa. Saya juga sudah mendapat bayaran untuk gaji bulan februari tahun ini. Seronok apabila penat lelah kita terbayar juga akhirnya. Kini, saya tidak lagi segan silu untuk mewar-warkan diri saya sebagai seorang guru tuisyen kerana saya yakin kerjaya ini merupakan kerjaya yang sesuai dengan jiwa saya. Saya bersyukur kerana saya dilahirkan dalam suasana keluarga yang mementingkan pendidikan. Ayah saya merupakan pensyarah manakala ibu saya merupakan guru di sekolah menengah. Jadi, darah sebagai seorang pendidik mengalir dalam diri saya. Syukur3x… ;-)

2) Penjualan Buku-buku Terpakai

Idea untuk melakukan bisnes ini bermula setelah saya melihat buku-buku lama saya tidak digunakan lagi. Yelah, adik-adik saya sudah habis SPM. Saya pulak ketika dahulu aliran sains, adik saya aliran akaun. Jadi, saya mengambil langkah dengan menyusun semua buku-buku yang tidak diperlukan lagi. Saya hanya memfokuskan kepada subjek-subjek sains seperti Physics, Chemistry dan Biology. Stok saya ketika itu sangat banyak. Jadi, masalah utama saya ketika itu adalah untuk mencari pasaran(market). Fikir punya fikir,saya sampaikan masalah saya ini kepada umi tersayang dan kebetulan pula dia juga merupakan cikgu kelas untuk kelas sains. Jadi, bagai orang mengantuk disorongkan bantal, saya terus membuat list dan sedikit salesletter yang mampu mencairkan sesiapa yang membacanya. Ketika itu, sem 2 belum bermula lagi. Sebaik sahaja sem 2 bermula, saya berikan list tersebut kepada umi saya. Setelah 2 minggu tanpa berbuat apa-apa, saya diberitahu oleh umi bahawa buku-buku terpakai tersebut laris macam goreng pisang. Hasilnya, umi memberikan duit hasil bayaran anak-anak muridnya kepada saya sebanyak 3 angka. Wah, seronok bukan kepalang. Ini semua merupakan rezeki dan berkat bekerjasama dengan ahli keluarga yang bisnes mindedJ

3) Jual Pakaian Sukan

Bisnes ini sebenarnya dah lama pun saya buat. Sejak sem 1 ketika saya masuk UM. Walaupun jualannya agak perlahan pada awalnya, tetapi dengan sedikit trick ketika membuat promosi, akhirnya jualan pakaian sukan ini mampu memberikan sedikit keuntungan kepada saya. Seronok sungguh apabila mendapat keuntungan ini. Untuk pengetahuan anda semua, pakaian sukan yang saya jual adalah terdiri daripada baju, seluar panjang, dan seluar pendek berjenama Adidas dan Nike. Design bajunya cukup cantik dan mampu menawan sesiapa yang melihatnya. Komisyen yang saya dapat adalah RM5 hingga RM7. Bayangkan jika saya berjaya membuat jualannya sebanyak 15 jualan, komisyennya sudah cukup untuk menampung perbelanjaan untuk makanan saya selama seminggu. Selain itu, saya juga merupakan pembeli barangan adidas ini. Menariknya, saya membeli baju adidas ini hanya menggunakan duit daripada komisyen yang diperoleh…J

4) Bisnes Maggi dan Kopi Radix

Jualan bisnes ini sangat tinggi terutamanya maggi kerana permintaannya yang sangat tinggi. Seronok apabila pintu bilik kita diketuk beberapa kali kerana ada pelanggan yang ingin membeli maggi. Begitu juga dengan Radix tetapi jualan untuk radix sangat perlahan. Walaupun saya berjaya membuat jualan, namun margin keuntungannya tidak berapa banyak. Bisnes tersebut saya jalankan pada sem 1. Untuk sem 2 saya sedang membuat perancangan untuk penambahbaikkan. Mungkin saya akan masukkan lagi produk-produk yang lain yang mampu menghasilkan margin keuntungan yang tinggi. Sebenarnya, saya mempunyai impian untuk membuka kiosk ala-ala koperasi supaya mudah untuk rakan-rakan mahasiswa membeli makanan dan minuman daripada saya. Doakanlah agar bisnes ini berjalan dengan lancerJ

5) Servis Printing

Idea untuk membuat servis ini timbul apabila saya berjaya menyelesaikan masalah rakan aras saya untuk print assignment mereka. Walaupun bisnes ini merupakan bisnes yang baru bagi saya. Namun saya melihat bahawa bisnes ini mampu menjana keuntungan kepada saya. Insyaallah untuk sem 2 ini saya akan pastikan bisnes baru saya ini berjalan dengan lancar. Bukan sahaja keuntungan menjadi matlamat saya, tetapi tanggungjawab sebagai seorang islam itu yang membuatkan saya mahu meneruskan servis printing ini. Lagipun, market sudah sedia ada dan hanya tinggal saya sahaja untuk mengutip peluang tersebut. Bukan printing sahaja, malahan perkhidmatan scanner dan fotostat juga saya sediakan. :-)

Alhamdulillah, itulah 5 bisnes yang saya telah lakukan. Insyaallah saya akan meneruskan lagi perniagaan saya ini. Saya berharap agar anda semua dapat mendoakan kejayaan saya kerana saya yakin dan optimis, 5 model perniagaan saya ini akan berkembang dengan luar biasa selepas ini. Keyakinan saya ini berdasarkan kepercayaan bahawa saya sememangnya dilahirkan untuk berjaya dalam bisnes, berjaya dalam hidup dan berjaya dalam apa-apa cabang yang saya lakukan. Setakat ini saya hanya membuat bisnes saya secara offline, insyaallah sekarang ini saya sedang membuat perancangan untuk melibatkan diri saya secara serius dalam perniagaan online. Andainya dipanjangkan umur, anda akan meilhat saya berjaya dalam perniagaan online pula. Nantikan post saya yang seterusnya.

Salam Usahawan,

Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi