Rakan-Rakan Followers

Monday, January 4, 2010

Perjalanan Sebagai Bakal Akauntan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat..
Alhamdulillah, berjumpa lagi kita di blog yang unik ini. Baiklah, untuk post kali ini, penulis ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan perjalanan penulis daripada sekolah hingga lah berjaya menjejak kaki ke menara gading ini.
Kisahnya bermula apabila penulis bersekolah daripada tadika, diikuti sekolah rendah, kemudian ke sekolah menengah, matrikulasi serta terus ke universiti. Sepanjang persekolahan penulis, pelbagai perkara baru yang penulis pelajari. Untuk pengetahuan semua, penulis memang menetapkan matlamat untuk menjadi akauntan sejak kecil lagi(walaupun ketika itu penulis sendiri tidak tahu apa itu akauntan). Ketika sesi ice breaking di dalam kelas pada permulaan penggal persekolahan, penulis sentiasa menjawab ingin menjadi akauntan apabila ditanya apakah cita-cita penulis. Penulis sebenarnya mengambil subjek sains tulen ketika penulis berada di tingkatan 4 hinggalah SPM. Walaupun mengambil subjek sains, penulis tetap mengambil subjek perakaunan sebagai subjek tambahan ;-)
Selepas mendapat keputusan yang sederhana dalam SPM, penulis melanjutkan pelajaran selama setahun di Kolej Mara Kuala Nerang, sebuah matrikulasi yang terkenal dengan sejarah kecemerlangan akademiknya. Ketika penulis di Matrikulasi, penulis telah mendapat keputusan 3.91 dan 4.00 untuk sem 1 dan sem 2. Keputusan yang cemerlang itu memudahkan penulis untuk mengambil Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Sebenarnya, apabila penulis di UM, penulis dapat perhatikan ada pelajar menyambung degree selepas mereka lulus matrikulasi(seperti penulis), diploma, serta STPM. Sangat menarik untuk mendapat kawan baru di universiti ini dengan variasi bangsa, agama dan budaya.
Selepas sahaja penulis menghabiskan degree penulis, penulis merancang untuk bekerja terlebih dahulu. Penulis amat mengidamkan untuk bekerja dengan big four company seperti PriceWaterHouse(PWC), Earnst & Young, KPMG dan Deloitte. Insyaallah selepas itu, penulis merancang untuk mengambil peperiksaan professioanal untuk menjadi akauntan bertauliah iaitu ACCA. Penulis yakin penulis mampu untuk mencapai semua ini jika berusaha bersungguh-sungguh. Tiada yang mustahil bagi penulis kerana semua yang kita hajati akan kita capai. Insyaallah..
Semoga artikel ini dapat membantu pembaca blog berkaitan dengan perjalanan sebagai bakal akauntan bertauliah iaitu bermula daripada langkah pertama diikuti oleh langkah yang seterusnya dan diakhiri dengan langkah yang cukup hebat iaitu dengan menjadi akautan yang bertauliah. Penulis berharap agar anda semua dapat mendoakan penulis dan penulis sentiasa mendoakan anda sekalian.
Your Future Chartered Accountant,
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi