Rakan-Rakan Followers

Tuesday, January 12, 2010

Makluman Perubahan Panelis Terbaru - 11 Januari 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua,
semoga berada dalam keadaan sihat walafiat. Saya baru menerima satu email berkaitan dengan forum Allah: Siapa yang punya?.

Diharapkan email yang disiarkan ini dapat membantu anda semua untuk merancang perjalanan anda ke forum pada malam ini. Berikut merupakan kandungan email tersebut:

Penganjuran Forum ini dijangkakan mendapat sambutan hangat dari semua peringkat masyarakat. Berikut ialah senarai panelis terbaru yang bakal hadir ke program Forum ini. Diharapkan anda berpuas hati dan datang beramai-ramai bagi memperhalusi kenyataan dan penjelasan dari setiap panelis. Sekian.

Panelis 1: YB Khalid Samad , Ahli Parlimen Shah Alam.
Panelis 2: Dr Mohd Farid Mohd Shahran, pengerusi Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM), pensyarah Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Panelis 3: Sdr. Eddin Khoo , budayawan, penulis dan pengkaji agama.
Panelis 4: Dr Azwira A. Aziz, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Panelis 5: Dr. Khalif Muammar, Felo di Institut Islam dan Tamadun Melayu (ATMA) Uni. Kebangsaan Malaysia (UKM).
Panelis 6: Sdr. Hasmi Hashim, penulis.
Panelis 7: Mr. Shah Kirit Kakulal Govindji (pendakwah, Saba Islamic Media).

Sebarang pertanyaan sila salurkan kepada Fahmi: 013-4013499, Shake: 013-2965724.

Sekian,
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi