Rakan-Rakan Followers

Friday, August 20, 2010

14 Tips Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang

PELAJAR CEMERLANG AKAN...Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri.. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

a) kita ingat 10% apa yang dibaca

b) kita ingat 20% apa yang didengar

c) kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat

d) kita ingat 70% apa yang dicakapkan

e) kita ingat 90% setelah dipraktikkan

Jika anda mahu menjadi Luar Biasa Hebat apa kata ikuti panduan dibawah.

Pastikan anda:

1. Belajar secara aktif dengan pen atau pensil ditangan

2. Belajar sekurangnya 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)

3. Belajar dalam persekitaran kondusif

a) pastikan cahaya adalah terang

b) kurangkan gangguan bunyi

c) tampal poster yang mengandungi slogan yangmenaikkan semangat belajar

d) tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran

e) kerusi dan meja menghadap kiblat

4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan

5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku / nota,ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

6. Tahu teknik merangsang memori:

a) memasukkan maklumat dalan memori ( registration )

b) menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )

c) mengingat kembali ( recall )

d) menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )

7. Sentiasa awal dan mendahului

a. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru

b. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya

c. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan

8. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar walaupun tak faham.

9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.Berdasarkan pemerhatian saya di Pusat tuisyen,pelajar yang cemerlang akan bersalam dengan guru sebelum pulang,manakala pelajar lemah biasanya akan terus meluru keluar kelas.Anda jenis yang bagaimana? Perkara ini nampak remeh namun impaknya amat besar.

10. Mempunyai teknik membaca yang betul

a) duduk dengan tegak & bernafas dengan betul

b) memberikan tumpuan sepenuhnya

c) menggunakan jari telunjuk untuk membaca

d) menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.Antara yang boleh dilakukan adalah sekali sekala ibu bapa cuba duduk di depan anak dan tanya apa yang dia telah baca dan minta dia ulang atau terangkan.Mampu lakukan begitu?

12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan

13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.Jika anda terlalu letih ,tak perlulah memaksa atau menyindirnya pula.

14. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan dirinya( study according to your biologicl clock).


Sumber:

http://www.facebook.com/notes/nor-azlina-nordin/14-tips-untuk-menjadi-pelajar-cemerlang/149328501753427