Rakan-Rakan Followers

Wednesday, January 26, 2011

Nama ‘LIM GOH TONG’ Bakal Diabadikan Di Universiti Malaya


Jan 26, Universiti Malaya : Universiti Malaya mencipta sejarah apabila bakal menjadi universiti pertama di Malaysia bahkan mungkin di dunia yang mengabadikan nama tokoh korporat terkenal, Mendiang Lim Goh Tong.

Nama tokoh yang lebih dikenali ‘tauke judi’ besar negara itu dikatakan bakal diabadikan di sebuah dewan di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan UM. (Link)

Mendiang Lim merupakan seorang usahawan Tionghoa yang terkaya di Malaysia dan Asia pada tahun 2005 hingga dia meninggal dunia, dengan harta sebanyak RM421.60 bilion.
Beliau merupakan Pengasas dan Presiden seumur hidup Kumpulan Genting. Menurut majalah Forbes Asia, Lim merupakan orang yang paling kaya di Asia dengan jumlah aset US$42.2bil (RM160.6bil) pada tahun 2006 hingga beliau meninggal dunia.

Kumpulan Genting yang diasaskan pada 1965 kini menjalankan pelbagai kegiatan termasuk perladangan, pembuatan kertas, penjanaan tenaga, minyak dan gas, perdagangan elektronik,pelancongan,pelayaran dan pembangunan teknologi maklumat.

Lim memiliki hotel yang terbesar di dunia, Genting (First World Hotel, 6 300 bilik), kasino 24 jam yang dikunjungi lebin 14 juta orang setahun.

Beliau juga memiliki syarikat kapal pelancongan Star Cruises, syarikat kapal pelayaran ketiga besar di dunia dan terlibat dalam perniagaan gas dan minyak di Asia Dan Eropah.

Beliau telah mendapat hak membangunkan Genting pada tahun 1964 di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama.

Mendiang Lim datang ke Malaysia daripada Fujian, China ketika umurnya 19 dengan hanya RM175, bekerja sebagai tukang rumah dengan pakciknya, menyimpan wang dan akhirnya memiliki syarikatnya sendiri, Kien Huat.

Beliau mempunyai idea membina Genting semasa berada di Cameron Highlands.

Sekarang, anak beliau, Tan Sri Lim Kok Thay telah mengambil alih pegangan dan pengurusan Genting Berhad.

Tan Sri Lim Goh Tong, 89, meninggal dunia pada 23 Oktober 2007 jam 11.20 pagi di Pusat Perubatan Subang Jaya kerana sakit tua dan meninggalkan balu Puan Sri Lee Kim Hua, dan enam anak mereka bersama 19 cucu.
Sumber: UMtoday