Rakan-Rakan Followers

Thursday, March 3, 2011

Jom Ke Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional


Mari, turut serta dalam Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional. Mahasiswa perlu buka mata, buka wawasan & serap ilmu sebanyak banyaknya kerana kita tidak akan tahu betapa bermanfaatnya apa yang kita dapatkan itu untuk kehidupan kita selanjutnya. Kampus adalah medium mahasiswa dalam mempersiapkan dirinya menghadapi dunia luar. Jika dilihat kepada realiti kepada keadaan Malaysia pada hari ini, sewajarnya gerakan mahasiswa perlu diber nafas baru yang lebih segar seterusnya meninggalkan ciri-ciri mahasiswa lesu, bisu dan kaku yang akhirnya mencerminkan corak Malaysia akan datang. Oleh itu generasi bakal pemimpin perlu bersedia menggunakan daya intelektual yang ada bergabung suara dan tenaga supaya bakal pemimpin negara akan datang lebih berdaya maju, berkarisma dan prihatin kepada kebajikan masyarakat.