Rakan-Rakan Followers

Tuesday, April 13, 2010

3 Teknik Pemasaran Yang Berkesan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat.

Alhamdulillah, pada kali ini penulis ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan teknik pemasaran yang berkesan. Entry pada kali ini penulis ingin mendedahkan bukan satu, bukan dua tetapi tiga teknik yang penulis merasakan ianya amat berkesan kepada kita semua. Penulis hanya menyentuh secara kasar sahaja, selebihnya anda sendiri yang carikan. Baiklah, antara teknik pemasaran yang berkesan adalah:

a) Pemasaran Melalui Facebook
Penulis boleh mengatakan bahawa dewasa ini, inilah antara teknik yang paling baik yang pernah penulis jumpa. Mana tidaknya, setiap hari penulis membuka facebook dan sekarang penulis telah menemui rahsia besar bagaimana mahu memaksimakan penggunaan facebook untuk penjenamaan diri, penjenamaan produk dan penjenamaan syarikat. Bukan itu sahaja, di facebook juga merupakan tempat untuk kita menukarkan rakan-rakan kita kepada prospek dan seterusnya kepada pelanggan. Seterusnya, apabila ini berlaku maka anda mampu menjana pendapatan anda melalui medium pemasaran menggunakan facebook. Namun awas, promosi yang membabi buta di facebook akan menyebabkan rakan-rakan anda bosan dengan anda. Oleh itu, bagaimana caranya? Caranya penulis akan merahsiakan terlebih dahulu. Mungkin entry yang akan datang penulis akan berkongsi tips untuk melakukan pemasaran melalui facebook.

b) Pemasaran Melalui Forum
Penulis juga berniat untuk aktif di forum-forum yang berkaitan dengan perniagaan internet. Disebabkan kesuntukan masa, penulis tidak sempat untuk berforum dengan lebih lama. Insyaallah penulis akan lebih aktif berforum sepanjang cuti akhir semester nanti. Ini matlamat penulis untuk menggali lagi ilmu yang berkaitan dengan pemasaran internet. Penulis sudah merancang strategi yang menarik untuk membina kredibiliti penulis di forum. Terima kasih kepada otai-otai internet marketer yang banyak membantu penulis melalui penulisan-penulisan dan produk-produk mereka. Sekarang ini dunia sedang bergerak ke arah dunia yang penuh dengan informasi, jadi produk yang berkaitan dengan informasi semakin laris di internet. Penulis pasti akan mengambil kesempatan ini untuk menjana pendapatan dengan cara yang halal.Insyaallah~

c) Pemasaran Melalui Email
Tahukah anda, perkara pertama yang seseorang lakukan ketika melayari internet adalah dengan membuka email? CUba anda bayangkan apabila email anda dibaca setiap hari oleh subsriber anda? Tentu anda seronok bukan? Perkara ini juga menjadi matlamat penulis iaitu untuk melakukan pemasaran melalui email. Hal ini terbukti kerana ramai otai-otai internet sekarang seperti Ammar Zahar, Lebanon Flarebiz, Zamri Nanyan, Razif Yusof, Jamaluddin Bahari, Smartzul serta ramai lagi otai mempunyai email list yang besar dan hal ini memudahkan mereka semua untuk menghantar email mereka kepada ribuan subsciber mereka dengan hanya satu klik. Rahsianya ialah mereka melanggan autoresponder yang berbayar dan berkualiti tinggi iaitu sama ada aweber ataupun getresponse. Melalui email, mereka dapat berkongsi apa sahaja dengan subscriber mereka kerana 'money is on the list'. Nak tahu caranya, kenalah gali ilmu anda sendiri. Saya pasti anda tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan 'money is on the list' itu sendiri? Hehehe...

Baiklah, cukuplah 3 teknik pemasaran yang penulis dedahkan. Setiap teknik yang penulis senaraikan di atas mempunyai potensi yang tersendiri. Sekiranya anda mahu menjual produk atau servis anda melalui internet, mantapkan dahulu teknik pemasaran anda di internet. Belajarlah dengan orang yang berpengalaman. Penulis juga sekarang ini masih belajar untuk memantapkan lagi ilmu yang berkaitan dengan perniagaan internet terutamanya berkaitan dengan teknik pemasaran. Belajar,belajar, belajar dan praktikkan, insyaallah anda akan berjaya.

Sekian,
Internet Marketer Anda:
Ahmad Bashier