Rakan-Rakan Followers

Sunday, December 26, 2010

Malaysia Menang Bergaya 3-0 Ke Atas Indonesia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat selalu.

Baiklah, saya cuma ingin update perkembangan terkini bola sepak tanah air kita, skuad Malaysia menang selesa 3-0 ke atas Indonesia pada final pertama Piala Suzuki AFF, di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Gol Malaysia diperoleh menerusi Safee Sali pada minit ke-60 dan 72, manakala Asaari Shamsudin pada minit ke-67. Skuad negara akan bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta Rabu ini untuk final kedua. Perlawanan agak seimbang pada separuh masa pertama tetapi beberapa peluang Malaysia untuk mendahului tidak dapat disempurnakan. Masuk separuh masa kedua, Malaysia menggandakan asakan dan pada minit ke-50 sehinggalah pengadil terpaksa menangguhkan perlawanan hampir 10 minit berikutan tindakan penonton memancarkan cahaya laser ke arah pemain.

Ulasan:

Kejayaan ini patut diraikan buat seluruh warga Malaysia dan pasukan Harimau Malaya membuktikan bahawa mereka memang pasukan terbaik di rantau asia tenggara ini. Tahniah skuad bimbingan jurulatih yang hebat, K.Rajagopal. Semua pemain menunjukkan persefahaman yang mantap. Gandingan serangan, Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha membuktikan mereka merupakan gandingan yang mantap dibantu oleh Syafiq Rahim, Amar Rohidan, Kunalan dan Amirulhadi Zainal. Pertahanan negara juga menunjukkan suatu kesungguhan yang luar biasa apabila gandingan 4 serangkai Asraruddin Putra, Muslim Ahmad, Fadhli Shas dan Mahalli Jasuli bergandingan baik untuk mempertahankan pertahanan pasukan negara.

Di benteng terakhir, Khairul Fahmi, penjaga gol terbaik asia tenggara masa kini kental bertahan menjaga gawang gol daripada dibolosi. Kebijaksanaan jurulatih kita kian terserlah apabila memasukkan Ashaari Shamsudin, Amri Yahyah dan Sabree Abu untuk digunakan pada separuh masa kedua dan strategi tersebut menjadi. Tahniah diucapkan kepada mereka semua dan tidak lupa juga mereka yang menghala laser ke muka pemain indonesia. Pancaran tersebut berjaya mematahkan semangat dan menggoyahkan emosi serta mental pemain Indonesia. Tahniah. Akhir kata: Malaysia akan memenangi Piala Suzuki AFF edisi kali ini. Yosh!!! (^_^)v

Sekian,
Ahmad Bashier

Aktiviti Hari Ahad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua sihat-sihat semua ya.

Baiklah, pada hari ini saya hanya mahu berkongsi entry saya secara ringkas sahaja. Apa yang anda dan orang lain buat apabila tibanya hari ahad? Antaranya ialah:

a) Kemas rumah
b) Tidur puas-puas
c) Pergi melawat ke tempat-tempat menarik
d) Online facebook dari pagi hingga ke petang
e) Update blog banyak-banyak
f) Tengok TV sampai lebam mata
g) Tengok movie sampai habis
h) Hadiri seminar untuk tambah ilmu

Haha, saya pasti ada aktiviti di atas yang anda lakukan bukan sewaktu tibanya hari ahad. :-)

Ok, jangan lupa malam ni untuk saksikan perlawanan akhir pusingan pertama antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium Bukit Jalil sempena Piala Suzuki AFF.

Sekian,
Ahmad Bashier