Rakan-Rakan Followers

Wednesday, July 21, 2010

Mari Berpakaian Menutup Aurat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog.
Baiklah, pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda suatu kempen yang bagus yang boleh disertai oleh semua orang rakyat Malaysia khususnya mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya.

Jom kita lihat, mesej di sebalik kempen ini:

Jadi, kempen ini walaupun nampak ringkas tetapi ianya mempunyai mesej yang tersendiri iaitu untuk memberi garis panduan berkaitan dengan tatacara berpakaian dan penampilan diri yang sesuai untuk dipatuhi oleh semua siswa dan siswi Universiti Malaya. Tahniah diucapkan kepada persatuan mahasiswa islam universiti malaya (PMIUM) di atas pelancaran kempen ini. Nasihat saya kepada diri sendiri dan rakan-rakan:

~~~Berpakaianlah mengikut cara hidup islam iaitu menutup aurat~~~

p/s: Insyaallah lepas ini akan ada banyak lagi aktiviti/program/seminar atau apa sahaja yang akan saya kongsikan di blog saya ini. Harap anda dapat mengikuti setiap program yang dianjurkan untuk tujuan pembangunan diri terutamanya kepada siswa dan siswi Universiti Malaya.

p/s/s: Orang selalu menggunakan facebook untuk buat pemasaran secara viral. Apa kata kalau kita cuba menggunakan facebook untuk buat dakwah secara viral. Cubalah~~:-)

Salam Ukhuwwah,
Ahmad Bashier
013-5902236