Rakan-Rakan Followers

Friday, January 22, 2010

Facebook Oh Facebook..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Alhamdulillah, kita bertemu lagi di blog saya ini.

Memandangkan saya ini merupakan seorang yang sukakan facebook, jadi entry pada kali ini akan mengisahkan sebab-sebab saya memilih facebook. Boleh dikatakan, hati saya sudah terpikat pada facebook sejak kali pertama menemuinya. Sejak daripada itu, saya terus melamar facebook menjadi buah hati saya sehinggalah sekarang. Jika ada apa-apa maklumat saya akan postkan di status saya. Facebook jugalah yang membantu saya dan memotivasikan saya. Pengalaman bersama dengan facebook merupakan pengalaman yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, tidak dapat digambarkan dengan perasaan dan hanya saya dengan si facebook sahaja yang mengetahui apa yang berlaku. Baiklah, ini merupakan sebab saya memilih facebook sebagai teman hidup saya:

a) Dapat mencari kenalan lama dan baru.
Ya, faktor ini merupakan faktor utama saya. Sebelum ini saya mempunyai myspace dan friendster(makwe saya yang lama). Namun disebabkan jodoh tak ke mana, jadi saya putuskan hubungan saya dengan myspace dan friendster. Alhamdulillah, saya digantikan dengan pengganti yang cukup memahami saya iaitu facebook. Sehingga hari ini, kenalan saya sudah melebihi 1000 orang. Sangat menarik untuk dikongsikan kerana saya dapat menghubungkan balik silaturrahim antara saya dengan guru-guru saya, dengan sahabat handai saya yang dah bertahun tidak berjumpa serta dengan saudara mara yang lain. Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca blog saya yang menjadi sahabat saya di facebook. Nasib baik facebook tidak cemburu dengan persahabatan kita;-)

b) Dapat menimba ilmu dan pengalaman
Ilmu sangat penting kepada kita sebagai seorang manusia yang ingin berjaya. Tanpa ilmu, siapalah kita. Begitu juga dengan saya, sebagai seorang yang mementingkan pendidikan, saya merasakan facebook dapat membantu saya. Hal ini disebabkan pelbagai ilmu secara tidak formal dapat kita kutip. Tidak kiralah melalui wall orang lain mahupun note orang lain. Sangat seronok. Terus terang saya katakan saya banyak belajar melalui saudara Smartzul, seorang Internet Marketer yang disegani. Hal ini disebabkan ayat-ayat beliau yang cukup cantik serta mudah difahami. Sebagai seorang newbie, saya merasakan bahawa saudara Smartzul ini wajar dicontohi oleh generasi muda kerana ideanya yang bernas dan penulisannya yang cukup cantik dan memikat. Saranan saya untuk menjadi seorang yang berjaya, kita kenalah berkawan dengan orang yang berjaya.

c) Dapat informasi yang berguna
Ya, di facebook pelbagai lambakan informasi yang boleh kita lihat sama ada informasi itu baik mahupun buruh. Kaedah saya senang sahaja, saya akan add seramai mungkin friends yang mempunyai ciri-ciri orang yang berjaya dan add fan yang mampu memberikan saya informasi yang berguna. Sungguh seronok kerana maklumat hanya di hujung jari sahaja. Ada suatu hari itu, saya mendapat tahu kelas saya dibatalkan di facebook.Alangkah seronoknya saya mendapat tahu hanya melalui facebook. Bukan itu sahaja, saya juga memperoleh nota Management Information System yang sangat tinggi nilainya hanya melalui facebook. Wah, inilah untungnya ada seorang makwe yang bernama facebook.

Itu sahaja artikel yang berkaitan dengan facebook. Sebenarnya, jika sesuatu teknologi digunakan dengan betul, rasanya tidak ada masalah untuk kita mendapat faedahnya. Nasihat saya jangan menyalahgunakan teknologi kerana jika salah guna, anda kemungkinan akan dihukum penjara. FIkir dahulu sebelum bertindak dan jadilah seoarang yang beretika dan berentegriti tinggi.

Salam Facebook:
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi