Rakan-Rakan Followers

Saturday, January 2, 2010

12 Prinsip Jutawan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
terima kasih kerana sudi membaca entry di blog ini.

Baiklah, pada post kali ini, saya ingin menceritakan kepada anda berkaitan dengan prinsip jutawan. Jika saya bertanya soalan ini kepada anda, adakah anda semua ingin menjadi jutawan? Sudah tentu jawapannya ya bukan? Secara mudahnya, jutawan adalah orang yang memiliki wang sebanyak RM 1000000. Ramai orang yang tidak perasan bahawa orang kaya tidak seperti orang biasa. Cara hidup mereka juga luar biasa tetapi amat berkesan.Mereka mempunyai prinsip hidup yang mudah tetapi sukar dicapai oleh orang
biasa.

Mereka sanggup bersusah susah dahulu sebelum mencapai kesenangan pada masa akan datang. Tanyalah kebanyakan mereka, mereka ini jugaklah yang sanggup mengorbankan masa, wang ringgit dan tenaga mereka untuk berjaya dalam bidang mereka masing-masing.
Mereka merupakan seorang yang penjimat dan suka menyimpan. Kebanyakkan daripada mereka mempunyai matlamat yang jelas; mereka tahu dengan tepat berapa banyak yang mereka mahukan dan berapa lama ianya boleh dicapai. Orang kaya tahu RM1000 yang disimpan pada hari ini boleh membesar sepanjang hidup mereka.

Di sini saya membongkar 12 prinsip kekayaan yang saya dapat melalui email untuk anda semua ikut dan praktikkan:

1. Mereka rancangkan kejayaan mereka. Mereka menyematkan matlamat berapakah pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukan untuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepada matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.

2. Mereka merancang dan bertindak. Mereka membuat satu simpanan tetap dan
terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.

3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambil wang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.

4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana. Ini bermakna mereka mengambil insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah atau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaan jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.

5. Mereka cuba mengelakkan hutang. Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba untuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.

6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan bijak.

7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.

8. Mereka benci berbelanja.

9. Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan
memberikan hasil yang lumayan pada masa depan.

10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka
akan lebih berjaya.

11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang
tamak atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.

12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak yang boleh.

Itulah serba sedikit berkaitan dengan rahsia,petua dan tips jutawan yang lahir pada hari ini. Adakah anda mahu menjadi seperti mereka? Jika ya, saya sarankan anda agar aplikasikan teknik-teknik yang diberikan ini. Jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain pada masa hadapan!!!!


Demi Kejayaan Anda,
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

Suara Mahasiswa

"Renungi kata-kata ini: 2011 Tahun Kebangkitan Mahasiswa"

Hijrah Mahasiswa

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada ruangan kali ini. Insyaallah pada post kali ini, saya akan menceritakan kepada anda hubungan antara hijrah dengan mahasiswa. Saudara dan saudari sekalian, kita baru sahaja melangkah ke 1431H. Maka, pelbagai azam baru diperdengarkan. Ada mahasiswa yang berniat untuk meningkatkan diri mereka daripada kurang baik kepada baik, daripada baik kepada lebih baik. Namun demikian, semua ini hanya akan menjadi seperti debu sahaja, andai ia dilakukan semata-mata kerana melepasi sebuah tahun. Setiap tahun, situasi ini akan berlaku:

1 Muharram, 1001 azam baru muncul dan wujud.
1 Januari, sekali lagi 1001 azam baru muncul.

Baiklah, sekarang saya akan berkongsi tips-tips untuk mahasiswa/i itu melakukan hijrah. Antaranya ialah:

1) Matlamat yang jelas dan terperinci
Ramai orang yang mempunyai matlamat. Tetapi, kebanyakannya adalah matlamat yang tidak jelas dan sukar dicapai. Antaranya ialah “ Saya ingin berjaya”. Matlamat seperti ini terlalu luas skopnya. Pelbagai soalan yang boleh diutarakan berkaitan dengan matlamat ini. Antaranya ialah jika ingin berjaya, berjaya dalam bidang apa? Adakah berjaya dalam pendidikan, perniagaan mahupun perkahwinan? Matlamat yang sebaik-baiknya adalah matlamat yang spesifik, boleh diukur, boleh dicapai, relevan serta sesuai dengan masa. Sebagai contoh “Matlamat Ahmad untuk tahun 2010 ini adalah mendapat Anugerah Dekan dalam pelajaran”. Nah, satu matlamat yang cukup cantik dan memenuhi ciri-ciri matlamat yang sepatutnya. Namun, ini merupakan satu contoh sahaja. Andalah yang tentukan matlamat apa yang anda inginkan. Pendek kata, tetapkan matlamat anda agar kita lebih bermotivasi untuk melakukan sesuatu perkara.

2) Perancangan yang rapi
Matlamat yang jelas tanpa perancangan yang rapi adalah hanya sia-sia. Matlamat tidak mungkin tercapai andainya kita sebagai mahasiswa/i tidak mempunyai strategi untuk melakukannya. Sebagai contoh, jika matlamat anda mahu mendapat anugerah dekan dalam pelajaran, maka anda perlulah mempunyai perancangan yang rapi dan tersusun. Antaranya ialah selalu menghadiri kuliah, selalu melakukan assignment/tugasan yang diberikan, bertanya jika tidak faham, melakukan group discussion dengan rakan-rakan, memohon restu ibu bapa serta mendekatkan diri kepada Allah. Yang penting, anda perlu rancang(plan) dengan baik agar anda mudah untuk mencapai matlamat anda tersebut. Tanpa strategi yang betul, anda akan gagal untuk mencapai matlamat anda tersebut. Kami pasti ramai mahasiswa/i dahagakan kejayaan. Oleh itu, rancanglah matlamat anda dengan betul. Jika anda mempunyai Master Plan, maka anda juga perlulah mempunyai Backup Plan. Sebagai contoh, jika Plan A anda tidak berjaya dilaksanakan, maka anda boleh laksanakan Plan B anda dan begitulah sebaliknya.

3) Tindakan dan Usaha yang berterusan
Setelah anda mempunyai matlamat dan perancangan, perkara yang seterusnya adalah bagaimana menukarkan perkara tersebut kepada TINDAKAN dan USAHA. Tanpa dua elemen yang penting ini, kami yakin matlamat anda hanyalah satu matlamat yang kosong sahaja. Nasihat kami, berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang anda idam-idamkan. Kami amat yakin dan percaya, jika anda tidak mengenal erti putus asa, anda akan berjaya mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan. Untuk berjaya bukanlah senang, untuk gagal teramatlah senang. Antara usaha anda adalah dengan melakukan pengorbanan. Dalam konteks ini, pengorbanan yang dimaksudkan adalah pengorbanan dalam bentuk wang, masa dan tenaga. Ya, mungkin jika anda mahu bejaya dalam pelajaran, anda perlu korbankan wang anda untuk membelikan buku-buku teks dan rujukan, masa anda untuk belajar dan memahami sesuatu serta tenaga anda untuk datang ke kuliah-kuliah pengajian. Usaha melalui pengorbanan seperti ini insyaallah akan diberi ganjaran pahala daripada Allah

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi tips-tips untuk melakukan hijrah. Namun, saya merasakan 3 tips ini sudah cukup untuk anda aplikasikan dalam kehidupan anda sebagai seorang mahasiswa/i. Anda perlu ingat, kehidupan sebagai mahasiswa/i terlalu banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi. Nasihat kami, berhijrahlah. Berhijrah dengan mempunyai matlamat yang jelas, perancangan yang rapi serta tindakan dan usaha yang berterusan. Insyaallah, kejayaan akan menjadi milik kita. Berjaya bukan sahaja dalam akademik, namun berjaya dalam segala segi meliputi sahsiah, kepimpinan, kokurikulum serta keusahawanan.

Salam sukses daripada saya,
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi