Rakan-Rakan Followers

Tuesday, October 12, 2010

Lawatan Bersama Persatuan Mahasiswa Selangor

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga semuanya berada dalam keadaan sihat.

Baiklah, pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda suatu lawatan yang telah dijalankan oleh Persatuan Mahasiswa Selangor Universiti Malaya. Antara tempat yang kami lawati adalah:

a) Hijjaz Group
Alhamdulillah, tempat pertama yang kami tuju adalah Hijjaz Group bertempat di Kota Damansara. Dalam lawatan tersebut, kami diberi taklimat berkaitan dengan cara-cara pembikinan album oleh kumpulan Hijjaz sendiri dan artis-artis di bawah naungannya. Kami juga berkesempatan untuk mendegar perkongsian pengalaman oleh salah seorang anggota kumpulan Hijjaz tesebut.

b) Parlimen Malaysia
Ini merupakan destinasi kedua kami. Dalam parlimen ini, kami sempat untuk masuk ke dewan rakyat untuk mendengar perbahasan sendiri oleh ahli-ahli parlimen yang ada. Di dalam dewan rakyat tersebut, kami sempat untuk melihat pelbagai gelagat ahli-ahli parlimen. Antara ahli parlimen yang ada di situ adalah Nasharudin Mat Isa (Parlimen Bachok), Khairi Jamaluddin (Parlimen Rembau), Ibrahim Ali (Parlimen Pasir Mas) dan ramai lagi yang namanya tidak disebut di dalam blog ini. Kami juga dibawa melawat dan diberi taklimat berkaitan dengan dewan negara. Kami pulang dari parlimen tersebut pukul 1 lebih menuju ke Masjid Shah Alam untuk solat Zohor

c) Karangkraf
Di Karangkraf, kami mengembara selama 2 jam lebih untuk melihat dengan mata kasar kami sendiri bagaimana proses menyiapkan sesuatu majalah itu dilakukan. Kami diberi taklimat yang cukup lengkap dari mula hinggalah majalah atau produk keluaran Karangkraf dilancarkan. Kami juga mendapat free gift daripada pihak Karangkraf sendiri. Untuk pengetahuan semua, Karangkraf telah menerbitkan pelabagai jenis judul buku dan majalah. Antaranya ialah Madi, Libur, Wanita, Maskulin, Dara, Dewan Ekonomi, Dewan Siswa dan banyak lagi.

Rasanya itu sahaja perkongsian daripada saya. Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak penganjur di atas penganjuran program yang berilmiah seperti ini.

Sebagai mengakhiri entry ini, saya tinggalkan anda dengan beberapa keping gambar saya semasa lawatan tersebut. Mari kita saksikan:











Jom Datang Booth 34 Gerai Jualan Hari Keusahawanan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
baiklah entry pada kali ini ringkas sahaja.

Saya ingin menjemput semua rakan-rakan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya (UM) untuk datang ke gerai kami pada 13 dan 14 Oktober 2010.

Maklumat berikut di sini:








Jadi, kepada mereka yang berkesempatan untuk datang tu, jom ramai-ramai pakat datang ke gerai kami di booth nombor 34 khususnya buat mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Malaya.

Jumpa anda di sana :-)

Ahmad Bashier
Evergreen Sdn Bhd