Rakan-Rakan Followers

Monday, February 28, 2011

Misteri Kereta Disimbah Cat

p/s: Misteri kereta disimbah cat masih belum terjawab. Sama-samalah kita doakan agar kes ini berjaya diselesaikan. Syukran~

Thursday, February 24, 2011

Tahniah Pro-Mahasiswa UM


Tahniah di atas kemenangan calon-calon umum dan fakulti pro-mahasiswa UM. Saya yakin dan percaya kemenangan ini merupakan satu titik permulaan untuk mencapai kecemerlangan dan kegemilangan yang lebih besar pada masa akan datang. Takbir!!

Monday, February 21, 2011

Buku Menarik MPMUM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Sesi Kepimpinan MPMUM 08/09 Di Bawah Kepimpinan Promahasiswa Um Dan YDP Ridzuan Mohammad Telah Menerbitkan Sebuah Buku : Benarkah MPMUM Peneraju Perubahan ?
Bagi Menganalisis Kepimpinan Mereka.Buat Mahasiswa UM.

Jika berminat, boleh hubungi saya, Ahmad Bashier. Harga buku ini adalah RM10.Tq =)

Sunday, February 20, 2011

Kenangan Bersama PMKUM

p/s: Kenangan sewaktu hari pertama promo. Inilah saat dan ketikanya masyarakat kampus terutamanya anak-anak kelantan mengenali apa itu PMKUM, satu-satunya persatuan anak kelantan yang berdaftar di bawah Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan mendapat sokongan tidak berbelah bahagi dari anak-anak kelantan sejak dulu sehinggalah sekarang. Saya berasa beruntung kerana menjadi antara penggerak utama dalam Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (UM). =)

Thursday, February 17, 2011

Kenangan Anjakan Paradigma

p/s: Gambar sewaktu menyertai program Anjakan Paradigma anjuran Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya pada awal bulan Januari 2010. Program selama 3 hari 2 malam tersebut betul-betul sesuai untuk membina dan mengasah bakat kepimpinan dalam diri siswa/siswi.

Tuesday, February 15, 2011

Kenangan Sewaktu Di KLIA


p/s: Gambar suka duka ketika menghantar seorang sahabat yang melanjutkan pelajaran ke German dalam bidang engineering. Selamat Maju Jaya Sahabatku, Syafiq Nori =)

Sunday, February 13, 2011


Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bg Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pd 22-24 nov 2005 memutuskan bhawa amalan merayakan valentine's day tidak pernah dianjurkan dlm Islam.Roh kepercayaan tersebut mempunyai unsur2 kristian dan amalannya yang bercmpur dgn maksiat adalah bercanggah dan dilarang dalam Islam.Oleh itu,amalan meraikan Valentine Day adalah tidak dgalakkan dlm Islam..Ayuh perangi zina & perkara Mungkar.

Sumber: FB kawan =)

Friday, February 11, 2011

Isu Pak Guard UM dan Pelajar

Di Malaysia (UM), 'Ops Tutup Mulut' sedang rancak dijalankan. Credit to Chris Chew.

Thursday, February 10, 2011

Suasana di Mesir

Subhanallah.. Suasana lautan manusia di Mesir. Dilaporkan sekarang mencecah hampir 20 Juta umat manusia sedang berhimpun dn solat jumaat di Mesir. Moga Allah bantu kalian untuk menegakkan Islam sebagai 'Daulah Islamiyyah'..

Sumber: Dari FB kawan =)

Saturday, February 5, 2011

Bengkel Skill Anjuran Gamis

Ini Maklumat Berkaitan Dengan Bengkel Ini:

Bengkel Skill Penerangan GAMIS
Tarikh : 5 FEB 2011
Tempat : Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi
Jam : 9:00 PAGI
TERBUKA KEPADA AHLI GAMIS
RM5 Sahaja...

PENTING : BAWA LAPTOP BERSAMA

9.00 pagi : kedatangan semua ahli
9.30 - 12.30 tghr : bengkel 1 - asas adobe
12.30 tghr - 2.00 ptg : makan tghri dan solat zohor
2.00 - 5.00 ptg : bengkel 2 - asas penulisan
5.00 ptg - 5.30 ptg : solat asar
5.30 - 6.30 ptg : bengkel 3 - asas web dan blog
6.30 ptg - 7.30 ptg : makan malam, bersurai

Friday, February 4, 2011

MPC umum kadar faedah kekal 2.75 peratus

BANK Negara Malaysia mengekalkan kadar faedah pada paras semasa kerana berpendapat kadarnya kini adalah wajar serta konsisten dengan penilaian semasa prospek pertumbuhan ekonomi dan inflasi.

Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC)nya dalam mesyuaratnya semalam memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR), yang dijadikan penanda aras bank tempatan dalam menentukan kadar faedah masing-masing dikekalkan pada kadar 2.75 peratus.

Bagaimanapun, ia membayangkan kadar itu mungkin tidak dapat dikekalkan pada masa depan berdasarkan arah aliran semasa dana global.
“Perubahan besar dan tidak menentu arah aliran kecairan global telah meningkatkan kecairan dalam sistem kewangan tempatan. Walaupun kecairan dalam sistem kewangan masih boleh diuruskan, alat polisi tambahan seperti keperluan rizab berkanun dan langkah menyediakan pembiayaan berhemah akan ditimbangkan pada masa depan bagi mengelakkan risiko makroekonomi dan kewangan tidak seimbang,” katanya.

Bank Negara berkata, petunjuk terkini ekonomi domestik terarah kepada pengembangan dalam kegiatan sektor swasta, tetapi permintaan luar menerima kesan daripada pertumbuhan global lebih perlahan.

“Menuju ke depan, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar stabil tahun ini, disokong pengembangan kukuh permintaan domestik di sebalik permintaan luar lebih sederhana,” katanya.

Bank pusat itu berkata, perbelanjaan swasta akan disokong pertumbuhan pendapatan dan pekerjaan, manakala tinjauan memberangsangkan sektor berorien-tasikan domestik dan pengembangan industri pertumbuhan baru akan menyediakan sokongan untuk kegiatan pelaburan swasta secara berterusan.

Wednesday, February 2, 2011

Melayu masih perlu bantuan bersaing bangsa lain

KUALA LUMPUR: Masyarakat Melayu di negara ini masih memerlukan ‘tongkat’ ataupun bantuan kerajaan untuk bersaing dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain bagi mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata walaupun ada segelintir orang Melayu mahu ‘tongkat’ dihapuskan dan tidak mahu bergantung terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB), pada hakikatnya Melayu masih ‘tempang’.

Katanya, lebih malang jika golongan Melayu yang mahu menghapuskan ‘tongkat’ itu sedia bergantung kepada orang lain untuk mencapai sesuatu kejayaan diimpikannya.
“Orang Melayu perlu menggunakan tongkat (bantuan) yang disediakan kerajaan untuk melahirkan lebih ramai cerdik pandai, untuk jadi kuat dan kaya. Kita boleh tolak tongkat selepas boleh berdiri atas kaki sendiri.

“Jika kita bergantung kepada orang lain, maka kita akan duduk di bawah pemerintahan mereka dan akan kehilangan kuasa walaupun orang Melayu menjadi Perdana Menteri,” katanya berucap pada wacana ‘Bangsa Melayu dan Masa Depannya’ di sini, semalam.

Program anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) itu turut dihadiri Pemangku Presiden MUBARAK, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman.

Dr Mahathir berkata, perpecahan dikalangan orang Melayu juga mengakibatkan kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu kini menjadi semakin lemah dan tidak boleh bertegas.
Katanya, lebih malang parti politik yang dipimpin pakatan pembangkang hari ini termasuk PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah serius memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Sebaliknya, kewujudan parti ini mengakibatkan perpecahan di kalangan orang Melayu semakin parah dan UMNO juga perlu melakukan pembaharuan selepas lebih 50 tahun mentadbir negara.


Ulasan: Saya bersetuju dengan pandangan sedemikian. Orang melayu, bangkitlah wahai kaumku. Kita buktikan kepada bangsa lain yang kita BOLEH!!