Rakan-Rakan Followers

Monday, October 25, 2010

Berita Gembira Buat Penyokong-Penyokong Kelantan

T-SHIRT KHAS SEMPENA FINAL PIALA MALAYSIA 2010!~~LimMiteD EditioN~~

Jualan dibuka selama 3 hari bermula daripada sekarang sehinggalah pada hari Rabu (27/10/10). Selepas itu, jualan akan ditutup buat selamanya tepat pada pukul 5.30 petang hari Rabu ini. Jadi, jangan lepaskan peluang ini khususnya kepada anak-anak negeri Kelantan Darul Naim.

Cara bayaran, anda hanya perlu bank in RM25 (sehelai) ke akaun:

CIMB : 14330001891204 (AHMAD BASHIER BIN MUHAMAD AFIFI) atau

Maybank : 162759039047 (AHMAD BASHIER BIN MUHAMMAD AFIFI)

Apabila sudah buat bayaran, sila mesej nama, nama bank untuk pembayaran, masa bayaran, tempat bayaran dan saiz baju ke nombor ini 0135902236.

Contoh: Ali bin Ahmad, Maybank, 10.30pagi, KPS UM, size M

Saiz t-shirt yang ada:

S=38"

M=40"

L=42"

XL=44"

XXL=46"

Kualiti t-shirt adalah ditahap yang terbaik. Dijamin!! 100% Cotton, 200gm

Jadi, ada 2 cara penghantaran baju.:-

a) Pos Laju. (Caj adalah seperti berikut:----> 1-5 helai (RM6 sehelai) (Cth: Kalau 3 helai, kos pos adalah RM18)---> 6 helai keatas- RM3 sehelai.(pengiraan ini adalah untuk memudahkan pihak kami dan pihak anda)Kalau pos ke sabah dan sarawak, kos pos adalah tambah RM2 untuk setiap helai baju.

p/s: Tarikh akhir untuk pengesahan order untuk pos adalah isnin (25/10/2010)

b) Untuk datang collect sendiri daripada saya, Ahmad Bashier atau wakil saya.Tarikhnya adalah pada petang jumaat (29/10/2010).

||MAKLUMAN||Orang lain tidak dibenarkan meniru design ini untuk dijual sendiri. Design adalah limited edition dan hanya khas untuk FINAL sahaja. Sebarang masalah dan cadangan baru, sila kemukakan kepada saya. Saya pasti ramai orang akan manyambar peluang ini. Berdasarkan rekod jualan saya sebelum ini, TSHIRT EKSKLUSIF WORLD CUP EDISI GAZA habis dijual hanya dalam masa 3 hari. Jadi, cepat dapatkan sekarang sebagai tanda kasih sayang kita kepada pasukan Kelantan. Hanya RM25 sehelai.

P/S: Bayangkan anda dan rakan-rakan anda memakai thirt ini beramai-ramai untuk ke Bukit Jalil sabtu ini. Jika tidak pun, anda boleh memakai baju ini ke mana-mana sahaja sebagai tanda sokongan anda kepada pasukan Kelantan. Gomo Kelate Gomo (^_^)v



Salam Cakno Belako Puok Kito,

Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

Exco Ekonomi dan Keusahawanan PMKUM

Thursday, October 21, 2010

Wednesday, October 20, 2010

Tuesday, October 19, 2010

Pengisian Rohani

Tips Wujudkan Keyakinan

1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.

2. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

3. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.

4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif

5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

7. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.

8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

Sumber asal: http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/986-10-tips-mewujudkan-keyakinan-diri.html

Monday, October 18, 2010

Perkongsian Ilmu

Tuesday, October 12, 2010

Lawatan Bersama Persatuan Mahasiswa Selangor

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga semuanya berada dalam keadaan sihat.

Baiklah, pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda suatu lawatan yang telah dijalankan oleh Persatuan Mahasiswa Selangor Universiti Malaya. Antara tempat yang kami lawati adalah:

a) Hijjaz Group
Alhamdulillah, tempat pertama yang kami tuju adalah Hijjaz Group bertempat di Kota Damansara. Dalam lawatan tersebut, kami diberi taklimat berkaitan dengan cara-cara pembikinan album oleh kumpulan Hijjaz sendiri dan artis-artis di bawah naungannya. Kami juga berkesempatan untuk mendegar perkongsian pengalaman oleh salah seorang anggota kumpulan Hijjaz tesebut.

b) Parlimen Malaysia
Ini merupakan destinasi kedua kami. Dalam parlimen ini, kami sempat untuk masuk ke dewan rakyat untuk mendengar perbahasan sendiri oleh ahli-ahli parlimen yang ada. Di dalam dewan rakyat tersebut, kami sempat untuk melihat pelbagai gelagat ahli-ahli parlimen. Antara ahli parlimen yang ada di situ adalah Nasharudin Mat Isa (Parlimen Bachok), Khairi Jamaluddin (Parlimen Rembau), Ibrahim Ali (Parlimen Pasir Mas) dan ramai lagi yang namanya tidak disebut di dalam blog ini. Kami juga dibawa melawat dan diberi taklimat berkaitan dengan dewan negara. Kami pulang dari parlimen tersebut pukul 1 lebih menuju ke Masjid Shah Alam untuk solat Zohor

c) Karangkraf
Di Karangkraf, kami mengembara selama 2 jam lebih untuk melihat dengan mata kasar kami sendiri bagaimana proses menyiapkan sesuatu majalah itu dilakukan. Kami diberi taklimat yang cukup lengkap dari mula hinggalah majalah atau produk keluaran Karangkraf dilancarkan. Kami juga mendapat free gift daripada pihak Karangkraf sendiri. Untuk pengetahuan semua, Karangkraf telah menerbitkan pelabagai jenis judul buku dan majalah. Antaranya ialah Madi, Libur, Wanita, Maskulin, Dara, Dewan Ekonomi, Dewan Siswa dan banyak lagi.

Rasanya itu sahaja perkongsian daripada saya. Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak penganjur di atas penganjuran program yang berilmiah seperti ini.

Sebagai mengakhiri entry ini, saya tinggalkan anda dengan beberapa keping gambar saya semasa lawatan tersebut. Mari kita saksikan:











Jom Datang Booth 34 Gerai Jualan Hari Keusahawanan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
baiklah entry pada kali ini ringkas sahaja.

Saya ingin menjemput semua rakan-rakan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya (UM) untuk datang ke gerai kami pada 13 dan 14 Oktober 2010.

Maklumat berikut di sini:








Jadi, kepada mereka yang berkesempatan untuk datang tu, jom ramai-ramai pakat datang ke gerai kami di booth nombor 34 khususnya buat mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Malaya.

Jumpa anda di sana :-)

Ahmad Bashier
Evergreen Sdn Bhd

Monday, October 11, 2010

Saturday, October 9, 2010

Mini Seminar Tuisyen


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Salam muhibbah semua. Saya tak nak buang masa saya, dan saya juga tak nak buang masa anda yang membaca blog ini. Saya nak terus 'direct to the point'.

Team Elit SeminarTuisyen.com akan mengadakan satu Mini Seminar Tuisyen pada bulan Oktober ini. Antara pengisian yang anda akan dapat adalah:

- Bagaimana hendak mulakan langkah pertama sebagai Cikgu Tuisyen Super.

- Membina Kredebiliti dan Reputasi yang Cemerlang.

- Pengurusan Masa antara Kerja Utama vs Mengajar Tuisyen.

- Pendapatan Minima Tuisyen adalah RM3,000 dan lebih setiap bulan.

- Bertalu-talu menerima Job Tuisyen.

Tentu, anda tertanya-tanya bukan, siapa yang sepatutnya hadir? Berikut merupakan golongan yang patut hadir ke mini seminar
ini:

Lepasan SPM, STPM dan setaraf.

Pelajar universiti, maktab atau kolej.

Lepasan graduan dalam bidang apa pun.

Yang berkerja di waktu 'office hour'.

Pengusaha pusat tuisyen, cikgu tuisyen, guru sekolah.

Penganggur kehormat.

Pencari pendapatan sampingan.

Sesiapa sahaja yang masih mencari kerja, yang berminat tidak mengira usia, pendidikan dan pangkat.

Hanya jawapan 'Nak atau Tak Nak' untuk team ini membantu anda.

Ini pula tarikh mini seminar tersebut:

Tarikh : 16 Oktober 2010 ( Sabtu )

Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengahari.

Tempat : IQ Bistari Learning Centre, Cheras KL.
Map Klik Sini.

Bayaran : RM 25 sahaja! (Tak masuk akal).

Pengendali : Team Elit SeminarTuisyen.com

Kuota 15 Orang Sahaja!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari di laman web ini:

Jumpa anda di sana!!

Sekian,
Ahmad Bashier

Friday, October 8, 2010

Nantikan Kemunculan Primash 2011


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga sihat sentiasa yup :-)

Baiklah, pada hari ini saya ingin berkongsi suatu program menarik yang akan diadakan oleh University Malaya Accounting Club (UMAC). Insyaallah program ini akan berlangsung pada tahun depan tetapi gerak kerjanya perlulah bermula daripada awal. Ini logo primash untuk tahun lepas:

Untuk program ini, saya merupakan salah satu tenaga penggerak yang akan memastikan program ini berjaya mencapai objektifnya. Untuk makluman, PRIMASH merupakan singkatan kepada Program Interaksi Motivasi dan Solat Hajat. Jadi, kepada mereka yang berminat (untuk siswa/i sarjana muda perakaunan dan sarjana muda perniagaan UM sahaja) untuk menjadi ajk, anda bolehlah emailkan nama anda kepada email ini:

bashier05@gmail.com

Kepada pembaca blog, anda juga boleh menghantar cadangan dan pandangan anda kepada kami di email yang sama:-)

Rasanya itu sahaja daripada saya.

Jumpa lagi.

Ahmad Bashier
Timbalan Pengarah PRIMASH 2011


Thursday, October 7, 2010

Mencipta Masa Hadapan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Jom hayati sedikit perkongsian mengenai mencipta masa hadapan:

Memang mudah terlintas maksud turutan perkataan tersebut di dalam minda kita.

Namun adakah ia sama dengan pemikiran orang lain?

Sudah tentu ianya berbeza dan sering bercanggah antara satu sama lain.

Dalam pada itu sebenarnya telah wujud persamaan antara perbezaan pemikiran tadi.

Walau bagaimanapun mungkin anda boleh bersetuju dengan saya sekiranya saya mengatakan maksud yang sebenar bagi perkataan-perkataan tersebut adalah dengan satu perkataan iaitu cita-cita.

Cita-cita membawa maksud harapan dan impian yang cuba direalitikan oleh setiap insan yang bergelar manusia pada masa hadapan.

Ada bermacam cita-cita yang boleh kita impikan.

Doktor, guru, arkitek, usahawan berjaya, kerani, dan banyak lagi pekerjaan yang sering kita impikan.

Namun begitu, ada juga manusia yang bercita-cita sesuatu perkara yang negatif contohnya merompak, melepak, menganggur, menyemak tepi kaki lima, kutu rayau, sekadar berfoya-foya, raja judi, perogol dan sebagainya.

Semua yang disenaraikan ini adalah berkaitan dengan cita-cita makhluk yang bergelar manusia.

Cita-citalah yang mempengaruhi seseorang manusia itu untuk belajar.

Sebagai contoh, seseorang itu mempunyai keinginan untuk menjadi seorang guru.

Walau bagaimanapun, syarat untuk menjadi seorang guru mesti memiliki kelulusan sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda. Untuk memiliki ijazah sarjana muda pula kita harus melanjutkan pelajaran ke universiti terlebih dahulu.

Seseorang itu juga perlu menghabiskan pelajarannya di peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dahulu sebelum dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.

Begitulah selanjutnya sejak daripada peringkat tadika lagi.

Sememangnya ada turutan tersebut dalam meniti kehidupan.

Namun, adakah turutan itu terasa kelazatannya? Kelazatan di sini bermaksud sejauh mana kita berusaha menempuh hidup yang diimpikan itu.

Sesungguhnya impian tidak semestinya tercapai.

Namun ia tidak mustahil untuk dicapai. Hanya fikiran yang menentukan keberjayaan kita memperoleh apa yang kita inginkan pada masa depan.

Di dalam liku-liku hidup ini, berusahalah mengikut landasan dan keperluan yang betul.

Bukan sahaja kita akan memperoleh impian yang sekian lama kita simpan, kita juga akan memperoleh kenikmatan dan juga kebahagiaan di dalam hidup ini.

Namun, sebagai manusia sudah pasti ada yang membataskannya.

Pastikan ia mengikut landasan syariat yang betul dan tidak menyeleweng supaya hidup bermasyarakat sentiasa dalam keadaan seimbang dan harmoni senantiasa.

InsyaAllah...

Sumber Asal:

Wednesday, October 6, 2010

Dua Model Perniagaan Untuk Siswa dan Siswi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat selalu.

Baiklah, pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda 2 jenis model perniagaan yang anda boleh lakukan di IPTA. Antaranya ialah:

a) Jual T-shirt
Saya pasti ada di antara kita yang pernah mendengar akan hal ini. Jadi, saya juga mempunyai pengalaman saya yang tersendiri ketika menjual tshirt pada sem lepas. Memang keuntungannya cukup lumayan jika kena caranya. Saya masih ingat ketika itu berpusu-pusu orang menempah tshirt daripada saya disebabkan designnya yang unik. Ini buktinya:


Tetapi sayangnya, jualan untuk tshirt ini sudah ditutup buat selamanya. Nantikan design baru daripada saya dalam masa terdekat ini.


b) Bisnes Printing
Saya juga pernah melakukan bisnes printing ini ketika di kolej kediaman. Walaupun saya hanya lakukan secara separuh masa namun ianya juga memberi pulangan yang cukup lumayan. Sekiranya anda berminat, anda boleh membeli printer dengan harga kurang daripada RM200, buat iklan dan nantikan kehadiran pelanggan anda ke tempat anda. Saya pasti ramai dalam kalangan mahasiswa/i di IPTA/IPTS yang perlukan perkhidmatan ini untuk print assignment mereka. Saya masih ingat lagi ketika di awal pengajian saya, saya membeli printer di digital mall. Balik sahaja dari tempat tersebut, terus saya lakukan iklan dan mendapat pelanggan pertama saya pada hari itu juga. :-)
Rasanya itu sahaja daripada saya, semoga perkongsian ini membuka mata anda berkaitan dengan peluang-peluang yang anda perlu rebut di IPTA/IPTS anda. Sebenarnya, sekaranglah masa anda untuk berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan di samping menumpukan pelajaran di dalam kelas. Cuba bayangkan, habis sahaja anda grad, anda akan mendapat kejayaan seperti ini:
a) Berjaya menamatkan pengajian dengan CGPA yang memberangsangkan iaitu sekurang-kurangnya 3.oo ke atas
b) Mempunyai sumber kewangan yang stabil
c) Mempunyai nilai tambah dalam diri anda seperti kemahiran berkomunikasi dengan baik, kemahiran melakukan pemasaran yang berkesan dan kemahiran menaplikasikan kemudahan teknologi maklumat dalam kehidupan seharian anda.
Tetapi ingatlah, perbetulkan niat kita. Sekiranya anda merasakan bahawa anda menceburi bidang perniagaan semata-mata anda inginkan wang atau mahu jadi kaya dengan pantas, anda akan memperoleh seperti apa yang anda inginkan. Sebaliknya, sekiranya anda perbetulkan niat anda melakukan bisnes ikhlas kerana Allah di samping mahu membantu ummah, insyaallah anda akan memperoleh keberkatan dan kejayaan yang luar biasa. Ingatlah, sesungguhnya janji Allah itu pasti.
Sehingga berjumpa lagi.
Salam Keusahawanan,
Ahmad Bashier
Exco Ekonomi dan Keusahawanan PMKUM

Tuesday, October 5, 2010

Cara Dapatkan Trafik Secara Pantas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat selalu.

Pada hari yang indah ini, saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan cara untuk mendapatkan traffik secara pantas. Saya kongsikan 3 cara untuk mendapatkan trafik:

a) Letakkan link dalam facebook
Anda boleh meletakkan link blog anda di ruangan website facebook anda. Apabila ada orang yang klik di bahagian info facebook anda, mereka akan tahu yang anda mempunyai blog. Secara tidak langsung mereka akan membuka blog anda untuk melihat isi kandungan blog anda tersebut. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan fungsi link dan wallpost status anda di facebook untuk mempromosikan entry blog anda. Tak percaya, cubalah :-)

b) Gunakan Twitter
Saya juga mempunyai twitter saya sendiri. Jadi, saya telah setkan twitter saya dengan blog saya. Ini bermakna apabila saya update entry terbaru, secara automatik update saya tersebut akan dipaparkan di ruangan twitter. Untuk permulaan, cuba anda wujudkan dahulu akaun twitter anda tersebut.

c) Komen di blog orang
Cara ini juga merupakan cara yang efektif sebenarnya. Anda boleh mengadakan blogwalking di blog-blog yang mempunyai traffik yang tinggi. Apa yang anda perlu lakukan adalah komenlah entry-entry yang berada di dalam blog tersebut dengan komen yang membina. Saya pasti akan ada orang yang akan menziarahi blog anda terbabit sekiranya mereka terpikat dengan komen bernas daripada anda.

Itu sahaja cara yang boleh saya kongsikan kepada anda. Saya bukanlah pakar dalam menarik trafik tetapi saya tahu cara untuk menarik trafik berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan pembacaan saya sendiri. Itu sahaja daripada saya.

Sehingga Jumpa Lagi,

Sekian,
Ahmad Bashier
www.ahmadbashier.com

Tips Berjimat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga kita semua berada dalam keadaan yang sihat selalu.

Baiklah, pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda sedikit tips untuk kita berjimat.

Antara perkara yang boleh kita lakukan adalah:

a) Kurangkan panggilan telefon.
Saya sarankan anda hadkan panggilan telefon kepada orang yang penting sahaja. Orang yang tidak penting anda hanya perlu gunakan mesej @ sms sahaja.

b) Bayar bill secara online
Saya sendiri membayar bil-bil saya menggunakan internet. Contohnya, bil broadband, sewa domain dan hosting serta bayaran bulanan untuk autoresponder. Ianya lebih memudahkan kita disamping menjimatkan masa, tenaga dan wang.

c) Jangan tengok wayang
Point ini sangat penting untuk didiskusikan. Bagi saya sendiri, saya kurang bersetuju sekiranya anda mengahabiskan masa lapang anda dengan menonton wayang di pawagam. Ada baiknya, anda menonton movie yang didownload terus ke dalam laptop anda.

Rasanya cukup 3 point yang saya ingin kongsikan kepada anda. Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk kita berjimat. Untuk permulaan, apa kata anda mulakan dengan 3 poin ini dahulu. Mungkin pada permulaan, anda hanya mampu berjimat sedikit tetapi lama-kelamaan saya pasti anda mampu untuk berjimat dengan lebih banyak pada masa akan datang.

Sehingga berjumpa lagi.

Selamat Berjimat,
Ahmad Bashier
www.ahmadbashier.com

Sunday, October 3, 2010

Jom Sertai SiswaNiaga Dot Com


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga semuanya berada dalam keadaan yang sihat selalu.

Baiklah, pada hari ini saya ingin menulis berkaitan dengan perniagaan. Saya sebenarnya tertarik dengan inisiatif yang telah diambil oleh rakan-rakan saya untuk membentuk satu komuniti usahawan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi di IPTA/IPTS.

Mungkin ada dalam kalangan rakan-rakan pembaca blog adalah mahasiswa/i IPTA, jadi saya ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan satu blog yang dinamakan siswaniaga dot com. Tentu anda tertanya-tanya apa itu siswaniaga?

Baiklah, untuk pengetahuan anda semua, Siswaniaga merupakan satu bentuk usaha untuk membina sebuah komuniti usahawan dari kalangan penuntut universiti. Usaha ini memerlukan kerjasama dari semua pihak terutama ahli dan pihak universiti untuk memudahkan setiap aktiviti yang dirancang berjalan lancar. Dengan ini semua ahli boleh mendapat maklumat terkini mengenai aktiviti keusahawanan di setiap universiti. Kerjasama yang erat antara ahli akan diterapkan dan amat diharapkan untuk memastikan keberhasilan komuniti ini. Aktiviti sosial untuk tujuan networking akan dianjurkan secara berkala.


Mentor
Selain itu, komuniti ini juga telah melantik beberapa orang ahli perniagaan untuk menjadi mentor kepada ahli komuniti siswaniaga. Mentor ini akan membantu ahli untuk terus maju dalam perniagaan yang diceburi. Anda boleh memilih mentor yang sesuai dengan anda atau perniagaan anda. Anda boleh bertanya sebarang kemusykilan terus kepada mentor ataupun melalui komuniti ini.

Duta Kampus
Komuniti ini akan melantik seorang pelajar di setiap kampus untuk menjadi duta siswaniaga (wakil) untuk memberi update terkini setiap program yang dijalankan di universiti masing-masing. Duta ini memainkan peranan sebagai ketua di setiap kampus yang akan memastikan dan membantu ahli dalam menguruskan perniagaan dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, saya juga merupakan duta kampus Universiti Malaya (UM) dalam komuniti ini.


Anda boleh melihat duta kampus yang terlibat dalam komuniti ini di sini:


Personaliti
Pada setiap bulan komuniti ini akan menghasilkan majalah secara percuma untuk tatapan pembaca. Majalah ini berkonsep ringkas tetapi penuh infomasi, berinspirasi dan bermanfaat. Komuniti ini akan melantik seorang siswazah usahawan sebagai personaliti bulanan. jika anda berminat boleh juga berhubung terus dengan admin.

Jadi, itu lah serba sedikit berkaitan dengan komuniti siswaniaga ini. Anda boleh melihatnya di sini:




Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan apa-apa update dan perkembangan terkini daripada kami, anda boleh mendaftarnya di sini:


Selain itu, anda juga boleh menyertai forum niaga. Di situ, anda boleh berforum dan berdiskusi pelbagai isu. Antaranya ialah diskusi berkaitan dengan komuniti, perniagaan, kewangan, perbankan, hartanah dan pelbagai lagi. Anda boleh melihatnya di sini;




Rasanya itu sahaja perkongsian daripada saya untuk kali ini. Saya berharap agar setiap mereka yang bergelar siswa/i dapat mengambil peluang keemasan ini untuk menggali sebanyak mungkin ilmu yang berkaitan dengan keusahawanan, ekonomi dan perniagaan. Rasanya setakat itu sahaja daripada saya. Insyaallah, jika diizinkan Allah, saya akan berkongsi lagi pengalaman saya berkaitan dengan perniagaan pada masa akan datang.

Sehingga berjumpa lagi.

Sekian,
Ahmad Bashier
Duta UM Komuniti Siswa Niaga Dot Com
Exco Ekonomi dan Keusahawanan PMKUM

Petua Awet Muda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, saya ingin berkongsi sesuatu yang menarik bersama pembaca blog saya. Jom kita hayati bersama:

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.

Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat tahajud.

Sentiasa tenang dan bersikap positif.

Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

Maafkan semua orang sebelum tidur.

Sumber: http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kesihatan/897-petua-awet-muda.html

Sekian,

Ahmad Bashier