Rakan-Rakan Followers

Friday, December 31, 2010

Aksi Memukau

Berakhirnya 2010


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat selalu.

Sedar tidak sedar, kini tibalah kita ke hari terakhir dalam kalendar 2010 iaitu tarikh 31 Disember 2010 yang jatuh pada hari jumaat. Saya berharap semoga azam anda untuk tahun 2010 ini tercapai dengan jayanya dan saya berharap agar anda membuka medan baru 2011 nanti.

Kalau anda rajin, apa kata kita ambil masa hanya 10 minit untuk lakukan SWOT Analysis dalam kehidupan kita sepanjang 2010 ini:


"Good Luck and All The Best"

Sekian,
Ahmad Bashier

Thursday, December 30, 2010

Tawaran Istimewa

Dengan ini saya ingin menawarkan T-shirt 'Tanah Tumpahnya Darahku' khas untuk semua rakyat Malaysia bagi meraikan kejuaraan pasukan negara kita di AFF Suzuki Cup 2010. Harga cuma RM25 sahaja (tambah RM5 jika ingin dihantar dengan Poslaju). Agen juga amat dialu-alukan. Berminat untuk menjadi agen, sila PM saya atau email ke bashier05@gmail.com. Atau hubungi saya (Ahmad Bashier) di 013-5902236.

Jumaat Cuti Sempena Malaysia Juara Piala Suzuki AFF

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, berita gembira untuk rakyat Malaysia:

p/s: Seronok lah kepada mereka yang berkenaan. Semoga cuti jumaat tersebut digunakan untuk beribadat. :-)

Sekian,
Ahmad Bashier

Kita Juara

KAPTEN Malaysia, Safiq Rahim (kanan) bersama rakan sepasukan menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas berjaya mengalahkan Indonesia pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, sebentar tadi. Malaysia menang dengan agregat 4-2. - Foto Osman Adnan

Sumber: Berita Harian

p/s: Jom esok kita ramai-ramai beli surat khabar baca kisah-kisah kejayaan pasukan negara kita. :-)

Sekian,
Ahmad Bashier

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Juara Piala Suzuki Aff


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga anda semua ceria dengan perkembangan terkini pasukan bola sepak negara.

Malaysia mencipta sejarah membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF buat julung kali meskipun seri 1-1 dengan Indonesia pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Dengan keputusan itu, ia menjadikan agregat 4-2 kepada Malaysia selepas pasukan negara menang 3-0 ke atas Indonedia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Malaysia mendahului Indonesia 1-0 menerusi jaringan penyerang Safee Sali pada minit ke-53 pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno.
Pada minit ke-88 pula, Indonesia mendahului Malaysia menerusi jaringan Muhammad Ridwan untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Pada babak pertama pula, Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti.

Sumber: Berita Harian

Ulasan:

Syabas saya ucapkan kepada semua anggota pasukan Harimau Malaya di atas kemenangan ini. Saya pasti berita gembira ini akan dikongsikan oleh semua 28 Juta rakyat Malaysia. Perlawanan akhir sebentar tadi nampaknya berlangsung dalam suasana yang cukup sengit dengan Malaysia terlebih dahulu membuatkan jutaan penyokong tersentak dengan gol cantik oleh penyerang prolifik negara iaitu Mohd Safee Sali.

Kemudian, kita dikejutkan lagi dengan 2 gol daripada pemain Indonesia dan mujur pemain muda Malaysia dapat menyerap tekanan di atas padang sebentar tadi. Apa yang menariknya, aksi penyelamat yang ditunjukkan oleh penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat cukup memukau ketika menyelamatkan sepakan penalti pemain Indonesia tadi. Tahniah Tahniah dan Tahniah :-)

Semoga kebangkitan anak muda Malaysia ini menjadi pemangkin untuk pasukan Malaysia mendapatkan kejuaraan yang lebih lagi selepas ini. Selepas ini, saya berharap agar ada program yang khusus untuk skuad negara dalam usaha untuk menjadi jaguh asia pula. Ini kerana kita sudah berjaya menewaskan gergasi bola sepak Asia Tenggara dalam laluan menuju kejuaraan Piala Suzuki AFF ini dengan menewaskan pasukan Thailand, Vietnam dan Indonesia yang kita tahu 3 pasukan terbabit bukanlah calang-calang pasukan.

Terima kasih buat jurulatih negara, K Rajagobal kerana membuka dimensi baru kepada bola sepak Malaysia. Suatu perkara yang saya tertarik dengan jurulatih ini adalah bagaimana beliau meletakkan kepercayaan yang tinggi buat anak muda negara. Beliau sekali membuktikan pada perlawaan akhir sebentar tadi dengan mengeluarkan penyerang Safee Sali untuk digantikan dengan penyerang muda, Izzaq Faris Ramlan. Saya yakin jika semangat dan disiplin yang tinggi ditunjukkan oleh pemain muda Malaysia ini dapat dikekalkan, impian untuk menjadi jaguh Asia seterusnya menjadi jaguh Olimpik dan jaguh dunia tidak mustahil dapat direalisasikan oleh bintang masa depan muda negara ini. Insyaallah, sama-samalah kita mendoakan pasukan negara agar terus mempamerkan prestasi terbaik mereka.

Akhir kata, saya sajikan anda dengan senarai pemain muda negara sepanjang kejohanan Piala Suzuki AFF [Sumber: Wikipedia] :


"Majulah Sukan Untuk Negara"

Sekian,
Ahmad Bashier

Tips Mengkaji Keyword Terbaik


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan yang amat sihat selalu.

Baiklah, pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda cara mudah untuk mengkaji keyword terbaik untuk digunakan ketika anda ingin menjual produk atau perkhidmatan di internet. Walaubagaimanapun, sekiranya anda bijak anda boleh memanipulasikan tips ini untuk mengkaji keyword-keyword yang dicari orang supaya anda boleh menerbitkan entry berkaitan dengan keyword tersebut. Secara tidak langsung, trafik anda akan meningkat sekiranya ramai orang mencari keyword tersebut dan blog anda adalah antara yang teratas di search engine seperti pakcik google :-)

Ok, jom kita lihat langkah-langkahnya:


Kalau anda lihat hasilnya, anda akan dapat lihat analisa yang diberikan adalah keyword yang dicari orang ramai untuk bulan seterusnya di peringkat tempatan (local monthly searches) dan di peringkat dunia (global monthly searches). Katakanlah, anda menaip baju batik, bukan sahaja keyword baju batik yang diberikan oleh google, malahan keyword-keyword lain yang berkaitan dengan batik juga diberikan. Jadi, ini merupakan alternatif kepada kita untuk menjual produk mahupun perkhidmatan di internet.

p/s: Besarkan mata anda untuk melihat langkah-langkah bergambar tersebut ya :-)

Ok, itu sahaja perkongsian kali ini. Jumpa lagi.

Sekian,
Ahmad Bashier


Tuesday, December 28, 2010

Kad kredit antara punca hutang besar

KUALA LUMPUR: Lebih 10 juta pengguna kad kredit di negara ini mempunyai jumlah tunggakan RM24.4 bilion tetapi hanya 30 peratus daripada mereka membayar balik baki penuh setiap bulan.

Statistik Bank Negara Malaysia (BNM) sehingga Mac 2009 itu juga menunjukkan pinjaman melalui kad kredit menguasai 6.1 peratus daripada jumlah pembiayaan institusi perbankan. Pengiraan secara statistik menunjukkan sekiranya seseorang itu berhutang RM1,000 melalui kad kredit dan cuma membuat bayaran minimum lima peratus setiap bulan, dia mengambil masa lima tahun lapan bulan untuk melangsaikan hutangnya termasuk kadar faedah.

Kajian juga menunjukkan pengguna kad kredit cenderung untuk berbelanja 17 peratus lebih daripada individu yang berurusan menggunakan wang tunai.

Faktor kadar faedah tinggi, kawalan kelulusan pengeluaran kad kredit terlalu longgar, sikap institusi kewangan yang lebih mengaut untung serta sikap pengguna tidak berhemah dikenal pasti punca kenapa ramai yang jatuh muflis kerana gagal membayar hutang kad kredit.

Walaupun jumlah muflis akibat gagal membayar hutang kad kredit hanya mencatatkan 4,417 kes dalam tempoh lima tahun hingga Mei lalu, situasi penggunaan serta pengeluaran kad yang dilihat tidak terkawal dianggap membimbangkan serta boleh memusnahkan masa depan generasi muda.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha’ani Abdullah, berkata keghairahan memiliki kad kredit itu terlalu kuat terutama kepada golongan muda yang baru terbabit dunia pekerjaan dan menjalani kehidupan sebenar.

Walaupun berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi, jumlah pengguna kad kredit yang diisytiharkan muflis mencatatkan penurunan tetapi masih pada kadar membimbangkan iaitu 1,346 kes pada 2005; 790 kes (2006); 797 kes pada 2007; 647 kes pada 2008; 570 kes 2009 dan 267 sehingga Mei 2010.

Sehubungan itu, FOMCA menyarankan bank dan institusi kewangan yang memberi pinjaman harus mengambil tindakan drastik menangani masalah ini dengan memikirkan kaedah penyelesaian terbaik, bukannya meletakkan nilai komersial dan keuntungan sebagai keutamaan mereka.

“Sebagai pengguna kita memang ada keinginan dan ramai yang memohon kad kredit tanpa memikirkan kemampuan membayar balik. Pihak bank perlu lebih peka dengan mengetatkan prosedur permohonan dan kelulusan supaya mereka yang layak saja diberikan kemudahan ini.

“Ada sesetengah bank meluluskan permohonan dengan mudah tanpa menyelidik status kewangan pemohon. Sepatutnya mereka pastikan dan kaji latar belakang serta kemampuan pemohon. Ada yang menawarkan pelbagai, seolah-olah berlumba mencari pelanggan kad kredit,” katanya.

Selain prosedur kelulusan longgar, FOMCA turut mendedahkan ada pengguna kad kredit sanggup berhutang kerana mahu hidup gaya mewah termasuk bertujuan semata-mata mahu menyertai kumpulan anak muda daripada golongan kaya.

Walaupun penggunaan kad kredit diperlukan dalam banyak urusan tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan kepada pihak bank untuk memerangkap pengguna dengan pelbagai syarat terselindung di sebalik syarat perjanjian yang ditandatangani pemegang kad kredit.

Sumber: Berita Minggu

Ulasan:

Orang ramai di Malaysia perlulah berhati-hati dengan penggunaan kad kredit ini. Sekiranya anda bijak dan berhemah dalam berbelanja, anda boleh memanipulasi kelebihan kad kredit ini. Namun, sekiranya pengurusan kewangan anda lemah, saya sarankan agar anda tidak menggunakan kad kredit ini lebih-lebih golongan muda. Saya sendiri akui golongan muda sangat mudah terpengaruh dengan gaya hidup mewah walhal mereka sebenarnya tidak mampu untuk hidup mewah. Cukuplah dengan mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Saya pasti sekiranya kita mampu mengawal nafsu berbelanja kita, masalah seperti muflis di usia muda tidak akan berlaku lagi. Semoga ulasan ini bermanfaat kepada kita semua.

Jumpa lagi di lain artikel :-)

Salam Kewangan,

Ahmad Bashier

Monday, December 27, 2010

Alangkah Indahnya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat sentiasa.

Jom layan harapan saya untuk tahun 2011 yang akan menjelma tidak lama lagi:

a) Alangkah indahnya jika mahasiswa dan mahasiswi dapat dikurangkan kos pengajian mereka ataupun diberikan pendidikan percuma di IPTA. Paling tidak pun, kalau kerajaan prihatin, berikan potongan sebanyak 50% untuk siswa dan siswi belajar di IPTA.

b) Alangkah indahnya kalau buku-buku yang digunakan oleh kami siswa dan siswi di IPTA diberikan diskaun sehingga 70%. Hal ini bagi memudahkan siswa siswi membeli lebih banyak buku untuk memantapkan kefahaman mereka dalam sesuatu subjek.

c) Alangkah indahnya siswa dan siswi diberikan subsidi untuk membeli laptop atau komputer riba. Hal ini untuk memudahkan siswa dan siswi menaip tugasan mereka dengan lebih efisien.

d) Alangkah indahnya jika kerajaan memberikan broadband secara percuma kepada setiap siswa dan siswi di IPTA. Hal ini sebagai tanda penghargaan mereka atas kejayaan melanjutkan pelajaran ke IPTA.

e) Alangkah indahnya kalau yuran kolej-kolej kediaman dimurahkan lagi. Bagi mahasiswa/i luar kampus, pihak universiti menanggung sebahagian yuran sewa tersebut. Sebahagian lagi kami yang bayar :-)

f) Alangkah indahnya sekiranya kerajaan memperuntukkan wang yang banyak untuk pimpinan mahasiswa/i seperti Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) , Persatuan Anak Negeri, Kolej-kolej Kediaman dan persatuan independen yang lain untuk aktiviti-aktiviti dakwah, tarbiyah, siasah, keusahawanan dan intelektual di setiap kampus.

g) Alangkah indahnya kalau setiap cadangan yang dikemukakan ini berjaya direalisasikan. Bukan mustahil untuk direalitikan sekiranya setiap mahasiswa dan mahasiswi di setiap kampus bersatu padu untuk memperjuangkan hak-hak mereka.

Bagaimana pula caranya:

Mungkin cadangan saya ini akan mengundang perdebatan oleh banyak pihak tetapi ini merupakan cadangan-cadangan yang saya boleh kemukakan kepada pihak kerajaan dan pentadbiran universiti:

a) Membatalkan hasrat membina menara warisan setinggi 100 tingkat yang bernilai RM5 Billion. Wang tersebut boleh digunakan untuk pembangunan modal insan seperti kami ini :-)

b) Menolak penswataan yang membebankan. Kerajaan perlu merunding semula konsistensi dan kontrak yang bersifat menguntungkan kroni dan tidak adil kepada rakyat termasuk yang melibatkan (Pengeluar Tenaga Bebas)IPP, tol lebuhraya dan prasarana air.

c) Melaksanakan sistem cukai progresif serta menolak sebarang cukai yang membebankan rakyat termasuklah cadangan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehinggalah rakyat serta negara bersedia.

d) Menyiasat ketirisan dan penyelewangan yang dilakukan oleh kroni-kroni mereka berbillion ringgit setiap tahun. Tangkap juga jerung-jerung yang besar, sederhana dan kecil yang menggunakan duit rakyat semata-mata demi rasuah yang dilakukan.

Rasanya itu sahaja cadangan saya untuk kerajaan untuk tahun 2011 ini. Tidak kiralah sama ada kerajaan tersebut adalah kerajaan daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat, kerajaan yang memerintah perlu memastikan segala perbelanjaan dan tindak tanduk mereka perlulah dilakukan dengan cara yang berhemah, mengikut syara' dan halal. Tahun 2011 mungkin akan mencipta satu lagi sejarah dalam mengubah landskap politik tanah air kerana Pilihan Raya Umum (PRU) yang ketiga belas akan berlangsung dan saya pasti mahasiswa/i di setiap kampus akan menjadikan tahun tersebut sebagai titik tolak kepada kebangkitan mahasiswa/i. Ingat kata-kata ini: "2011 TAHUN KEBANGKITAN MAHASISWA!!!".

Jumpa lagi di lain artikel. Sekiranya artikel ini menyinggung mana-mana pihak, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Yosh!!

Sekian,
Mahasiswa Tahap Pertengahan Universiti Malaya (UM)

Sunday, December 26, 2010

Malaysia Menang Bergaya 3-0 Ke Atas Indonesia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat selalu.

Baiklah, saya cuma ingin update perkembangan terkini bola sepak tanah air kita, skuad Malaysia menang selesa 3-0 ke atas Indonesia pada final pertama Piala Suzuki AFF, di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Gol Malaysia diperoleh menerusi Safee Sali pada minit ke-60 dan 72, manakala Asaari Shamsudin pada minit ke-67. Skuad negara akan bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta Rabu ini untuk final kedua. Perlawanan agak seimbang pada separuh masa pertama tetapi beberapa peluang Malaysia untuk mendahului tidak dapat disempurnakan. Masuk separuh masa kedua, Malaysia menggandakan asakan dan pada minit ke-50 sehinggalah pengadil terpaksa menangguhkan perlawanan hampir 10 minit berikutan tindakan penonton memancarkan cahaya laser ke arah pemain.

Ulasan:

Kejayaan ini patut diraikan buat seluruh warga Malaysia dan pasukan Harimau Malaya membuktikan bahawa mereka memang pasukan terbaik di rantau asia tenggara ini. Tahniah skuad bimbingan jurulatih yang hebat, K.Rajagopal. Semua pemain menunjukkan persefahaman yang mantap. Gandingan serangan, Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha membuktikan mereka merupakan gandingan yang mantap dibantu oleh Syafiq Rahim, Amar Rohidan, Kunalan dan Amirulhadi Zainal. Pertahanan negara juga menunjukkan suatu kesungguhan yang luar biasa apabila gandingan 4 serangkai Asraruddin Putra, Muslim Ahmad, Fadhli Shas dan Mahalli Jasuli bergandingan baik untuk mempertahankan pertahanan pasukan negara.

Di benteng terakhir, Khairul Fahmi, penjaga gol terbaik asia tenggara masa kini kental bertahan menjaga gawang gol daripada dibolosi. Kebijaksanaan jurulatih kita kian terserlah apabila memasukkan Ashaari Shamsudin, Amri Yahyah dan Sabree Abu untuk digunakan pada separuh masa kedua dan strategi tersebut menjadi. Tahniah diucapkan kepada mereka semua dan tidak lupa juga mereka yang menghala laser ke muka pemain indonesia. Pancaran tersebut berjaya mematahkan semangat dan menggoyahkan emosi serta mental pemain Indonesia. Tahniah. Akhir kata: Malaysia akan memenangi Piala Suzuki AFF edisi kali ini. Yosh!!! (^_^)v

Sekian,
Ahmad Bashier

Aktiviti Hari Ahad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua sihat-sihat semua ya.

Baiklah, pada hari ini saya hanya mahu berkongsi entry saya secara ringkas sahaja. Apa yang anda dan orang lain buat apabila tibanya hari ahad? Antaranya ialah:

a) Kemas rumah
b) Tidur puas-puas
c) Pergi melawat ke tempat-tempat menarik
d) Online facebook dari pagi hingga ke petang
e) Update blog banyak-banyak
f) Tengok TV sampai lebam mata
g) Tengok movie sampai habis
h) Hadiri seminar untuk tambah ilmu

Haha, saya pasti ada aktiviti di atas yang anda lakukan bukan sewaktu tibanya hari ahad. :-)

Ok, jangan lupa malam ni untuk saksikan perlawanan akhir pusingan pertama antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium Bukit Jalil sempena Piala Suzuki AFF.

Sekian,
Ahmad Bashier

Saturday, December 25, 2010

3 Kelebihan Berblog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat selalu ya.

Baiklah, pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda 3 kelebihan berblog. Antaranya ialah:

a) Dapat mengasah bakat penulisan
Dengan berblogging, anda dapat mengasah bakat terpendam yang dimiliki oleh setiap manusia. Jika sebelum ini anda tidak pandai menulis, mungkin dengan berblogging anda dapat 'improve' serba sedikit gaya penulisan anda. Terpulang lah kepada anda sama ada hendak menggunakan ayat yang santai mahupun menggunakan ayat yang skema. Manalah tahu suatu hari nanti anda boleh terbitkan buku atau pun ebook pula. :-)

b) Dapat membina jaringan (Networking)
Melalui blogging, anda dapat meluaskan jaringan perhubungan anda dengan rakan-rakan blogger yang lain. Saya sendiri mempunyai beberapa komuniti blogger saya yang tersendiri sejak kebelakangan ini. Jadi, inilah peluang anda untuk berkenal-kenalan dengan mereka semua ini. Bak kata orang, berkawan biar seribu, berkawin biar satu. Hehehe :-)

c) Dapat membina kredibiliti
Sekiranya anda konsisten dalam berblogging, traffik ke blog anda semakin mencurah-curah dan ini akan menyebabkan pengunjung blog anda merasakan anda mempunyai keupayaan dan kepakaran tertentu untuk berkongsi sesuatu perkara dengan mereka. Katakanlah minat anda adalah dalam bidang fotografi, dengan memiliki blog yang bercerita pasal hobi anda iaitu fotografi, pengunjung akan mudah untuk melawat ke blog anda selalu dan mereka juga tanpa segan mungkin ingin menggunakan khidmat anda pula sebagai seorang photographer.

Jadi, inilah 3 kelebihan yang anda boleh miliki sekiranya anda serius untuk berblogging. Oh, sedar tidak sedar, dah setahun saya berblogging daripada bulan januari 2010 hinggalah bulan disember 2010. Semoga apa yang dikongsikan oleh saya di blog ini bermanfaat kepada anda semua. :-)

Sehingga berjumpa lagi,
Ahmad Bashier
Blogger Part Time


Friday, December 24, 2010

Thursday, December 23, 2010

Corat Coret KAKS


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua sihat selalu ya.

Ok, baiklah, pada hari ini saya cuma nak berkongsi sedikit sahaja kepada anda semua iaitu nama syarikat-syarikat yang telah kami peserta Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) tubuhkan. Jom kita lihat sama-sama:


Nama Syarikat: Double Wings Sendirian Berhad
Perniagaan: Perkhidmatan Menjahit dan Kursus Menjahit


Nama Syarikat: Flight Global Dobi Sendirian Berhad
Perniagaan: Perkhidmatan Dobi Bergerak

Syarikat: Catcibor Motor
Perniagaan: Perkhidmatan Baiki Motorsikal

Syarikat: Permata Hati
Perniagaan: Perkhidmatan Asuhan Kanak-kanak (Nursery)

Ok, itu sahaja yang saya boleh kongsikan kepada anda. Semua ini adalah salah satu aktiviti yang ada ketika saya menyertai kursus asas keusahawanan siswa (KAKS) siri 1. Ok, ini makluman kursus tersebut untuk siri kedua:


Ok, itu sahaja daripada saya, sesiapa yang berminat boleh bagi nama pada saya secepat mungkin di nombor ini: 0135902236. Terbuka kepada pelajar Universiti Malaya (UM) sahaja ya.

Sekian,
Ahmad Bashier

Wednesday, December 22, 2010

Pembabitan mahasiswa dalam bidang perniagaan masih kecil

KUALA LUMPUR Dis – Kementerian Pengajian Tinggi mahu lebih ramai penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) menceburi bidang keusahawanan kerana kurang daripada lima peratus menceburi bidang itu sejurus tamat pengajian.

Sehubungan itu, menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya akan memperkasakan lagi usaha melalui Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi bagi memantapkan pembangunan keusahawan yang lebih terancang dan holistik di IPT tempatan.

“Pembabitan mereka dalam dunia keusahawanan amat kecil dan tidak ramai antara mereka memilih bidang berkenaan sebagai kerjaya pilihan.

“Justeru, enam teras dasar berkenaan seperti menubuhkan Pusat Keusahawan di setiap IPT, memantapkan program pembangunan dan pengukuhan keusahawanan diharap dapat memantapkan setiap program keusahawan yang dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan penutup Pertandingan Perniagaan Malaysia Antara Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2010 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha kementeriannya, Abdul Rahim Md. Noor.

Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof. Datuk Dr. Abdul Hakim Juri dan Ketua Pusat Keusahawanan Siswa (UniKL), Bahtiar Kasbi.

Pertandingan yang bertemakan ‘Cabaran sebenar perniagaan 2010′ berlangsung selama tiga hari dan berakhir semalam.

Pertandingan yang pertama kali diadakan itu disertai oleh 490 mahasiswa daripada 98 kumpulan IPT seluruh negara.

Ia bertujuan melahirkan golongan usahawan di kalangan mahasiswa universiti serta memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai perniagaan.

Pertandingan anjuran Universiti Kuala Lumpur dan Koperasi Siswa UniKL Malaysia Berhad itu dimenangi oleh kumpulan USMEC daripada Universiti Sains Malaysia (USM) yang menggondol wang tunai RM10,000 beserta sijil penyertaan dan Piala Pusingan Menteri Pengajian Tinggi.

Tempat kedua dimenangi kumpulan MITEC daripada UniKL yang mendapat wang tunai RM7,000 beserta sijil penyertaan dan tempat ketiga dimenangi oleh Tiara Enterprise dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang membawa pulang RM3,000 beserta sijil penyertaan.

Sementara itu, pada sidang akhbar, Abdul Rahim berkata, golongan mahasiswa kurang berminat menceburi bidang keusahawanan kerana tidak mempunyai banyak pengalaman dan pendedahan terhadap kerjaya berkenaan.

“Kita perlu membudayakan mereka dengan pemasaran dan keusahawanan bukan saja di dalam kampus tetapi di luar kampus.

“Justeru, kita perlu memberi pendedahan terus kepada pelajar mengenai dunia keusahawanan yang merangkumi aspek pemasaran dan daftar perniagaan,” katanya.

Majlis penutup pertandingan yang julung-julung kali diadakan turut disertai oleh wakil dari DPMM Pusat iaitu Dato’ Mohd Noor Ali Akbar bagi membuktikan komitmen Dewan Perniagaan Melayu Malaysia menyokong saranan Kementerian Pengajian Tinggi mewakili kerajaan bagi menyediakan siswazah yang mampu memperolehi pendapatan tinggi sesuai dengan dasar kerajaan didalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) melahirkan rakyat yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Sumber : Utusan Malaysia


Tuesday, December 21, 2010

Monday, December 20, 2010

Sekitar Kursus Keusahawanan























p/s: Nanti kalau saya berkesempatan, saya buat suatu entry ya. Ok, jumpa lagi =)

Sekian,
Ahmad Bashier

Wednesday, December 8, 2010

Pesanan Untuk Mahasiswa

Berjimatlah, kerana harga minyak naik lagi. Selepas ini, tidak tahu pula apa yang akan naik. Pesanan untuk diri sendiri dan seluruh mahasiswa/i di seluruh kampus di tanah air ini. Syukran. (^_^)v

Sekian,
Ahmad Bashier

Punahnya Aset Hidup

HASRATNYA sentiasa berkobar-kobar untuk belajar, namun diskriminasi dan percaturan hidup keluarganya membuatkan keinginannya terhalang.

"Saya ingin ke sekolah, malangnya keluarga tidak bersetuju. Salahkah jika ingin belajar dan mengubah masa depan menjadi lebih baik? "Kehidupan ini sangat menyakitkan, semuanya terhalang, jadi ke manakah hidup saya akhirnya," luah Laeilita, wanita yang terpaksa menghabiskan seumur hidupnya terikat dengan kongkongan keluarga di sebuah penempatan terpinggir di India.

Dia sebahagian golongan wanita dan kanak-kanak di merata dunia yang dinafikan hak memperoleh pelajaran dengan alasan tidak masuk akal - hanya perlu duduk di ceruk dapur atau menghambakan diri pada lelaki.


Diskriminasi terhadap golongan itu sudah lama wujud hingga menimbulkan persoalan, bagaimanakah nasib golongan itu pada masa depan? Apakah terus diperhambakan atau mempunyai sinar mengubah penghidupan.

  • Foto

    PUNYA KUASA...kuasa pelajar wanita boleh menentukan pembangunan sesebuah institusi atau negara pada masa depan.

  • Foto

    BELAJAR...lelaki menggunakan kuasa vetonya untuk belajar, meninggalkan golongan wanita di belakang atas dasar budaya dan pemikiran lama.

  • Foto

    MERENUNG NASIB...apakah yang akan berlaku sekiranya hak untuk memperoleh pendidikan terus dinafikan.

Pakar sosiologi, Amanda Chapman, berkata pelbagai usaha dilakukan bagi membantu golongan itu, malangnya berdepan kesukaran kerana dilingkari budaya dan pemikiran kuno yang memberi hak kepada golongan tertentu membuat keputusan.


Beliau berkata, kebanyakan wanita dari negara dunia ketiga tidak mampu bersuara meskipun mempunyai keinginan keluar daripada kepompong buta huruf.


"Persoalan harus ditekankan ialah keadaan budaya dan pemikiran yang membelenggu masyarakat itu hingga mengakibatkan kegagalan. Mereka bukan tidak mahu berubah, tapi dibatasi golongan tertentu yang mengawal keseluruhan keputusan.

"Meskipun diberi penerangan dan menjalankan pelbagai usaha, jika mereka menolak, adakah itu dikatakan satu kegagalan?" soalnya.


Isu diskriminasi gender untuk memperoleh pendidikan bukan baru malah bertapak sejak sekian lama.

Bagi pihak tidak berkepentingan, menganggapnya sebagai satu tindakan kejam yang boleh memusnahkan masa depan keseluruhan sistem masyarakat.


Manakala pihak berkepentingan, berang kerana tidak mampu menukar corak dan budaya pemikiran masyarakat.


Beliau berkata, meskipun pendidikan diiktiraf sebagai kelangsungan utama dalam masyarakat, sikap segelintir pihak tidak mahu melihatnya dalam konteks luas sangat dikesali.


"Ada pihak menganggap apabila wanita mempunyai pendidikan tinggi, mereka akan mengambil alih peranan keluarga.


"Mungkin atas alasan itu, mereka dimomokkan dengan pelbagai ugutan. Sangat menyedihkan apabila hak itu dinafikan dengan imaginasi tidak tepat.


"Dalam istilah pendidikan, tiada seorang pun mampu menafikan hak orang lain belajar, malangnya itulah yang melanda sebahagian besar masyarakat dunia," katanya.


Beliau mengakui diskriminasi meninggalkan kesan tentangan psikologi hebat kepada golongan yang inginkan perubahan hidup.


Golongan terbabit, katanya bukan saja memberontak malah mengakibatkan kesan buruk kepada keseluruhan sistem kekeluargaan.


"Konflik dan tekanan daripada dua pihak yang mempunyai pertentangan pendapat pasti akan menimbulkan musibah dahsyat dan memusnahkan satu sistem masyarakat kukuh. Paling ditakuti nyawa melayang hanya kerana ingin mempertahankan maruah.

"Lihatlah betapa sukarnya ingin mengubah satu dasar yang sudah kukuh dibina sejak sekian lama. Masyarakat perlu faham, ia bukan mudah namun usaha perlu dilakukan," katanya.


"Inilah masalahnya apabila lelaki menunjukkan keegoan dan menggunakan kuasa veto hingga wanita tidak mampu berdikari," katanya.


Penyelidik sosial, J A Jacob turut mengakui budaya masyarakat lebih mementingkan anak lelaki menjadi punca wanita terus menjadi mangsa diskriminasi.


Namun, katanya diskriminasi tidak hanya berlaku di negara mundur malah secara global dan latar belakang masyarakat.


"Bagaimanapun setiap diskriminasi ini pasti akan meninggalkan tragedi secara individu atau keseluruhan.


"Musibah ini harus dihentikan kerana dunia memerlukan pendidikan sebagai aset masa depan. Diskriminasi 'membunuh' peradaban manusia secara senyap," katanya.




>INFO:
> Mengikut statistik Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) dua pertiga daripada negara seluruh dunia berdepan masalah pelajar perempuan tidak memperoleh pendidikan sempurna di sekolah rendah dan menengah manakala separuh daripadanya tidak berpeluang mencapai kesetaraan pendidikan menjelang 2015.
> Sementara di Amerika Syarikat, pada 2005, jumlah pelajar perempuan di keseluruhan kolej meningkat lebih lima puluh peratus dan sebanyak enam puluh peratus mengambil ijazah sarjana muda di universiti.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Punahnyaasethidup/Article/index_html