Rakan-Rakan Followers

Friday, July 9, 2010

Peta Untuk Rujukan Siswa/i UM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat selalu ya. Baiklah, pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan peta di Universiti Malaya. Jom kita lihat:


p/s: Kalau anda sesat di UM, jangan lupa buka blog ini untuk melihat destinasi anda ya. Ha! Ha! Ha!, gurau sahaja. =)

Sekian,
Ahmad Bashier

Jom Add Kami Di Facebook


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat-sihat selalu.

Baiklah, entry pada kali ini khas untuk siswa/i daripada Universiti Malaya(UM) dan kepada mereka yang berminat sahaja.

Baiklah, insyaallah pada 2 hingga 8 Ogos sempena Feskum 2010, Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) akan membuka gerai Citarasa Darul Naim (CDN) 2010. Saya selaku pengarah projek CDN 2010 berkenaan berbesar hati sekiranya ada di antara pembaca blog ini dapat meluangkan masa untuk datang ke gerai kami.

Anda boleh melihat segala perkembangan terbaru kami di sini:

Add kami di facebook:

Rasanya itu sahaja untuk entry kali ini. Jumpa lagi di lain entry.

p/s: Tak sabar nak merasa nasi kerabu biru.

Salam CDN 2010,
Ahmad Bashier

Kehidupan Mahasiswa


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga anda semua berada dalam keadaan yang amat sihat selalu ya. Saya doakan anda sihat-sihat sahaja.

Baiklah, pada entry kali ini, saya ingin berkongsi sedikit dengan anda berkaitan dengan kehidupan sebagai seorang siswa dan siswi di IPTA. Saya malas sebenarnya nak tulis panjang-panjang. Saya ringkaskan apa yang boleh anda buat dan tidak boleh buat di IPTA anda. Sangat sesuai untuk mereka yang baru masuk ke dalam kampus:-)

10 Perkara Yang Anda Perlu/Mesti/Boleh Buat:
a) Hadiri kuliah dan tutorial.
b) Siapkan Assignment
c) Buat Ulangkaji.
d) Solat Berjemaah
e) Selalu ke Majlis Ilmu
f) Selalu Berusrah
g) Banyakkan bertanya
h) Urus kewangan dengan bijak
i) Luaskan jaringan persahabatan (networking)
j) Selalu duduk di barisan hadapan sewaktu kuliah dan tutorial

10 Perkara Yang Anda Perlu/Mesti Elakkan:
a) Berfoya-foya tak tentu hala
b) Merokok (membahayakan kesihatan)
c) Bercinta (belum tiba lagi untuk anda, belajar dahulu)
d) Mengumpat/Memfitnah dan seumpama dengannya
e) Menghadiri mana-mana ajaran sesat yang bertopengkan agama
f) Ponteng kuliah dan tutorial
g) Buat perkara lagha dan maksiat
h) Kacau anak dara orang
i) Bergaduh dan seumpama dengannya
j) Sabotaj dan menganggu ketenteraman awam

Ok, itu sahaja perkongsian daripada saya. Sabuah perkongsian yang tidak seberapa untuk diri sendiri dan rakan-rakan pembaca blog.

p/s: Saya nak ucapkan Selamat Datang kepada semua siswa dan siswi baru di IPTA/IPTS seluruh negara terutamanya siswa/i daripada Universiti Malaya (UM). Semoga anda berjaya menempuhi cabaran dan dugaan yang bakal mendatang dengan tabah sekali.

Sekian.

Salam Mahasiswa,
Ahmad Bashier

Beri tumpuan pada Kuliah & pelajaran.-Arsyad Ayub.


6 Julai , KUALA LUMPUR - Mahasiswa, terutama mereka yang baru menjejak kaki ke institusi pengajian tinggi hari ini, diingat supaya tidak mudah terpengaruh dengan keseronokan hidup di kota raya, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada kuliah dan pelajaran.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya (UM), Tan Sri Arshad Ayub berkata, lokasi kebanyakan universiti khususnya UM yang terletak di tengah ibu kota menyebabkan mahasiswa mudah terpengaruh dan terpedaya dengan keseronokan kota yang sia-sia

Beliau berkata, generasi muda masa kini lebih cenderung membuang masa dengan melepak dan berpesta sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai penuntut harapan keluarga.

"Ini termasuk melepak di tempat berstatus tinggi seperti Starbucks, Hard Rock Cafe, Planet Hollywood dan banyak lagi kelab sosial yang boleh mengganggu tumpuan pengajian di universiti," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Minggu Haluansiswa dan Upacara Lafaz Akujanji pelajar baru UM di sini, hari ini.

Arshad berkata, kebebasan yang diperoleh semasa di universiti harus diurus dan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.-UMtoday.

Sumber : Sinar Harian.

p/s: Renung-renungkanlah mesej di sebalik nasihat ini. Terima kasih Tan Sri kerana menasihati kami =)