Rakan-Rakan Followers

Wednesday, December 1, 2010

Mengapa Saya Masuk Islam? - Yusuf Islam

Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.

Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.

Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.

Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.

Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.

Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.

Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.

Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.

Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.

Titik Permulaan

Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.

Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.

Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.

Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.

Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.

Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.

Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.

Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan segala-galanya.

Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.

Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula.

Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."

Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.

Melawat Jerusalem

Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab, "Stevens". Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.

Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.

Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.

Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.

Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.

Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.

Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin!

Sumber: http://www.iluvislam.com/inspirasi/sinar-hidayah/1232-mengapa-saya-masuk-islam-yusuf-islam.html

Perkataan "Kalau"

Perkataan "KALAU"

by Mohamad Zuhairi Abd Hadi on Monday, November 29, 2010 at 2:39am


Tentang seorang yang mengatakan: Kalau dahulu Anda dahulu melakukan begini, tentu tidak akan terjadi demikian." Orang lain yang mendengarnya berujar: "Kata-kata semacam itu sudah dilarang oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. Itu kata-kata yang dapat membawa orang yang mengucapkannya kepada kekufuran." Lalu ada lagi yang beritahu: "Tetapi dalam kisah tentang Musa dan Khidir, Nabi pernah bersabda: "Semoga Allah memberi rahmat kepada Musa. Kalaulah Musa mahu bersabar, tentu Allah akan akan menceritakan lagi kepada kita tentang cerita mereka.." Orang yang lain lagi berdalil dengan sabda Rasulullah: "Mukmin yang kuat itu lebih baik dari mukmin yang lemah," hingga ucapan: "…kerana kata "kalau" itu membuka amalan syaitan." Apakah hukum dalam hadits ini menghapus hukum dalam kisah Musa di atas atau tidak?


Semua yang dikatakan oleh Allah dan Rasul-Nya itu benar. Perkataan 'kalau' itu apabila digunakan sebagai ungkapan kesedihan menyesali yang telah lampau dan kecewa terhadap takdir, itulah yang dilarang, sebagaimana dalam firman Allah:


"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu seperti orang-orang kafir (orang-orang munafik) itu, yang mengatakan kepada saudara-saudara mereka apabila mereka mengadakan perjalanan di muka bumi atau mereka berperang:"Kalau mereka tetap bersama-sama kita tentulah mereka tidak mati dan tidak dibunuh". Akibat (dari perkataan dan keyakinan mereka) yang demikian itu, Allah menimbulkan rasa penyesalan yang sangat di dalam di hati mereka.." (Ali Imraan : 156)


Itulah yang dilarang oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ketika beliau bersabda:"Kalau engkau tertimpa musibah, janganlah engkau mengatakan: "Kalau tadi aku lakukan begini, tentu jadinya akan begini dan begini..". Tapi katakanlah: "Sudah takdir Allah, Allah melakukan apa saja yang Dia kehendaki. Kerana perkataan "kalau," itu membuka amalan syaitan (yakni akan membuka pintu kesedihan dan kekecewaan. Ia berbahaya dan tidak bermanfaat. Tapi ketahuilah, bahawa apa saja yang menimpamu tidak akan pernah meleset. Dan segala yang meleset tidak akan pernah menimpamu. Allah berfirman:


"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali denga izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.." (At-Taghaabun : 11)


Para ulama menjelaskan bahwa yang dimaksud dalam ayat itu adalah seseorang yang tertimpa satu musibah lalu ia menyedari bahawa musibah itu berasal dari Allah, sehingga redha dan berserah diri. Yang kedua, penggunaan perkataan "kalau", untuk menjelaskan satu pengetahuan yang bermanfaat. Seperti firman Allah:


"“Kalau di dalamnya (langit dan bumi) ada tuhan lain selain Allah, maka hancur binasalah langit bumi ini.." (Al-Anbiya : 22)


Bilakah manusia menggunakan perkataan kalau?

  1. Ketika mereka hendak menyatakan harapan: “ Kalau aku besar nanti, aku nak jadi itu, jadi ini…”
  2. Ketika terlepas sesuatu perkara: “ Ish, kalau tadi aku tak buat macam tu kan bagus…”
  3. Ketika merancang dengan sesuatu yang tidak pasti: “ Orang tu kata dia nak derma RM20,000 kepada kita. Jadi, kalau kita dapat RM20,000 ni, kita akan buat…”
  4. Ketika berangan: “ Kalaulah aku ada itu, kalaulah aku ada ini…”

Dan nombor 4 adalah yang paling popular.


Perasan atau tidak, keempat-empat perkara itu mempunyai dua persamaan. Keempat-empatnya menggunakan perkataan kalau. Dan kalau kita perhatikan dengan lebih mendalam, keempatnya berbentuk harapan, dan masih belum menjadi realiti, atau kalau dalam kes no.2, ia berbentuk sesuatu penyesalan atas suatu yang telah terlepas.

Maka kita dapat nampak bahawa, penggunaan kalau ini biasanya digunakan atas suatu yang tiada, masih tiada, atau telah tiada.


Pada saya, siapa yang sering menggunakan ‘kalau’ dalam kehidupannya, maka dia tidak akan ke mana. Hakikatnya, ‘kalau’ itu tidak akan merubah apa-apa dan memberikan apa-apa. Malah, kadang-kadang, ‘kalau’ itu boleh merosakkan diri dan lebih teruk lagi, keimanan kita, terutama dalam kes nombor 2.


Apabila kita hendakkan sesuatu, maka tidak cukup dengan hanya berangan-angan sahaja. Kehendak kita itu mestilah dituruti dengan langkahan usaha. Tidak cukup hanya melafaz ‘kalau nanti…’, ‘kalau nanti…’, sahaja. Mesti ada gerakan, mesti ada perancangan, mesti ada usaha. Kemudian, pastikan kehendak anda itu relevan dengan diri anda. Tidak relevan kepada orang lain tidak mengapa, tetapi mestilah relevan kepada diri kita. Biar orang tidak tahu bagaimana hendak merealitikan cita-cita kita, tetapi kita mesti tahu bagaimana hendak membumikan kehendak kita. Itu yang penting. Bukan sekadar ‘kalau’. Sebab itu hanya angan-angan kosong tanpa buahan hasil.

Ketika merancang pula, ‘kalau’ adalah amat berbahaya.


Sepatutnya, dalam strategi perancangan, kita perlu merancang dengan apa yang ada di dalam tangan. Bukannya dengan benda yang ‘akan’ ada(atau dalam kata lain, masih tiada). Sebab perkara itu belum tentu ada. Contohnya, kita hendak merancang sebuah program. Kemudian kita dengar ada sebuah syarikat bermurah hati, menyatakan hajat mereka untuk menyumbang RM10,000.


Maka, kita, tanpa menunggu RM10,000 itu berada di dalam tangan, kita telah membuat budget dan perancangan dengan jangkaan sebanyak RM10,000. Sedangkan, RM10,000 itu masih belum ada lagi di dalam tangan. ‘Kalau’ dalam bentuk penyesalan juga tidak baik. Contohnya, kita telah melakukan kesilapan tanpa sengaja, atau mungkin, sengaja. Bila kita kesilapan kita itu memberikan kesan, maka mula lah kita menyatakan bahawa “ Kalaulah tadi aku….”, “ Kalau tadi jadi macam lain kan bagus?”…, “ kalaulah tadi tu…” Dan pelbagai kalau lagi akan keluar.


Menyesal memang baik. Sekali dua ‘kalau’ disebut dalam bentuk penyesalan, tidak mengapa. Tetapi, bila penyesalan tadi berubah menjadi ‘kekecewaan’, maka ketahuilah bahawa syaitan sudah mula menarik anda sedikit demi sedikit ke lembah kekufuran. Terutama bila anda mula menyalahkan ALLAH SWT sebagai pemberi TAKDIR.


Sebenarnya, atas suatu perkara yang sudah terjadi, adakah patut kita berlebih-lebihan kecewa ke atasnya? Bukankah ia telah terjadi? Siapakah PEMBERI natijah? Bukankah ALLAH? Siapakah yang mengetahui yang terbaik? Bukankah ALLAH? Jadi kenapa wujud ‘kalau’, ‘kalau’, ‘kalau’ dari mulut kita seakan-akan menyatakan bahawa penyusunan ALLAH itu bukanlah yang terbaik?


Sepatutnya, bukan ‘kalau jadi begini kan bagus,” yang keluar dari mulut kita. Tetapi, penyesalan kepada diri, dan azam untuk tidak mengulangi kesilapan, atau azam untuk tidak berulang perkara yang sama perlu disematkan. Apa guna kecewa atas perkara yang telah berlalu? Sedangkan hayat kita masih terus berjalan, meminta untuk dimanfaatkan. Apakah yang ‘kalau’ boleh lakukan untuk sesuatu perkara yang telah terjadi? ‘Kalau’ tidak boleh merubah apa-apa. Hanya menambah rasa kecewa sahaja.


Rumusan & Ringkasan:

Perkataan ‘KALAU’ ada kalanya baik (dibolehkan malahan digalakkan), dan adakalanya dilarang syarak.

Penggunaan perkataan KALAU yg dilarang ialah: apabila berlaku sesuatu yg buruk atau nasib malang bagi seseorang, lalu dia pun berkata: “Kalau aku tak buat, takkan jadi macam ni…”, dan seumpamanya.penggunaan kalau seperti ini adalah amalan syaitan, sebagaimana dalam hadis sahih muslim menyebut: Nabi bersabda: “Jangan kamu berkata: Kalau aku buat begini, akan jadi begini. Tetapi katakanlah: ini takdir Allah, apa yg dia kehendaki akan berlaku. sesungguhnya ‘kalau’ membuka pintu syaitan.”kenapa ‘kalau’ membuka pintu syaitan?

kerana:

  1. ia membuka pintu kesedihan, penyesalan, dan mungkin kebencian yg payah untuk dihilangkan.
  2. ia merupakan satu adab yg buruk terhadap ALlah yang mentaqdirkan setiap sesuatu.

Manakala penggunaan ‘kalau’ yang dibolehkan: ialah menggunakannya untuk mengajarkan ilmu, atau kebaikan, atau untuk bercita-cita untuk mendapatkan suatu yg baik. maka ia dibolehkan menyebut ‘kalau’.sebagaimana dalam quran dan hadis ada perkataan ‘kalau’ untuk mengajar.

  1. Firman ALlah maksudnya “Kalau di dalamnya (langit dan bumi) ada tuhan lain selain Allah, maka hancur binasalah langit bumi ini.”
  2. Hadis Nabi dalam menyebut kisah Musa dan Khidir: “Kalau Musa sabar, nescaya Allah akan menceritakan lagi kepada kita tentang cerita mereka”

Sumber:

http://www.facebook.com/notes/in-a-relationship-with/perkataan-kalau/148173531897420