Rakan-Rakan Followers

Sunday, May 22, 2011

Tanah Runtuh : 7 Mangsa Dikebumikan Satu Liang Lahad

http://www.bharian.com.my/bharian/PixFront/jenazah.jpg

Hulu Langat, 22.5 : Suasana sayu menyelubungi sekitar Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah Batu 14 bagi menunaikan solat jenazah sebelum dikebumikan selepas Zohor.

Kesemua tujuh jenazah kanak-kanak mangsa tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim Malaysia Madrasah Al-Taqwa di Batu14, Hulu Langat, akan dikebumikan dalam satu liang di tanah perkuburan orang IslamDusun Naning pada pukul 2 petang ini.

Terdahulu lima mayat kanak-kanak iaitu Mohd Azret Azahari, 8; Mohd Zaid Azahari, 14; Mohd Imal Fahad, 9; Mohd Mustakim Mamat, 12 dan Wan Ahmad Hasrim Hazim, 11 sampai di masjid sekitar pukul 10.45 pagi.

Sementara dua lagi mayat terakhir iaitu Dzahir Haziq, 11 dan Mohd Hazim Sapri, 10 selamat
sampai di masjid pada pukul 11.05 pagi.

Pembantu rumah anak-anak yatim berkenaan, Yazid Ishak ketika ditemui berkata baki sembilan lagi mayat yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh telah dituntut oleh waris masing-masing untuk diurus dan dikebumikan.

“Di sini kita akan solat dan kebumikan tujuh jenazah secara bersama…jenazah-jenazah lain sudahpun dituntut waris mereka,” katanya.

Hingga berita ini ditulis, waris tujuh mangsa berkenaan diberi pelung terakhir untuk melihat jenazah sebelum ditutup untuk disolat dan dikebumikan.

Kira-kira 500 orang awam termasuk waris mangsa berada di sekitar kawasan masjid.

Sumber : BERNAMA

p/s: Marilah kita hadiahkan Al-Fatihah buat teman-teman kita. Al-Fatihah~~

1 comment:

  1. Bencana ini pun berpunca daripada tangan manusia itu sendiri yang rakus mengejar pembangunan dan pengurusan alam sekitar yang tidak bersungguh. Banyak lagi retak yang menanti belah di seluruh Malaysia ini. Minta jauh daripada perkara-perkara ini daripada Allah...

    pandangan daripada Penulis Minda Insan. Terima kasih.

    ReplyDelete