Rakan-Rakan Followers

Tuesday, May 11, 2010

Perkongsian Artikel Motivasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan satu sikap yang penting iaitu OPPORTUNIS. Jom kita saksikan..
----------------------------------------------------------
Artikel Pilihan : Kita Harus Oportunis
----------------------------------------------------------
Di dalam perniagaan, kita tidak boleh selalu bersikap 'tunggu & lihat'...saya tak nafikan, kadang kala kita perlu bersikap sebegini terutamanya jika ia melibatkan sesuatu yang baru dan belum pasti.

Namun, sikap sebegini selalunya menyebabkan kita sering ketinggalan akan peluang - peluang yang baik. Ya, bukan mudah untuk mendapat peluang yang kedua kerana kita tak tahu bila ianya akan datang lagi atau kemungkinan besar kita terpaksa membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan lagi peluang tersebut.

Seperti perniagaan internet, ramai yang tahu bahawa ianya adalah model perniagaan yang menguntungkan tetapi tidak ramai yang menceburinya kerana mahu 'tunggu & lihat'.

Kita harus oportunis...oportunis maknanya bijak dan pantas merebut peluang dan melakukannya sebaik mungkin. Ianya mungkin melibatkan risiko, tetapi sebenarnya hanya 2 risiko sahaja yang terlibat:

1) Anda mungkin mengorbankan masa dan wang ringgit pada awalnya, tetapi usaha anda berbaloi apabila anda mengecapi kejayaan akhirnya kerana memanfaatkan peluang yang ada.

2) Anda langsung tak dapat apa - apa, dan kehidupan anda juga tiada perubahan kerana membiarkan peluang pergi begitu sahaja.

Anda boleh nilaikan sendiri, yang mana satu risiko yang anda ingin tanggung...kemudian, fikirkan samada anda ingin menjadi oportunis atau 'tunggu & lihat'...

Ini yang saya dapat simpulkan, jika anda mengamalkan sikap tunggu & lihat', anda akan mula memberi alasan kenapa tidak berjaya :

"ahh..takpelah, itu rezeki dia. Aku belum ada rezeki lagi"

"aku takde produk nak jual, apa boleh buat.."

"Diorang dilahirkan sebagai usahawan, memanglah berjaya.."

Lihat..alasan tersebut hanyalah untuk menyenangkan hati diri sendiri sahaja, tapi hakikatnya jauh di lubuk hati anda pasti mahu berjaya seperti yang lain juga kan? Jadi, jangan biarkan anda menyesal dan menyalahkan orang lain kerana tak mendesak anda untuk merebut peluang baik tersebut kerana ia adalah pilihan anda...

Oleh itu, jadilah seorang yang oportunis...mudah - mudahan, kejayaan di pihak anda.
------------------------------------------------------------
- Artikel tamat -
------------------------------------------------------------

p/s: Artikel ini ditulis oleh rakan IM saya iaitu saudara Julius Salok Kassy sebagai penulis asal melalui laman web www.produkplr.com/blog.

p/s/s: Renung-renungkanlah artikel di atas.

Salam Opportunis:
Ahmad Bashier

No comments:

Post a Comment