
Rakan-Rakan Followers
Monday, February 28, 2011
Misteri Kereta Disimbah Cat

Thursday, February 24, 2011
Tahniah Pro-Mahasiswa UM


Monday, February 21, 2011
Buku Menarik MPMUM

Sesi Kepimpinan MPMUM 08/09 Di Bawah Kepimpinan Promahasiswa Um Dan YDP Ridzuan Mohammad Telah Menerbitkan Sebuah Buku : Benarkah MPMUM Peneraju Perubahan ?
Bagi Menganalisis Kepimpinan Mereka.Buat Mahasiswa UM.
Jika berminat, boleh hubungi saya, Ahmad Bashier. Harga buku ini adalah RM10.Tq =)
Sunday, February 20, 2011
Kenangan Bersama PMKUM

Thursday, February 17, 2011
Kenangan Anjakan Paradigma

Tuesday, February 15, 2011
Kenangan Sewaktu Di KLIA

p/s: Gambar suka duka ketika menghantar seorang sahabat yang melanjutkan pelajaran ke German dalam bidang engineering. Selamat Maju Jaya Sahabatku, Syafiq Nori =)
Sunday, February 13, 2011

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bg Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pd 22-24 nov 2005 memutuskan bhawa amalan merayakan valentine's day tidak pernah dianjurkan dlm Islam.Roh kepercayaan tersebut mempunyai unsur2 kristian dan amalannya yang bercmpur dgn maksiat adalah bercanggah dan dilarang dalam Islam.Oleh itu,amalan meraikan Valentine Day adalah tidak dgalakkan dlm Islam..Ayuh perangi zina & perkara Mungkar.
Sumber: FB kawan =)
Saturday, February 12, 2011
Friday, February 11, 2011
Thursday, February 10, 2011
Suasana di Mesir

Sumber: Dari FB kawan =)
Saturday, February 5, 2011
Bengkel Skill Anjuran Gamis

Bengkel Skill Penerangan GAMIS
Tarikh : 5 FEB 2011
Tempat : Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi
Jam : 9:00 PAGI
TERBUKA KEPADA AHLI GAMIS
RM5 Sahaja...
PENTING : BAWA LAPTOP BERSAMA
9.00 pagi : kedatangan semua ahli
9.30 - 12.30 tghr : bengkel 1 - asas adobe
12.30 tghr - 2.00 ptg : makan tghri dan solat zohor
2.00 - 5.00 ptg : bengkel 2 - asas penulisan
5.00 ptg - 5.30 ptg : solat asar
5.30 - 6.30 ptg : bengkel 3 - asas web dan blog
6.30 ptg - 7.30 ptg : makan malam, bersurai
Tempat : Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi
Jam : 9:00 PAGI
TERBUKA KEPADA AHLI GAMIS
RM5 Sahaja...
PENTING : BAWA LAPTOP BERSAMA
9.00 pagi : kedatangan semua ahli
9.30 - 12.30 tghr : bengkel 1 - asas adobe
12.30 tghr - 2.00 ptg : makan tghri dan solat zohor
2.00 - 5.00 ptg : bengkel 2 - asas penulisan
5.00 ptg - 5.30 ptg : solat asar
5.30 - 6.30 ptg : bengkel 3 - asas web dan blog
6.30 ptg - 7.30 ptg : makan malam, bersurai
Friday, February 4, 2011
MPC umum kadar faedah kekal 2.75 peratus
BANK Negara Malaysia mengekalkan kadar faedah pada paras semasa kerana berpendapat kadarnya kini adalah wajar serta konsisten dengan penilaian semasa prospek pertumbuhan ekonomi dan inflasi.
Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC)nya dalam mesyuaratnya semalam memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR), yang dijadikan penanda aras bank tempatan dalam menentukan kadar faedah masing-masing dikekalkan pada kadar 2.75 peratus.
Bagaimanapun, ia membayangkan kadar itu mungkin tidak dapat dikekalkan pada masa depan berdasarkan arah aliran semasa dana global.
“Perubahan besar dan tidak menentu arah aliran kecairan global telah meningkatkan kecairan dalam sistem kewangan tempatan. Walaupun kecairan dalam sistem kewangan masih boleh diuruskan, alat polisi tambahan seperti keperluan rizab berkanun dan langkah menyediakan pembiayaan berhemah akan ditimbangkan pada masa depan bagi mengelakkan risiko makroekonomi dan kewangan tidak seimbang,” katanya.
Bank Negara berkata, petunjuk terkini ekonomi domestik terarah kepada pengembangan dalam kegiatan sektor swasta, tetapi permintaan luar menerima kesan daripada pertumbuhan global lebih perlahan.
“Menuju ke depan, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar stabil tahun ini, disokong pengembangan kukuh permintaan domestik di sebalik permintaan luar lebih sederhana,” katanya.
Bank pusat itu berkata, perbelanjaan swasta akan disokong pertumbuhan pendapatan dan pekerjaan, manakala tinjauan memberangsangkan sektor berorien-tasikan domestik dan pengembangan industri pertumbuhan baru akan menyediakan sokongan untuk kegiatan pelaburan swasta secara berterusan.
Wednesday, February 2, 2011
Melayu masih perlu bantuan bersaing bangsa lain
KUALA LUMPUR: Masyarakat Melayu di negara ini masih memerlukan ‘tongkat’ ataupun bantuan kerajaan untuk bersaing dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain bagi mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata walaupun ada segelintir orang Melayu mahu ‘tongkat’ dihapuskan dan tidak mahu bergantung terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB), pada hakikatnya Melayu masih ‘tempang’.
Katanya, lebih malang jika golongan Melayu yang mahu menghapuskan ‘tongkat’ itu sedia bergantung kepada orang lain untuk mencapai sesuatu kejayaan diimpikannya.
“Orang Melayu perlu menggunakan tongkat (bantuan) yang disediakan kerajaan untuk melahirkan lebih ramai cerdik pandai, untuk jadi kuat dan kaya. Kita boleh tolak tongkat selepas boleh berdiri atas kaki sendiri.
“Jika kita bergantung kepada orang lain, maka kita akan duduk di bawah pemerintahan mereka dan akan kehilangan kuasa walaupun orang Melayu menjadi Perdana Menteri,” katanya berucap pada wacana ‘Bangsa Melayu dan Masa Depannya’ di sini, semalam.
Program anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) itu turut dihadiri Pemangku Presiden MUBARAK, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman.
Dr Mahathir berkata, perpecahan dikalangan orang Melayu juga mengakibatkan kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu kini menjadi semakin lemah dan tidak boleh bertegas.
Katanya, lebih malang parti politik yang dipimpin pakatan pembangkang hari ini termasuk PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah serius memperjuangkan agama, bangsa dan negara.
Sebaliknya, kewujudan parti ini mengakibatkan perpecahan di kalangan orang Melayu semakin parah dan UMNO juga perlu melakukan pembaharuan selepas lebih 50 tahun mentadbir negara.
Sumber Asal: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melayumasihperlubantuanbersaingbangsalain/Article/index_html
Ulasan: Saya bersetuju dengan pandangan sedemikian. Orang melayu, bangkitlah wahai kaumku. Kita buktikan kepada bangsa lain yang kita BOLEH!!
Subscribe to:
Posts (Atom)