Rakan-Rakan Followers

Wednesday, May 5, 2010

Facebook, LUBUK DUIT??

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat selalu

Bagaimana dengan akaun Facebook anda? Dalam entri ini saya akan mengajar 3 kaedah yang terbukti berkesan jika anda ingin membuat duit melalui Facebook.
Izinkan saya ingatkan anda bahawa hasil tidak akan diperoleh jika anda tidak melakukan sebarang tindakan. Oleh itu, pastikan anda terus bertindak selepas membaca email ini.


Jom saksikan 3 Kaedah yang ingin saya bongkarkan:

======================
Kaedah 1: Affiliate
======================

Sebagai agen affiliate, anda boleh mempromosikan pautan affiliate melalui akaun Facebook iaitu menggunakan fungsi "Wall-post". Namun begitu, disini saya kongsikan sedikit tips supaya anda dapat menghasilkan jualan dalam jangka masa singkat. Apa yang perlu anda lakukan ialah menyorokkan pautan affiliate dengan menggunakan laman web di bawah:

http://www.bit.ly

Selepas itu, lakukan sedikit deskripsi produk yang bakal anda jual bagi mewujudkan rasa ingin tahu pada rakan Facebook yang lain. Di akhir ayat, letakkan pautan bit.ly anda.

Mudah bukan? :-)

========================================
Kaedah 2: Penggunaan Fungsi Marketplace:
========================================

Berita baik untuk anda ialah Facebook menyediakan sebuah platform bagi menjual sebarang produk atau perkhidmatan yang dinamakan "Marketplace". Ia boleh digunakan bagi melakukan sebarang penjualan atau pembelian secara online. Apa yang perlu anda lakukan ialah meletakkan imej produk dan maklumat-maklumat yang berkaitan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari pautan
dibawah:

http://apps.facebook.com/marketplace/

===============================
Kaedah 3: Seminar atau Bengkel
===============================

Kaedah ini amat sesuai jika anda merupakan seorang penganjur seminar, bengkel atau sebarang program. Melalui fungsi 'Event' di dalam laman jaringan sosial Facebook, anda boleh mengintegrasikan program kendalian dengan lebih mudah. Fungsi ini juga dapat membantu anda bagi memantau bilangan peserta yang bakal hadir dan tidak berminat terhadap program yang anda kendalikan.

Pemasaran viral juga akan berlaku sebaik sahaja pengguna Facebook yang lain menekan butang "Attending" di mana aktiviti pengguna tersebut akan tertera di profil Facebok dan rakan-rakan yang lain boleh melihatnya.

==============
Kesimpulannya
==============

Laman jaringan sosial Facebook terbukti dapat memberikan kelebihan kepada anda menambah satu lagi saluran pemasaran melalui fungsi-fungsi yang ada. Saya harap isi kandungan email ini dapat membuka mata anda dalam mencari kaedah buat duit di Facebook. Anda boleh dapatkan Facebook Mania untuk mengorek lebih banyak rahsia bagi menjana pendapatan melalui Facebook.



Nak lihat penerangan lanjut berkaitan dengan rahsia facebook secara maksimum? Saya cadangkan produk yang berkualiti daripada rakan saya, klik sini...

Salam kejayaan,
Ahmad Bashier

p/s: seronok bila dapat tahu semua rahsia melalui facebook
ni. Klik sini: http://tinyurl.com/23j2lv2

Tuesday, May 4, 2010

Satu Teknik Facebook didedahkan!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua, semoga anda berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Pasti anda tertanya-tanya sama ada adakah pemasaran Facebook boleh dilakukan jika anda tiada modal?

Jawapan saya mudah sahaja...

Sudah tentu BOLEH!

Dalam entri ini, saya akan mengajar anda bagaimana untuk melakukan pemasaran tanpa menggunakan modal walaupun satu sen!! Ehem-ehem:-)

Dengan syarat... Ia memerlukan konsistensi!!

1, 2, 3...... Jeng Jeng Jeng..

Pemasaran yang saya maksudkan ini ialah menggunakan fungsi Facebook Notes!!.

========================================
Pemasaran Artikel Melalui Facebook Notes
========================================

Saya yakin anda pasti pernah mendengar teknik pemasaran ini. Namun apakah teknik rahsia yang dapat membantu anda melakukan pemasaran yang efektif?

Rahsianya ialah... "Membantu Rakan Anda Dalam Membuat Keputusan"

Sebagai contoh, saya menjual ebuku motivasi. Maka artikel yang bakal saya kongsikan pada Facebook Notes saya adalah seperti:

- 7 Teknik Meningkatkan Daya Motivasi Anda
- 3 Langkah Mudah Untuk Mencapai Kejayaan Dalam Hidup
- Bagaimana Membina Minda Jutawan

Berdasarkan kajian, penggunaan angka bagi tajuk artikel dapat menarik perhatian pembaca. Oleh itu, saya amat sarankan anda menggunakan angka bagi setiap tajuk artikel.

Di akhir artikel tersebut, Anda boleh letakkan laman web ebuku anda dan menulis ayat persuasif seperti:

"Mohon rujuk laman web ini bagi mengetahui maklumat lanjut"

Walaubagaimanapun, bagi menghasilkan keputusan yang memberangsangkan, Anda perlu lakukan pemasaran ini secara konsisten.

Jika Anda mahu mempelajari lebih banyak teknik pemasaran percuma melalui Facebook, saya ada kongsikan dalam Facebook Mania.
Anda boleh dapatkan Facebook Mania melalui pautan dibawah:


Salam Sukses Daripada Internet Marketer,
Ahmad Bashier

Monday, May 3, 2010

Selamat Datang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
entry pada hari pendek sahaja iaitu penulis ingin berkongsi dengan anda perkara yang membuatkan penulis teruja. Jom kita saksikan:




p/s: penulis membiarkan para pembaca blog sekalian memikirkan apa yang cuba penulis sampaikan di blog ini. Insyaallah lepas ni banyak lagi trik-trik yang penulis ingin kongsikan. Zass~~~:-)

Yang Benar:
Ahmad Bashier

Sunday, May 2, 2010

Ulang Tahun Yang Ke-20

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaaan sihat walafiat hendaknya.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi kerana diberi kesempatan untuk kita hidup lagi di muka bumi ini. Entry pada kali ini adalah ringkas sahaja iaitu penulis ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua rakan-rakan di facebook yang menitipkan ucapan selamat hari jadi kepada penulis dan mendoakan supaya penulis dimurahkan rezeki. Amiin:-)

Baiklah, tanpa membuang masa penulis ingin menyajikan kepada anda semua beberapa ucapan yang dihantar oleh rakan-rakan facebook kepada penulis. Jom kita saksikan:






Saturday, May 1, 2010

Teknik Mudah Facebook

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat.

Alhamdulillah, pada kali ini penulis ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan beberapa cara mudah yang anda boleh gunakan untuk tujuan penjenamaan diri anda di Facebook. Hal ini amat penting kerana selain daripada membina jaringan(networking), anda juga boleh meningkatkan kredibiliti anda itu sendiri. Untuk menjadi seorang Internet Marketer, anda perlu mempunyai akaun facebook anda sendiri. Sebelum itu, penulis ingin tekankan penulis bukanlah otai dalam perniagaan internet ini, penulis hanya seorang pendatang baru (newbie) sahaja. Walaubagaimanapun, rasanya tidak salah untuk penulis kongsikan sedikit pengetahuan yang penulis ada agar kita sama-sama mendapat manfaatnya. Baiklah, penulis hanya tekankan 3 sahaja tips mudah ini iaitu:

a) Gunakan Gambar Profile Yang Terbaik


Perkara ini penting kepada kita semua kerana pandangan pertama(first impression) pengguna facebook di internet ini diperoleh dengan melihat gambar yang diletakkan di profile kita. Penulis menyarankan anda agar meletakkan gambar anda yang terkini untuk memudahkan pengguna di internet tahu bahawa ini merupakan diri anda. Elakkan daripada meletakkan gambar objek seperti gambar kereta besar dan gambar duit. Hal ini penting untuk mengelakkan pengguna facebook melabelkan diri anda sebagai seorang spammer. Wahai sahabatku, bila sekali orang cop kita sebagai spammer, kredibiliti kita akan jatuh. Jadi, sekali lagi penulis ingin berpesan, letakkan gambar anda yang paling cantik di facebook.

b) Tulis Info Anda Dengan Betul dan Tepat

Di ruangan facebook juga terdapatnya satu ruangan yang menarik yang boleh anda tulis. Di ruangan inilah peluang anda untuk mendedahkan siapa diri anda sebenarnya. Sebagai contoh: "Saya sekarang merupakan seorang graduan Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya, sekarang saya bekerja dengan firma yang terbesar di dunia dan mahir dalam menguruskan perkara berkaitan dengan perakaunan dan audit". Itu merupakan contoh sahaja, bila orang lain membaca informasi berkaitan dengan diri anda, mereka akan tahu yang anda merupakan pakar dan mahir dalam selok belok yang berkaitan dengan perakauanan. Jadi, peluang untuk anda untuk mendapatkan pelanggan daripada facebook adalah tinggi. Yang penting jangan sesekali menipu. Dalam islam pun, menipu adalah berdosa taw:-)

c) Letakkan link website anda


Ya, ini juga cara untuk anda mendapatkan pelanggan daripada facebook dengan cepat. Letakkan link yang berkaitan dengan diri anda dan perniagaan anda. Sebagai contoh: letakkan link website anda seperti bashier05.blogspot.com untuk mereka tahu berkaitan dengan diri anda dengan lebih dekat. Selain itu, letakkan link produk anda seperti kadimbasan.blogspot.com supaya mereka tahu yang anda juga mempunyai produk untuk dijual. Berdasarkan pengalaman saya, saya meletakkan link-link yang berkaitan dengan website saya serta link affiliate saya. Ianya memang dapat membantu kita kalau betul caranya. Sekiranya anda tidak mempunyai link, saya cadangkan anda membuat blog anda secara percuma menggunakan blogger.com atau wordpress.com. Kemudian, letakkan link tersebut di profile facebook anda sebagai permulaan.

Itu sahaja teknik mudah yang dapat saya kongsikan kepada anda. Saya tahu ada yang akan mengatakan teknik ini mereka sudah tahu tetapi sejauh mana anda MAHU mempraktikkan apa yang telah saya kongsikan. Semoga perkongsian ini membawa seribu satu kebaikan kepada kita semua. Insyaallah~~

p/s: saya dan penulis adalah orang yang sama ya:-)

Salam Perniagaan Internet:
Ahmad Bashier

Tuesday, April 13, 2010

3 Teknik Pemasaran Yang Berkesan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat.

Alhamdulillah, pada kali ini penulis ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan teknik pemasaran yang berkesan. Entry pada kali ini penulis ingin mendedahkan bukan satu, bukan dua tetapi tiga teknik yang penulis merasakan ianya amat berkesan kepada kita semua. Penulis hanya menyentuh secara kasar sahaja, selebihnya anda sendiri yang carikan. Baiklah, antara teknik pemasaran yang berkesan adalah:

a) Pemasaran Melalui Facebook
Penulis boleh mengatakan bahawa dewasa ini, inilah antara teknik yang paling baik yang pernah penulis jumpa. Mana tidaknya, setiap hari penulis membuka facebook dan sekarang penulis telah menemui rahsia besar bagaimana mahu memaksimakan penggunaan facebook untuk penjenamaan diri, penjenamaan produk dan penjenamaan syarikat. Bukan itu sahaja, di facebook juga merupakan tempat untuk kita menukarkan rakan-rakan kita kepada prospek dan seterusnya kepada pelanggan. Seterusnya, apabila ini berlaku maka anda mampu menjana pendapatan anda melalui medium pemasaran menggunakan facebook. Namun awas, promosi yang membabi buta di facebook akan menyebabkan rakan-rakan anda bosan dengan anda. Oleh itu, bagaimana caranya? Caranya penulis akan merahsiakan terlebih dahulu. Mungkin entry yang akan datang penulis akan berkongsi tips untuk melakukan pemasaran melalui facebook.

b) Pemasaran Melalui Forum
Penulis juga berniat untuk aktif di forum-forum yang berkaitan dengan perniagaan internet. Disebabkan kesuntukan masa, penulis tidak sempat untuk berforum dengan lebih lama. Insyaallah penulis akan lebih aktif berforum sepanjang cuti akhir semester nanti. Ini matlamat penulis untuk menggali lagi ilmu yang berkaitan dengan pemasaran internet. Penulis sudah merancang strategi yang menarik untuk membina kredibiliti penulis di forum. Terima kasih kepada otai-otai internet marketer yang banyak membantu penulis melalui penulisan-penulisan dan produk-produk mereka. Sekarang ini dunia sedang bergerak ke arah dunia yang penuh dengan informasi, jadi produk yang berkaitan dengan informasi semakin laris di internet. Penulis pasti akan mengambil kesempatan ini untuk menjana pendapatan dengan cara yang halal.Insyaallah~

c) Pemasaran Melalui Email
Tahukah anda, perkara pertama yang seseorang lakukan ketika melayari internet adalah dengan membuka email? CUba anda bayangkan apabila email anda dibaca setiap hari oleh subsriber anda? Tentu anda seronok bukan? Perkara ini juga menjadi matlamat penulis iaitu untuk melakukan pemasaran melalui email. Hal ini terbukti kerana ramai otai-otai internet sekarang seperti Ammar Zahar, Lebanon Flarebiz, Zamri Nanyan, Razif Yusof, Jamaluddin Bahari, Smartzul serta ramai lagi otai mempunyai email list yang besar dan hal ini memudahkan mereka semua untuk menghantar email mereka kepada ribuan subsciber mereka dengan hanya satu klik. Rahsianya ialah mereka melanggan autoresponder yang berbayar dan berkualiti tinggi iaitu sama ada aweber ataupun getresponse. Melalui email, mereka dapat berkongsi apa sahaja dengan subscriber mereka kerana 'money is on the list'. Nak tahu caranya, kenalah gali ilmu anda sendiri. Saya pasti anda tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan 'money is on the list' itu sendiri? Hehehe...

Baiklah, cukuplah 3 teknik pemasaran yang penulis dedahkan. Setiap teknik yang penulis senaraikan di atas mempunyai potensi yang tersendiri. Sekiranya anda mahu menjual produk atau servis anda melalui internet, mantapkan dahulu teknik pemasaran anda di internet. Belajarlah dengan orang yang berpengalaman. Penulis juga sekarang ini masih belajar untuk memantapkan lagi ilmu yang berkaitan dengan perniagaan internet terutamanya berkaitan dengan teknik pemasaran. Belajar,belajar, belajar dan praktikkan, insyaallah anda akan berjaya.

Sekian,
Internet Marketer Anda:
Ahmad Bashier

Sunday, March 21, 2010

Pengalaman Berpersatuan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Baiklah pada kali ini penulis ingin berkongsi beberapa perkara yang berlaku pada diri penulis. Sebagai seorang mahasiswa yang aktif, penulis banyak melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti sama ada di dalam atau pun di luar UM. Walaupun bekerja, tanggungjawab sosial perlu dijalankan juga. Baiklah, pada sem 2 ini penulis diberi peluang untuk terlibat dengan beberapa kelab/persatuan di UM iaitu:

a) BALAI ISLAM KKTAZ

Alhamdulillah, penulis telah dilantik menjadi Exco Publisiti untuk Balai Islam Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi(KKTAZ). Memang itu pun tugas yang penulis rasa sesuai dengan penulis. Apa yang penulis lakukan adalah dengan membina blog baru untuk Balai Islam KKTAZ menyampaikan maklumat secara jelas kepada semua penghuni kolej. Selain itu, penulis juga telah membuat satu akaun facebook kepada Balai Islam itu sendiri sebagai satu wadah untuk kami berinteraksi dengan penghuni kolej. Bukan sahaja facebook, malahan akaun twitter juga penulis lakukan. Selain itu, satu lagi cara yang penulis sempat lakukan bersama Balai Islam ialah dengan mengeluarkan satu risalah dakwah kepada penghuni kolej. Namun, disebabkan keterbasan waktu, pengeluaran risalah tersebut tidak dapat diteruskan. Selain itu, papan kenyataan juga sempat penulis cadangkan dan alhamdulillah papan kenyataan tersebut ada juga maklumat dan artikel yang berkaitan dengan islam. Rasanya itu sahaja sumbangan penulis terhadap balai islam. Untuk makluman, penulis juga merupakan AJK untuk projek-projek Balai Islam sepanjang sem ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila lah search 'Balai Islam KKTAZ' di facebook, anda pasti menemuinya. Yosh~~

b) Universiti Malaya Accounting Club (UMAC)
Kelab ini merupakan kelab yang berdaftar di fakulti penulis. Sekali lagi untuk makluman, penulis merupakan seorang mahasiswa Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Jadi, pada sem ini penulis tidak sempat untuk menyertai apa-apa program yang dianjurkan oleh UMAC sebagai Organizing Committee(OC). Penulis hanya sempat menyertai sebagai peserta/ penonton sahaja untuk sem ini. Antara aktiviti UMAC yang penulis pernah sertai adalah Accounting Nite dan Program Solat Hajat dan Interaksi Motivasi(PRIMASH2010). Memang menarik aktiviti yang dianjurkan oleh mereka. Gempak habis!!

c) Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(PMIUM) dan Pro-Mahasiswa

Persatuan ini juga merupakan persatuan paling aktif di Universiti Malaya. Terlalu banyak aktiviti yang dianjurkan oleh mereka. Penulis berkesempatan menjadi Ketua Teknikal sempena Ekspo Produk Halal 2010 anjuran PMIUM ini. Bukan itu sahaja, penulis juga berkesempatan untuk menjadi pengerusi majlis(MC) ketika Annual Grand Meeting(AGM) persatuan ini. Begitu juga dengan Pro-Mahasiswa, penulis berdampingan dengan mereka terutamanya ketika saat-saat getir ketika pilihanraya kampus yang lepas. Seronok dapat menyertai PMIUM dan Pro-M, banyak pemimpin-pemimpin yang hebat yang penulis dapat kenal.


d) PMKUM dan Permadah
PMKUM adalah ringkasan kepada Persatuan Mahasiswa Kelantan UM manakala Permadah merupakan ringkasan kepada Persatuan Mahasiswa Kedah UM. Untuk aktiviti PMKUM, penulis berkesempatan untuk menyertai Kursus Pra-Perkahwinan dan BEngkel ICT ketika HALWA 2010. Bagi Permadah pula, penulis berkesempatan untuk menyertai aktiviti KEM ANDIGMA(ANJAKAN PARADIGAM) 2010 dan . Banyak pengalaman dan ilmu yang diperoleh apabila penulis menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh 2 persatuan anak negeri terbabit.

Kesimpulannya, inilah pengalaman berpersatuan penulis sepanjang sem 2 penulis di UM ini. Ada satu lagi pengalaman menarik, penulis diberi kesempatan untuk mengetuai bacaan doa ketika MALAM GEMILANG SEPULUH(MGS) anjuran JTK/JIK KKTAZ. Terima kasih kepada semua pihak kerana memberikan pengalaman yang sungguh berguna kepada penulis sepanjang penulis berada di UM ini.

Salam Berpersatuan:
Ahmad Bashier

Thursday, March 4, 2010

AKU BERGELAR MAHASISWA YANG BEKERJAYA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Alhamdulillah, pada kali ini kita dipertemukan lagi di blog yang begitu indah ini (ececeh, angkat bakul pulak mamat ni). Hehe, pada kali ini penulis ingin berkongsi dengan anda pengalaman penulis selama beberapa bulan bergelar seoarang mahasiswa UM yang bekerjaya. Wah, gelaran baru yang penulis berikan pada diri penulis. Tak kisah lah kan gelarkan diri yang baik-baik kepada diri sendiri.

Baiklah, sebagai seorang mahasiswa di salah sebuah universiti yang terbaik di dunia, penulis perlu lah menjadi yang terbaik juga dalam kalangan yang terbaik. Memang itu pun yang penulis mahukan, menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Bak kata orang putih: Be The Best Among The Best!!

Pada tahun 2010 ini penulis telah membuat langkahan yang berani a.k.a anjakan paradigma dalam diri penulis apabila menceburkan diri dalam bidang pendidikan ini. Alhamdulillah, penulis diberi kesempatan untuk mendidik anak bangsa penulis di Pusat Tuisyen Tunas di Saujana Utama. Selain itu, penulis juga mengajar seseorang di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Alhamdulillah, setakat ini penulis berjaya mengharungi semua cabaran ini dengan baik.

Tentu anda pelik boleh ke penulis membahagikan masa antara belajar dan mengajar? Jawapannya boleh sekiranya kita pandai membahagikan masa. Inilah kemahiran yang perlu penulis ada untuk berjaya dalam dua-dua bidang ini. Penulis gembira kerana rakan-rakan dan keluarga memahami situasi yang dialami penulis. Baiklah sekarang penulis ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan jadual penulis sepanjang penulis bergelar mahasiswa dan cikgu tuisyen. Jom kita saksikan:

Isnin hingga Jumaat:
Pagi: Menghadiri Kuliah
Petang: Menghadiri Kuliah/Tutorial
Malam: Tuisyen

Sabtu:
Balik Rumah

Ahad:
Balik UM

Begitulah jadual penulis secara ringkasnya. Pada sebelah siang seperti biasa tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa mesti ditunaikan. Mesti menghadiri kuliah, tutorial dan yang sewaktu dengannya. Pada sebelah malam baru penulis mengajar. Tetapi itu pun hanya pada hari isnin, khamis dan jumaat malam. Alhamdulillah, setakat ini jadual berjalan seperti biasa. Cuma untuk exam week penulis perlu tangguhkan dahulu buat sementara waktu kerana ingin menumpukan perhatian pada pelajaran. Oops, penulis juga akan balik ke rumah setiap minggu sama ada pada hari sabtu atau hari ahad bergantung kepada masa penulis 'free'. Yelah, Belajar-belajar juga, kerja-kerja juga, keluarga jangan lupa!!

p/s: Pesanan penulis kepada sahabat, tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai seorang anak yang soleh:-)

Salam Mahasiswa Bekerjaya:
Ahmad Bashier

Friday, February 19, 2010

3 Barang Wajib (Tambahan)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat.

Baiklah, pada kali ini penulis ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan beberapa barang yang amat penting bagi penulis untuk meneruskan kelangsungan hidup. Post ini merupakan post tambahan kepada post yang sebelumnya. Jika di post yang sebelumnya, penulis ada berkongsi dengan anda 3 perkara yang penulis perlu iaitu Laptop, Handphone,dan Broadband, tetapi pada kali ini penulis ingin berkongsi dengan anda tambahan 3 lagi perkara yang amat penting dalam kehidupan penulis iaitu:
a) Kereta
Ya, kereta sangat penting bagi penulis. Sekarang ini alhamdulillah penulis mempunyai sebuah Perodua Kancil yang digunakan untuk pergi ke kuliah, ke kelas tuisyen dan ke tempat-tempat yang berfaedah. Kereta kancil ini juga walaupun sudah lama namun penulis tetap menyayanginya kerana banyak sangat berjasa pada penulis. Sebagai menghargai kenderaan ini, penulis telah menukar tayarnya yang agak kritikal kepada yang baru. Walaupun terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang besar, namun penulis agak seronok kerana kenderaan tersebut semakin bertenaga dan selamat untuk dibawa. Doakan penulis semoga dapat kekal lama dengan kenderaan tersebut.:-)

b) Cermin Mata
Ya, sekarang power penulis adalah tinggi iaitu 500++, jadi jika penulis tidak mempunyai cermin mata, agak sukar untuk penulis melakukan kerja-kerja seharian. Sehingga hari ini, cermin mata penulis yang baru dibeli tahun lepas tidak pernah lagi rosak. Nasihat penulis, jagalah kesihatan mata anda dengan betul. Bersama-samalah kita renungi kata-kata ini 'Prevention is better than cure' atau ini 'mencegah itu lebih baik daripada mengubati'

c)Pendrive
Untuk pengetahuan anda semua, kali ini penulis ingin mendedahkan kepada anda semua di manakah penulis menyimpan pendrive? Cuba anda teka dimana? Apa? Dalam Kereta? Dalam Poket? Salahlah, penulis menyimpannya di dalam dompet penulis. Persoalannya mengapa menyimpan di dalam dompet? Ini disebabkan oleh pendrive itu kecil dan mudah untuk penulis menyimpannya di dalam dompet yang agak sederhana ruangnya.

Itu sahaja daripada penulis.
Sekian:
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

Thursday, February 18, 2010

3 Barang Wajib

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat.

Baiklah, pada kali ini penulis ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan beberapa barang yang amat penting bagi penulis untuk meneruskan kelangsungan hidup. Jom kita saksikan:

Laptop
Laptop sangat penting bagi penulis untuk digunakan dalam perniagaan dan dalam pelajaran.Hal ini kerana hampir setiap hari penulis menggunakan laptop untuk pelbagai tujuan. Jika dilihat dari sudut perniagaan, penulis akan menulis apa-apa sahaja idea yang datang dalamNotepad. Selain itu, penulis juga akan menaip apa sahaja yang difikirkan sesuai. Contohnya,update blog, berfacebook, berforum serta membaca akhbar online. Jika dilihat dari sudut pelajaran pula, penulis akan menggunakan laptop untuk mencari informasi berkaitan dengantugasan, menyiapkan slide presentation serta menghubungi rakan-rakan melalui YM. Sebenarnya banyak lagi kelebihan laptop yang penulis gunakan seperti mendengar lagu, melihat cerita,mengedit gambar serta membaca ebook. Sangat Menarik:-)

Handphone
Penulis akui bahawa handphone penulis tidaklah mahal seperti yang disangkakan. Walaupun mendapat biasiswa JPA,penulis merasakan masih terlalu awal untuk penulis membeli handphone berjenama mahal. Penulis merasakan sudah memadai untuk penulis mempunyai handphone yang murah asalkan penulis boleh memberi mesej@sms, call orang, boleh tengok masa, boleh
buat reminder dan ada fungsi calculator. Itu sahaja lah kegunaan penulis untuk handphone yang penulis ada ketika ini. Insyaallah jika penulis dimurahkan rezeki penulis akan membeli juga telefon baru. Rakan-rakan mahasiswa/i penulis pun sudah bising dah dengan gaya penulis yang amat sederhana ini sehingga dikatakan penulis ini KEDEKUT:-)

Broadband
Ya, broadband sudah menjadi satu keperluan kepada penulis.Ini kerana penulis sangat bergantung kepada penggunaan internet saban hari. Tentu anda tertanya-tanya bukan, broadband apa yang penulis guna? Penulis menggunakan broadband P1 Wimax. POtong Jangan Tak Potong. Hanya RM49 sebulan.

Itu sahaja 3 perkara yang penting untuk meneruskan lagi kelangsungan hidup saya.Insyaallah saya akan kongsikan lagi beberapa perkara penting dalam hidup saya. Jadi, rajin-rajinlah datang menziarahi blog saya ini ya:-)

Sekian
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi