Rakan-Rakan Followers

Thursday, March 4, 2010

AKU BERGELAR MAHASISWA YANG BEKERJAYA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Alhamdulillah, pada kali ini kita dipertemukan lagi di blog yang begitu indah ini (ececeh, angkat bakul pulak mamat ni). Hehe, pada kali ini penulis ingin berkongsi dengan anda pengalaman penulis selama beberapa bulan bergelar seoarang mahasiswa UM yang bekerjaya. Wah, gelaran baru yang penulis berikan pada diri penulis. Tak kisah lah kan gelarkan diri yang baik-baik kepada diri sendiri.

Baiklah, sebagai seorang mahasiswa di salah sebuah universiti yang terbaik di dunia, penulis perlu lah menjadi yang terbaik juga dalam kalangan yang terbaik. Memang itu pun yang penulis mahukan, menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Bak kata orang putih: Be The Best Among The Best!!

Pada tahun 2010 ini penulis telah membuat langkahan yang berani a.k.a anjakan paradigma dalam diri penulis apabila menceburkan diri dalam bidang pendidikan ini. Alhamdulillah, penulis diberi kesempatan untuk mendidik anak bangsa penulis di Pusat Tuisyen Tunas di Saujana Utama. Selain itu, penulis juga mengajar seseorang di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Alhamdulillah, setakat ini penulis berjaya mengharungi semua cabaran ini dengan baik.

Tentu anda pelik boleh ke penulis membahagikan masa antara belajar dan mengajar? Jawapannya boleh sekiranya kita pandai membahagikan masa. Inilah kemahiran yang perlu penulis ada untuk berjaya dalam dua-dua bidang ini. Penulis gembira kerana rakan-rakan dan keluarga memahami situasi yang dialami penulis. Baiklah sekarang penulis ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan jadual penulis sepanjang penulis bergelar mahasiswa dan cikgu tuisyen. Jom kita saksikan:

Isnin hingga Jumaat:
Pagi: Menghadiri Kuliah
Petang: Menghadiri Kuliah/Tutorial
Malam: Tuisyen

Sabtu:
Balik Rumah

Ahad:
Balik UM

Begitulah jadual penulis secara ringkasnya. Pada sebelah siang seperti biasa tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa mesti ditunaikan. Mesti menghadiri kuliah, tutorial dan yang sewaktu dengannya. Pada sebelah malam baru penulis mengajar. Tetapi itu pun hanya pada hari isnin, khamis dan jumaat malam. Alhamdulillah, setakat ini jadual berjalan seperti biasa. Cuma untuk exam week penulis perlu tangguhkan dahulu buat sementara waktu kerana ingin menumpukan perhatian pada pelajaran. Oops, penulis juga akan balik ke rumah setiap minggu sama ada pada hari sabtu atau hari ahad bergantung kepada masa penulis 'free'. Yelah, Belajar-belajar juga, kerja-kerja juga, keluarga jangan lupa!!

p/s: Pesanan penulis kepada sahabat, tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai seorang anak yang soleh:-)

Salam Mahasiswa Bekerjaya:
Ahmad Bashier

No comments:

Post a Comment