semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
Baiklah pada kali ini penulis ingin berkongsi beberapa perkara yang berlaku pada diri penulis. Sebagai seorang mahasiswa yang aktif, penulis banyak melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti sama ada di dalam atau pun di luar UM. Walaupun bekerja, tanggungjawab sosial perlu dijalankan juga. Baiklah, pada sem 2 ini penulis diberi peluang untuk terlibat dengan beberapa kelab/persatuan di UM iaitu:
a) BALAI ISLAM KKTAZ
Alhamdulillah, penulis telah dilantik menjadi Exco Publisiti untuk Balai Islam Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi(KKTAZ). Memang itu pun tugas yang penulis rasa sesuai dengan penulis. Apa yang penulis lakukan adalah dengan membina blog baru untuk Balai Islam KKTAZ menyampaikan maklumat secara jelas kepada semua penghuni kolej. Selain itu, penulis juga telah membuat satu akaun facebook kepada Balai Islam itu sendiri sebagai satu wadah untuk kami berinteraksi dengan penghuni kolej. Bukan sahaja facebook, malahan akaun twitter juga penulis lakukan. Selain itu, satu lagi cara yang penulis sempat lakukan bersama Balai Islam ialah dengan mengeluarkan satu risalah dakwah kepada penghuni kolej. Namun, disebabkan keterbasan waktu, pengeluaran risalah tersebut tidak dapat diteruskan. Selain itu, papan kenyataan juga sempat penulis cadangkan dan alhamdulillah papan kenyataan tersebut ada juga maklumat dan artikel yang berkaitan dengan islam. Rasanya itu sahaja sumbangan penulis terhadap balai islam. Untuk makluman, penulis juga merupakan AJK untuk projek-projek Balai Islam sepanjang sem ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila lah search 'Balai Islam KKTAZ' di facebook, anda pasti menemuinya. Yosh~~
b) Universiti Malaya Accounting Club (UMAC)
Kelab ini merupakan kelab yang berdaftar di fakulti penulis. Sekali lagi untuk makluman, penulis merupakan seorang mahasiswa Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Jadi, pada sem ini penulis tidak sempat untuk menyertai apa-apa program yang dianjurkan oleh UMAC sebagai Organizing Committee(OC). Penulis hanya sempat menyertai sebagai peserta/ penonton sahaja untuk sem ini. Antara aktiviti UMAC yang penulis pernah sertai adalah Accounting Nite dan Program Solat Hajat dan Interaksi Motivasi(PRIMASH2010). Memang menarik aktiviti yang dianjurkan oleh mereka. Gempak habis!!
c) Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(PMIUM) dan Pro-Mahasiswa
Persatuan ini juga merupakan persatuan paling aktif di Universiti Malaya. Terlalu banyak aktiviti yang dianjurkan oleh mereka. Penulis berkesempatan menjadi Ketua Teknikal sempena Ekspo Produk Halal 2010 anjuran PMIUM ini. Bukan itu sahaja, penulis juga berkesempatan untuk menjadi pengerusi majlis(MC) ketika Annual Grand Meeting(AGM) persatuan ini. Begitu juga dengan Pro-Mahasiswa, penulis berdampingan dengan mereka terutamanya ketika saat-saat getir ketika pilihanraya kampus yang lepas. Seronok dapat menyertai PMIUM dan Pro-M, banyak pemimpin-pemimpin yang hebat yang penulis dapat kenal.
d) PMKUM dan Permadah
PMKUM adalah ringkasan kepada Persatuan Mahasiswa Kelantan UM manakala Permadah merupakan ringkasan kepada Persatuan Mahasiswa Kedah UM. Untuk aktiviti PMKUM, penulis berkesempatan untuk menyertai Kursus Pra-Perkahwinan dan BEngkel ICT ketika HALWA 2010. Bagi Permadah pula, penulis berkesempatan untuk menyertai aktiviti KEM ANDIGMA(ANJAKAN PARADIGAM) 2010 dan . Banyak pengalaman dan ilmu yang diperoleh apabila penulis menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh 2 persatuan anak negeri terbabit.
Kesimpulannya, inilah pengalaman berpersatuan penulis sepanjang sem 2 penulis di UM ini. Ada satu lagi pengalaman menarik, penulis diberi kesempatan untuk mengetuai bacaan doa ketika MALAM GEMILANG SEPULUH(MGS) anjuran JTK/JIK KKTAZ. Terima kasih kepada semua pihak kerana memberikan pengalaman yang sungguh berguna kepada penulis sepanjang penulis berada di UM ini.
Salam Berpersatuan:
Ahmad Bashier
No comments:
Post a Comment