Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat.
Alhamdulillah, pada kali ini penulis ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan beberapa cara mudah yang anda boleh gunakan untuk tujuan penjenamaan diri anda di Facebook. Hal ini amat penting kerana selain daripada membina jaringan(networking), anda juga boleh meningkatkan kredibiliti anda itu sendiri. Untuk menjadi seorang Internet Marketer, anda perlu mempunyai akaun facebook anda sendiri. Sebelum itu, penulis ingin tekankan penulis bukanlah otai dalam perniagaan internet ini, penulis hanya seorang pendatang baru (newbie) sahaja. Walaubagaimanapun, rasanya tidak salah untuk penulis kongsikan sedikit pengetahuan yang penulis ada agar kita sama-sama mendapat manfaatnya. Baiklah, penulis hanya tekankan 3 sahaja tips mudah ini iaitu:
a) Gunakan Gambar Profile Yang Terbaik
Perkara ini penting kepada kita semua kerana pandangan pertama(first impression) pengguna facebook di internet ini diperoleh dengan melihat gambar yang diletakkan di profile kita. Penulis menyarankan anda agar meletakkan gambar anda yang terkini untuk memudahkan pengguna di internet tahu bahawa ini merupakan diri anda. Elakkan daripada meletakkan gambar objek seperti gambar kereta besar dan gambar duit. Hal ini penting untuk mengelakkan pengguna facebook melabelkan diri anda sebagai seorang spammer. Wahai sahabatku, bila sekali orang cop kita sebagai spammer, kredibiliti kita akan jatuh. Jadi, sekali lagi penulis ingin berpesan, letakkan gambar anda yang paling cantik di facebook.
b) Tulis Info Anda Dengan Betul dan Tepat
Di ruangan facebook juga terdapatnya satu ruangan yang menarik yang boleh anda tulis. Di ruangan inilah peluang anda untuk mendedahkan siapa diri anda sebenarnya. Sebagai contoh: "Saya sekarang merupakan seorang graduan Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya, sekarang saya bekerja dengan firma yang terbesar di dunia dan mahir dalam menguruskan perkara berkaitan dengan perakaunan dan audit". Itu merupakan contoh sahaja, bila orang lain membaca informasi berkaitan dengan diri anda, mereka akan tahu yang anda merupakan pakar dan mahir dalam selok belok yang berkaitan dengan perakauanan. Jadi, peluang untuk anda untuk mendapatkan pelanggan daripada facebook adalah tinggi. Yang penting jangan sesekali menipu. Dalam islam pun, menipu adalah berdosa taw:-)
c) Letakkan link website anda
Ya, ini juga cara untuk anda mendapatkan pelanggan daripada facebook dengan cepat. Letakkan link yang berkaitan dengan diri anda dan perniagaan anda. Sebagai contoh: letakkan link website anda seperti bashier05.blogspot.com untuk mereka tahu berkaitan dengan diri anda dengan lebih dekat. Selain itu, letakkan link produk anda seperti kadimbasan.blogspot.com supaya mereka tahu yang anda juga mempunyai produk untuk dijual. Berdasarkan pengalaman saya, saya meletakkan link-link yang berkaitan dengan website saya serta link affiliate saya. Ianya memang dapat membantu kita kalau betul caranya. Sekiranya anda tidak mempunyai link, saya cadangkan anda membuat blog anda secara percuma menggunakan blogger.com atau wordpress.com. Kemudian, letakkan link tersebut di profile facebook anda sebagai permulaan.
Itu sahaja teknik mudah yang dapat saya kongsikan kepada anda. Saya tahu ada yang akan mengatakan teknik ini mereka sudah tahu tetapi sejauh mana anda MAHU mempraktikkan apa yang telah saya kongsikan. Semoga perkongsian ini membawa seribu satu kebaikan kepada kita semua. Insyaallah~~
p/s: saya dan penulis adalah orang yang sama ya:-)
Salam Perniagaan Internet:
Ahmad Bashier
No comments:
Post a Comment