Beliau berkata, dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.
Hashim yang dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini.Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Dis lalu, menjadikan RM2.30 seliter.
Kenaikan esok tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.
Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini. - BERNAMA
Ulasan:
Rasanya kenaikan harga minyak ini akan menaikkan harga barangan lain. Jika keadaan ini tidak dapat dikawal, saya pasti tekanan rakyat akan capai ke kemuncaknya. Diharapkan pihak kerajaan dan PDAM lebih rasional dalam membuat keputusan. Kepada rakyat Malaysia, bersabarlah, mungkin ada hikmahnya di sebalik kenaikan ini.
Sekian,
Ahmad Bashier
No comments:
Post a Comment