KUALA LUMPUR: Seramai 183,664 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diberikan tawaran kadar kos pentadbiran sebanyak satu peratus telah menghantar maklum balas kepada perbadanan itu, kata Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said.
Beliau berkata seramai 800,000 peminjam akan ditawarkan dengan tawaran itu di mana sehingga kini perbadanan itu telah memaklumkannya kepada 500,000 peminjam melalui surat dan poskad.
Katanya kerajaan yang prihatin dengan aduan peminjam mengenai caj pelarasan PTPTN sehingga lima peratus sebelum ini yang dikatakan membebankan pembayaran semula, telah menyelaraskannya sehingga menjadi satu peratus pada 2008.
"Kata lima peratus tinggi, kita turunkan kepada empat peratus, tinggi, kita turun kepada tiga peratus tinggi, jadi kita bincang dan kabinet telah putuskan kita turunkan kepada satu peratus," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Terdahulu, beliau menyampaikan cek pelarasan kos pentadbiran daripada tigaperatus kepada satu peratus kepada lapan pelajar Institusi Pengajian Tinggi(IPT)yang terpilih.
Ismail berkata PTPTN akan cuba membantu bekas peminjam yang telah disenarai hitamkan oleh Jabatan Imigresen.
"Kenapa sampai dia (peminjam) disenaraihitamkan? Apa masalah dia? Apakeupayaan dia untuk membuat bayaran? Maknanya kita jemput dia datang berbincangdengan kita," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment