Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga anda semua berada dalam keadaan yang amat-amat sihat.
Kalau tak sihat, pergi lah makan ubat.
Kalau tak ada ubat, pergi lah jumpa doktor
Kalau tak ada doktor, pergi lah blog saya ini,
confirm boleh jadi sihat, gurau sahaja kawan. Hohoho..
Apa-apa pun, jagalah kesihatan tu,
Nanti kalau dah sihat, boleh berbakti kepada diri sendiri, keluarga, agama dan negara.
Ok, pada kali ini saya nak cerita best ni. Cerita berkaitan dengan sesuatu yang amat best. Insyaallah. Kalau orang lain cuti diorang hanya tidur, makan minum dan lepak-lepak tak tentu arah. Jumpa kawan-kawan tengok wayang, makan-makan, gosip sini sana. Hoho, tu lah remaja zaman sekarang kalau dah cuti sem. Saya dulu pun macam tu juga, tapi sekarang saya dah berubah.
Kenapa dah berubah? Umur saya kan dah semakin meningkat, jadi cara hidup pun kenalah meningkat juga. Budaya hedonisme dan materialistik perlulah dielakkan. Cuti ni banyak perkara baru yang saya pelajari, pelbagai ilmu yang saya tahu dan semestinya pelbagai ilmu yang saya tak tahu lagi. Banyak pengalaman baru juga yang saya dapat dan banyak pengalaman baru juga yang akan saya perolehi:-)
Baiklah, tentu anda tertanya-tanyakan, apa benda pengalaman baru dan ilmu baru tu? Penting sangat ke ilmu tu? Saya katakan ianya amat penting kerana melalui ilmu dan pengalaman tersebut ianya dapat membantu saya untuk tambahkan pendapatan saya.
Anda pernah dengar apa itu SOHO? Kalau tak pernah dengar mari saya kongsikan. Kalau dah pernah dengar, betulkan saya sekiranya saya tersilap informasi atau tersalah fakta. SOHO adalah singkatan kepada small office home office. Saya tak nak terang panjang-panjang, apa yang saya nak beritahu adalah SOHO boleh diaplikasikan oleh setiap rakyat Malaysia dan semestinya saya sebagai seorang mahasiswa.
Konsep SOHO ini sebenarnya masih baru dalam kalangan mahasiswa di IPTA. Mungkin juga dah ada mahasiswa dan mahasiswi yang lakukan secara senyap-senyap. Itu saya tak tahu. Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah saya kini bekerja sendiri di rumah. Oops, jangan lupa ya, tuisyen saya masih lakukan. Selain tuisyen, masa saya sekarang banyak dihabiskan dengan bisnes saya dari rumah. Tentu anda tertanya-tanya saya jual apa di rumah? Buka kedai ke? Oh tidak kawan, saya tidak mempunyai kedai tetapi saya mempunyai rumah. Hoho, lebih tepat lagi bekerja dari katil di rumah! Kan best bunyinya tu.
Ok, malas nak meleret-leret, apa yang saya buat ya? Ok, sebenarnya macam-macam yang saya buat, tetapi saya tak nak senaraikan semua. Anda nak tahu, anda cari sendiri. Apa yang saya nak kongsikan adalah saya jual barang fizikal melalui rumah!! Barang apakah itu wahai bashierrrunn? Barang terbabit adalah Kad Imbasan Bahasa Arab. Dahulu saya hanya menjualnya secara offline, kini dengan adanya kemudahan internet, segala-galanya mudah. Jual melalui internet lah kawan, tinggal di rumah setahun pun masih lagi dapat ongkos dong! Kan menarik bunyinya tu:-)
Hoho, tapi anda perlu serius lah, jangan main-main. Nak bina perniagaan sendiri bukan senang, tetapi ianya mudah sekiranya anda ada ILMU, KEMAHIRAN, MENTOR dan SISTEM. Itu yang penting. Saya sendiri pun sekarang ambil masa untuk bina betul-betul bisnes saya. Pada usia muda inilah peluang saya untuk belajar macam-macam. Baik, saya akan tunjukkan langkah- langkah yang saya lakukan untuk bina bisnes saya ini iaitu:
a) Anda perlu mempunyai produk atau servis untuk dijual. Dalam kes saya, saya pilih produk fizikal iaitu Kad Imbasan Bahasa Arab. Stok ini ada di rumah saya. Sangat banyak!!
b) Anda perlu mempunyai blog/website untuk produk anda terbabit. Dalam kes saya, saya mempunyai minisite yang sangat cantik iaitu http://kadimbasan.com/
Minisite inilah yang akan bantu anda dalam perniagaan nanti. Minisite ini akan jadi jurucakap kepada anda. Buat sekali je orang lain akan tengok banyak kali.
c) Anda perlu mempunyai teknik pemasaran yang ampuh. Ini penting. Dalam kes saya, saya gunakan teknik pemasaran blog dan teknik pemasaran facebook. Saya tak nak dedahkan rahsia ini lebih terperinci, anda nak tahu anda cari sendiri kat sini. Kalau saya rajin, saya akan dedahkan juga suatu hari nanti dengan lebih terperinci. Sabar ya:-)
d) Anda perlu mempunyai sistem anda yang tersendiri. Dalam bisnes saya ini, saya mempunyai sistem dan saya perlu ikut sistem yang saya jalankan. Antara sistem yang penting ialah cara pelanggan membayar kad imbasan tersebut sekiranya mereka berminat dan cara saya menghantar kad imbasan saya kepada pelanggan saya tersebut. Apa yang saya lakukan ialah saya buat satu page tempahan untuk diisi oleh pelanggan. Sekiranya mereka berminat, mereka perlu membayar harga kad imbasan tersebut kepada saya iaitu melalui bank transfer/bank in di akaun maybank dan akaun CIMB saya. Penghantaran produk kepada pelanggan pula melalui pos ekspress.
Ok, masa cuti ni lah saya ambil peluang untuk beli domain, hosting dan outsource designer saya untuk mendesignkan minisite yang sangat cantik ini. OOowh. untungnya kawan:-)
Ha, cukuplah 4 perkara yang saya sebutkan tersebut. Nanti nak kongsi banyak-banyak, risau pening kepala pula pengunjung blog saya nanti. Hehe:-)
Ok, kalau tak faham, boleh tanya direct pada saya. Kalau dah faham, praktikkanlah ya:-)
Hohoho:-)
Biarlah apa orang nak kata apabila anda ingin berbisnes. Yang penting anda tahu apa yang anda lakukan. Pedulikan kata-kata sinis daripada orang di sekeliling anda. Alang-alang berbisnes, biarlah dapat untung. Kalau rugi pun, anda masih lagi untung. Untung sebab anda dapat sesuatu daripada kerugian anda terbabit.
Rasanya itu sahaja daripada saya. Kalau nak lihat minisite terbaru saya, lihat di sini:
Salam Keusahawanan,
Ahmad Bashier
wahh congrats bashier,,mmg sorg y berwawasan.all d best ya my junior :)
ReplyDelete