Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog. Semoga berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja ya. J
Baiklah, pada entry kali ini saya hanya ingin berkongsi dengan anda aktiviti saya ketika cuti ini. Untuk makluman anda, saya sekarang sedang bercuti selama 2 bulan setengah sebelum meneruskan kembali pengajian saya pertengahan bulan julai ini. Jadi apa yang berlaku pada saya dalam masa terdekat ini adalah:
Kursus Induksi Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya(PMKUM)
Alhamdulillah, pada 7 hingga 9 Mei yang lepas, saya diberi kesempatan dan ruang waktu untuk mengikuti satu kursus induksi anjuran PMKUM. Kursus ini merupakan kursus yang amat penting kepada kami semua kerana kursus ini akan menentukan visi, misi, objektif, strategi dan hala tuju PMKUM dalam memacu perjalanan ke peringkat yang lebih tinggi. Saya juga ditaklifkan sebagai Exco Ekonomi dan Keusahawanan dalam barisan kepimpinan PMKUM kali ini. Saya percaya dengan taklifan yang diberi ini mampu membawa PMKUM mencapai misi dan menghampiri visi yang dilaksanakan. Insyaallah, saya akan memberi komitmen yang sepenuhnya dalam apa sahaja program yang PMKUM laksanakan. “Cakno Belako Puok Kito” merupakan satu trademark yang mempunyai maksud yang mendalam dalam menyatupadukan semua anak-anak Kelantan di Universiti Malaya ini.
Berhiijrah ke Rumah Baru
Sebaik sahaja habis peperiksaan akhir,saya bergegas pulang ke rumah baru. Alhamdulillah, sekarang saya telah berpindah ke Sungai Buloh Country Resort(SBCR), Saujana Utama. Walaubagaimanapun, saya tetap akan pergi dan singgah ke rumah lama saya di Kota Damansara. Doakan supaya penghijrahan ini mampu membawa anjakan paradigma yang tinggi kepada saya dalam menggapai impian setinggi langit. Saya berasa seronok berada di tempat baru ini kerana ianya memberi peluang kepada saya melihat keagungan ilahi disamping dapat memenuhi hobi baru saya iaitu berenang, bersenam di gym dan menaiki kuda. Memang berbaloi-baloi berada di tempat baru ini.
Mengembangkan Perniagaan Ke Peringkat Yang Lebih Tinggi
Inilah target saya dalam cuti ini iaitu membina satu sistem perniagaan yang ampuh. Saya pasti dengan usia saya yang masih muda ( 20 tahun) , saya mampu mencapai apa yang saya idam-idamkan selama ini. Mungkin pada sesetengah orang ianya amat mustahil untuk dicapai tetapi tidak bagi insan yang bergelar Ahmad Bashier ini. Dengan ilmu, kepakaran, sistem dan mentor yang ada, saya pasti impian saya mahu menjadi seorang jutawan akan berjaya dalam masa 10 tahun ini. Untuk itu, sekarang ini saya sedang bertungkus lumus membangunkan beberapa laman web yang meliputi produk fizikal, produk digital dan servis saya sendiri. Apabila siapnya laman web ini, saya akan umumkan pada anda semua dan ianya mampu berfungsi sebagai kedai online yang beroperasi tanpa henti selama 24jam tujuh hari seminggu. Sekali lagi, saya berharap agar anda mendoakan kejayaan saya ini dan saya juga akan mendoakan kejayaan kalian semua.
Rasanya setakat itu sahaja celoteh saya, insyaallah saya akan berkongsi dengan anda perkembangan saya yang lain untuk post-post yang akan datang. Oops jangan lupa ya untuk selalu menziarahi blog ini J
Salam Kejayaan,
Ahmad Bashier
gud luck bacer...!
ReplyDelete