Rakan-Rakan Followers

Wednesday, April 6, 2011

Sekitar Karnival ILMU 2011



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat selalu.

Baiklah, pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda satu program yang menarik yang dijalankan di Universiti Malaya (UM) iaitu International Muslim Youth Week. Program ini merupakan satu program usahasama antara Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Kelab TAHA Universiti Malaya.


Program yang berlangsung dari 2 hingga 5 April 2011 ini mendapat sambutan yang cukup hangat daripada warga kampus. Antara aktiviti yang menarik adalah:


a) Seminar Dinar Emas


Seminar ini mendapat sambutan yang agak memberangsangkan daripada warga kampus dan juga luar kampus. Program ini dihadiri kira-kira 80 peserta dan ada peserta seminar ini yang mengambil peluang untuk membeli sendiri dinar dan dirham yang dijual di luar DP1. Antara tarikan untuk orang yang datang ke Seminar Dinar Emas ini adalah penampilan 4 orang penelis yang hebat-hebat. Persembahan setiap panelis ini berjaya memukau semua peserta yang hadir dan rata-rata peserta yang datang berpendapat program seperti ini perlu diteruskan lagi untuk masa akan datang.

2) Chocolate Fair


Seramai 15 pengusaha coklat sama ada daripada tempatan dan antarabangsa telah berkampung di Auditorium selama Karnival ILMU 2011 ini berlangsung. Menariknya, peserta dihidangkan dengan coklat percuma sebagai tester untuk sesiapa yang ingin merasainya dahulu sebelum membelinya. Pelbagai coklat dipamerkan sepanjang Karnival ini berlangsung dan harga coklat tersebut sangat berpatutan untuk dibeli. Boleh dikatakan, Chocolate Fair ini menjadi daya tarikan yang kuat untuk mahasiswa/i datang ke Karnival ILMU 2011.

3) Seminar Produk Halal

Seminar ini menampilkan presiden Iluvislam Dot Com, saudara Imran Koyube sebagai speaker. Dalam seminar ini, beliau berkongsi pengalaman berkaitan dengan bagaimana menggunakan internet sebagai medium untuk mempromosikan produk halal di samping berdakwah. Beliau juga menyarankan agar mahasiswa/i dapat menggunakan internet dengan sebaiknya. Rata-rata mahasiswa dan siswi yang hadir berpuas hati dengan seminar yang tidak dikenakan bayaran ini.

4) Larian Amal Berita Harian

5) Speaker Corner


6) Pertandingan Voice Challenge
8) Majlis Pelancaran Sekretariat Tabung Haji Universiti Malaya

9) Aktiviti-aktiviti lain Karnival ILMU 2011


Untuk pengetahuan semua, Karnival ILMU 2011 ini mendapat tajaan yang cukup besar dan liputan yang cukup luas daripada Berita Harian:



Kesimpulan:
Saya merasakan Karnival ILMU 2011 ini merupakan satu program yang cukup berjaya dari segi penganjurannya dan dari segi tajaanya. Sekalung syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pengarah program dan seluruh ahli jawatankuasa yang terlibat. Sesungguhnya kejayaan menganjurkan Karnival ILMU 2011 merupakan kejayaan yang cukup manis buat anda semua. Pesanan saya terus berjuang hingga ke titisan terakhir. Takbir!!!

No comments:

Post a Comment