Jumaat , 24/12/2010 - Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Meshaal berkata pada Rabu bahawa warga Palestin tidak mahu negara hanya pada nama yang diiktiraf dunia, tetapi sebuah negara dengan kuasa autonomi sendiri, tidak dijajah, dan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.
Meshaal berkata pada Rabu dalam ucapan alu-aluan yang hangat kepada Konvoi Asia 1 yang menjalankan misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, "Anda semua orang yang berani dan memiliki nilai kemanusiaan yang tinggi. Beritahulah rakyat anda bahawa warga Palestin dan Arab berterima kasih atas kedatangan konvoi ini."
"Saya mahu anda semua tahu bahawa Israel adalah tidak sah, kini dan selamanya. Ia merupakan sebuah negara penjajah, pembunuh dan perkauman serta mengetuai keganasan di seluruh dunia. Jenayah Israel bukan hanya di Gaza".
[HR]
[B]Ahli parlimen Hamas minta ketua keadilan laksanakan keputusan[/B]
Jumaat , 24/12/2010 - Ahli parlimen Hamas di Tebing Barat menghantar mesej kepada ketua keadilan Palestin di Ramallah, Dr Farid Al-Jallad meminta beliau mengambil semua langkah yang perluk untuk mempercepatkan pelaksanaan keputusan mahkamah tinggi mengenai pembebasan tahanan di penjara PA di Tebing Barat.
Mesej yang dihantar pada Rabu lalu mengatakan pihak berkuasa PA perlu melaksanakan keputusan mahkamah tinggi dan melaksanakan supremasi undang-undang untuk menjaga reputasi penghakiman dan institusinya.
Dalam perkembangan berkaitan, timbalan ketua Hamas menyindir PA yang mahu memindahkan tahanan yang mogok lapar ke penjara berdekatan daerah tempat tinggal keluarga mereka , sambil menekankan mereka harus segera dibebaskan dan tidak perlu bergerak dari satu penjara ke penjara yang lain.
No comments:
Post a Comment