Rakan-Rakan Followers

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Juara Piala Suzuki Aff


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga anda semua ceria dengan perkembangan terkini pasukan bola sepak negara.

Malaysia mencipta sejarah membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF buat julung kali meskipun seri 1-1 dengan Indonesia pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Dengan keputusan itu, ia menjadikan agregat 4-2 kepada Malaysia selepas pasukan negara menang 3-0 ke atas Indonedia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Malaysia mendahului Indonesia 1-0 menerusi jaringan penyerang Safee Sali pada minit ke-53 pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno.
Pada minit ke-88 pula, Indonesia mendahului Malaysia menerusi jaringan Muhammad Ridwan untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Pada babak pertama pula, Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti.

Sumber: Berita Harian

Ulasan:

Syabas saya ucapkan kepada semua anggota pasukan Harimau Malaya di atas kemenangan ini. Saya pasti berita gembira ini akan dikongsikan oleh semua 28 Juta rakyat Malaysia. Perlawanan akhir sebentar tadi nampaknya berlangsung dalam suasana yang cukup sengit dengan Malaysia terlebih dahulu membuatkan jutaan penyokong tersentak dengan gol cantik oleh penyerang prolifik negara iaitu Mohd Safee Sali.

Kemudian, kita dikejutkan lagi dengan 2 gol daripada pemain Indonesia dan mujur pemain muda Malaysia dapat menyerap tekanan di atas padang sebentar tadi. Apa yang menariknya, aksi penyelamat yang ditunjukkan oleh penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat cukup memukau ketika menyelamatkan sepakan penalti pemain Indonesia tadi. Tahniah Tahniah dan Tahniah :-)

Semoga kebangkitan anak muda Malaysia ini menjadi pemangkin untuk pasukan Malaysia mendapatkan kejuaraan yang lebih lagi selepas ini. Selepas ini, saya berharap agar ada program yang khusus untuk skuad negara dalam usaha untuk menjadi jaguh asia pula. Ini kerana kita sudah berjaya menewaskan gergasi bola sepak Asia Tenggara dalam laluan menuju kejuaraan Piala Suzuki AFF ini dengan menewaskan pasukan Thailand, Vietnam dan Indonesia yang kita tahu 3 pasukan terbabit bukanlah calang-calang pasukan.

Terima kasih buat jurulatih negara, K Rajagobal kerana membuka dimensi baru kepada bola sepak Malaysia. Suatu perkara yang saya tertarik dengan jurulatih ini adalah bagaimana beliau meletakkan kepercayaan yang tinggi buat anak muda negara. Beliau sekali membuktikan pada perlawaan akhir sebentar tadi dengan mengeluarkan penyerang Safee Sali untuk digantikan dengan penyerang muda, Izzaq Faris Ramlan. Saya yakin jika semangat dan disiplin yang tinggi ditunjukkan oleh pemain muda Malaysia ini dapat dikekalkan, impian untuk menjadi jaguh Asia seterusnya menjadi jaguh Olimpik dan jaguh dunia tidak mustahil dapat direalisasikan oleh bintang masa depan muda negara ini. Insyaallah, sama-samalah kita mendoakan pasukan negara agar terus mempamerkan prestasi terbaik mereka.

Akhir kata, saya sajikan anda dengan senarai pemain muda negara sepanjang kejohanan Piala Suzuki AFF [Sumber: Wikipedia] :


"Majulah Sukan Untuk Negara"

Sekian,
Ahmad Bashier

No comments:

Post a Comment