Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pada ruangan kali ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon sejuta kemaafan andai ada salah dan silap dalam persahabatan yang dibina dan disemai selama ini. Saya doakan agar setiap daripada kita berjaya dalam apa jua bidang yang ditempuhi. Kepada pembaca blog ini, saya amat berharap agar kalian semua dapat mendoakan kejayaan saya dalam final exam bermula 22 November ini. Kepada rakan-rakan yang akan menghadapi peperiksaan, saya berharap agar kalian dapat buat yang terbaik. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. Syukran jazilan kepada pensyarah-pensyarah di Universiti Malaya di atas perkongsian ilmu kepada kami, pelajar tahun kedua Sarjana Muda Perakaunan, juga tidak lupa kepada tutor yang bertungkus lumus dalam memberikan ilmu kepada kami. Last but not least, buatlah yang terbaik dalam exam ini. All the best to my friends. Akhir kalam, jangan hampakan harapan ibu bapa kalian. Sekian. TAKBIR!!!! :-)
Ahmad Bashier
No comments:
Post a Comment