Rakan-Rakan Followers

Sunday, October 3, 2010

Jom Sertai SiswaNiaga Dot Com


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga semuanya berada dalam keadaan yang sihat selalu.

Baiklah, pada hari ini saya ingin menulis berkaitan dengan perniagaan. Saya sebenarnya tertarik dengan inisiatif yang telah diambil oleh rakan-rakan saya untuk membentuk satu komuniti usahawan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi di IPTA/IPTS.

Mungkin ada dalam kalangan rakan-rakan pembaca blog adalah mahasiswa/i IPTA, jadi saya ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan satu blog yang dinamakan siswaniaga dot com. Tentu anda tertanya-tanya apa itu siswaniaga?

Baiklah, untuk pengetahuan anda semua, Siswaniaga merupakan satu bentuk usaha untuk membina sebuah komuniti usahawan dari kalangan penuntut universiti. Usaha ini memerlukan kerjasama dari semua pihak terutama ahli dan pihak universiti untuk memudahkan setiap aktiviti yang dirancang berjalan lancar. Dengan ini semua ahli boleh mendapat maklumat terkini mengenai aktiviti keusahawanan di setiap universiti. Kerjasama yang erat antara ahli akan diterapkan dan amat diharapkan untuk memastikan keberhasilan komuniti ini. Aktiviti sosial untuk tujuan networking akan dianjurkan secara berkala.


Mentor
Selain itu, komuniti ini juga telah melantik beberapa orang ahli perniagaan untuk menjadi mentor kepada ahli komuniti siswaniaga. Mentor ini akan membantu ahli untuk terus maju dalam perniagaan yang diceburi. Anda boleh memilih mentor yang sesuai dengan anda atau perniagaan anda. Anda boleh bertanya sebarang kemusykilan terus kepada mentor ataupun melalui komuniti ini.

Duta Kampus
Komuniti ini akan melantik seorang pelajar di setiap kampus untuk menjadi duta siswaniaga (wakil) untuk memberi update terkini setiap program yang dijalankan di universiti masing-masing. Duta ini memainkan peranan sebagai ketua di setiap kampus yang akan memastikan dan membantu ahli dalam menguruskan perniagaan dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, saya juga merupakan duta kampus Universiti Malaya (UM) dalam komuniti ini.


Anda boleh melihat duta kampus yang terlibat dalam komuniti ini di sini:


Personaliti
Pada setiap bulan komuniti ini akan menghasilkan majalah secara percuma untuk tatapan pembaca. Majalah ini berkonsep ringkas tetapi penuh infomasi, berinspirasi dan bermanfaat. Komuniti ini akan melantik seorang siswazah usahawan sebagai personaliti bulanan. jika anda berminat boleh juga berhubung terus dengan admin.

Jadi, itu lah serba sedikit berkaitan dengan komuniti siswaniaga ini. Anda boleh melihatnya di sini:




Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan apa-apa update dan perkembangan terkini daripada kami, anda boleh mendaftarnya di sini:


Selain itu, anda juga boleh menyertai forum niaga. Di situ, anda boleh berforum dan berdiskusi pelbagai isu. Antaranya ialah diskusi berkaitan dengan komuniti, perniagaan, kewangan, perbankan, hartanah dan pelbagai lagi. Anda boleh melihatnya di sini;




Rasanya itu sahaja perkongsian daripada saya untuk kali ini. Saya berharap agar setiap mereka yang bergelar siswa/i dapat mengambil peluang keemasan ini untuk menggali sebanyak mungkin ilmu yang berkaitan dengan keusahawanan, ekonomi dan perniagaan. Rasanya setakat itu sahaja daripada saya. Insyaallah, jika diizinkan Allah, saya akan berkongsi lagi pengalaman saya berkaitan dengan perniagaan pada masa akan datang.

Sehingga berjumpa lagi.

Sekian,
Ahmad Bashier
Duta UM Komuniti Siswa Niaga Dot Com
Exco Ekonomi dan Keusahawanan PMKUM

No comments:

Post a Comment