Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat selalu ya:-)
Baiklah, pada entry kali ini saya cuma ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan fungsi search di google. Saya pasti ramai orang sebenarnya tahu untuk menggunakan fungsi ini tetapi sebenarnya tidak ramai yang memaksimumkan fungsi ini.
Ada yang menggunakan hanya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Sepatutnya kita boleh gunakan fungsi search di google ini untuk mencari pelbagai maklumat dan informasi yang bersesuaian. Ianya penting lebih-lebih lagi kepada siswa dan siswi yang sedang bercuti sekarang ini (termasuklah penulis blog ini, HOHOHO)
Baiklah, anda boleh gunakan fungsi search ini untuk mencari apa-apa sahaja. Walaupun ramai dah tahu, jom saya tunjukkan beberapa yang langkah yang boleh anda lakukan:
2) Langkah2: Taip apa-apa yang dirasakan sesuai yang terlintas di fikiran anda. Contohnya: Kad Imbasan Bahasa Arab. Ianya bergantung kepada tujuan anda sebenarnya. Macam saya, saya taip keyword tersebut untuk melihat sejauh mana laman web kad imbasan bahasa arab saya ini mendapat tempat di hati Pak Cik Google. Dan seperti dijangka, hasilnya adalah seperti ini:
Bila dilihat kembali, wah, banyaknya saya punya website dalam page google ni. Hohoho:-) Senang lah nanti kalau pelanggan saya nak cari produk tersebut. Produk yang saya maksudkan adalah kad imbasan bahasa arab ya:-)
3) Langkah 3: Sekiranya anda tidak berpuas hati, anda boleh scroll lagi di bawah dan lihat lah apa-apa maklumat yang dirasakan sesuai. Dalam kes saya ini, apabila saya scroll di bawah, hasilnya adalah seperti ini:
Rupa-rupanya ada 2 lagi laman yang memaparkan berkaitan dengan produk kad imbasan bahasa arab saya itu. Wah, baru saya tahu. Jadi, kesimpulannya di sini, apabila pelanggan/prospek yang ingin mencari kad imbasan bahasa arab dan mereka menggunakan fungsi search Pak Cik Google ini, maka mereka akan mendapati ada beberapa laman yang memaparkan produk saya sahaja. Antaranya ialah:
Jadi, peluang saya untuk mendapatkan pelanggan melalui teknik ini adalah tinggi sebenarnya. Rasanya itu sahaja untuk kali ini. Insyaallah saya akan berkongsi lagi beberapa tips ringkas tetapi sebenarnya sangat berkesan untuk kita semua pada masa akan datang. Itu sahaja daripada saya. Jumpa lagi:-)
p/s: Terima kasih lah sebab sudi lawat blog saya ini. Lain kali datang lagi ya\(^_^)/
Sekian,
Ahmad Bashier
No comments:
Post a Comment